Muhyiddin dilantik menjadi PM kelapan, tapi Pakatan Harapan katanya ada majoriti

F1
Muhyiddin dilantik menjadi PM kelapan, tapi Pakatan Harapan katanya ada majoriti

Semalam Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, lantik Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, sebagai Perdana Menteri kelapan.

Menerusi kenyataan media Istana Negara yang dikeluarkan tu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin kata istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri diadakan Hari ni.

“Proses ini lanjutan titah Yang di-Pertuan Agong, di mana ketua parti politik dan ahli Dewan Rakyat yang bebas mengemukakan pencalonan nama ahli Dewan Rakyat sebagai bakal Perdana Menteri. Selepas mendapat representasi semua, pada hemat Seri Paduka, Ahli Dewan Rakyat yang mungkin mendapat kepercayaan majoriti ialah Tan Sri Mahiaddin (Muhyiddin) Md Yassin yang juga Ahli Parlimen Pagoh,” – Kenyataan Rasmi Istana Negara, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Walaupun Muhyiddin telah dilantik menjadi PM, Pakatan Harapan dakwa kerusi majoriti ada pada diorang…

Setelah istana keluarkan kenyataan ni, Pakatan Harapan (PH) dakwa diorang dah ada sokongan 114 Ahli Parlimen setakat semalam ini dan boleh membentuk kerajaan. Beberapa minit selepas itu – ada dua Ahli Parlimen yang nafikan diorang sokong kem Tun Mahathir. Cuma, angka 112 kerusi Parlimen masih cukup untuk bina kerajaan.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, menerusi Facebook Live jelaskan bekas Menteri Kerja Raya, Baru Bian adalah Ahli Parlimen ke-114 yang menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri bagi PH di Yayasan Al-Bukhary.

Bekas Ahli Parlimen Selangau tu dilihat memasuki perkarangan yayasan, menaiki kenderaan jenis Mercedes-Benz berwarna hitam, kira-kira jam 8.35 malam. Baru Bian kemudian turun dari kenderaan dan masuk ke bangunan yayasan, sebelum dilihat keluar 10 minit selepas tu. Ketika dihampiri media, Baru Bian hanya lambaikan tangan kepada pemberita dan ‘mengunci mulut’ apabila ditanya keputusannya menandatangani SD bagi menyatakan sokongan terhadap PH.

Bersandarkan perkembangan semasa tu, PH dakwa ada majoriti mudah untuk bentuk kerajaan, Dr Mahathir beberapa jam kemudian mengeluarkan kenyataan bersama senarai nama Ahli Parlimen yang beri sokongan kepada kepada Pakatan Harapan.

Sebelum benda ni terjadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim kata pakatan tu kini berjaya mengumpul kepercayaan yang jauh lebih tinggi daripada jumlah Ahli Parlimennya yang sedia ada. Cuma dia enggan dedahkan sebab nak bawak senarai tu pergi istana.

“Jauh. ..jauh lebih tinggi. Tun Dr Mahathir tentulah bawa beberapa lagi,” katanya. Tak boleh dedahkan sebab kita nak hantar ke Istana (Negara) …biar Istana (Negara) yang tentukan,” – Anwar Ibrahim, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Katanya, PH akan mengumpulkan bukti, termasuk akuan bersumpah yang mencerminkan gabungan itu mempunyai sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan.

Isu ni perlu diselesaikan dengan segara, keluarkan senarai 222 MP untuk tengok diorang sokong siapa…

Sarawak Report pulak ada beberapa argumen tentang pelantikan Perdana Menteri kelapan. Korang boleh pergi ke website rasmi diorang untuk tengok keseluruhan cerita. Cuma kami terjemahkan beberapa benda yang penting, seperti;

  1. GPS bukanlah termasuk dalam Muafakat Nasional (MN), dalam pengumuman diorang – buat masa ni GPS cuma mesra pada MN. Ia menjadikan penyokong Muhyiddin sebanyak 106 kerusi Parlimen.
  2.  Sekurang-kurangnya 6 Ahli Parlimen mengikut Dr Mahathir dari Bersatu menjadikan jumlah penyokongnya menjadi 100 kerusi Parlimen.
  3.  Warisan bukanlah sebahagian daripada koalisi tu mennjadikan jumlah sokongan itu menjadi  91 kerusi Parlimen.
  4. Baru Bian telah berpaling dari Pasukan Azmin, menjadikan jumlah penyokongnya sebanyak 90 kerusi Ahli Parlimen.

Jadinya, Sarawak Report kata; PM8 hanya ada 90 Ahli Parlimen sedangkan semalam PH2.0 dah umumkan diorang ada majoriti 114. Menarik untuk lihat argumen ni dan meramal – apakah tindakan Istana Negara yang seterusnya? Sebab pertandingan untuk jadi kerajaan ni adalah pertandingan mendapatkan kerusi Parlimen. Kalau dah ada 114 (ada dua yang telah menafikan) – maka koalisi politik tu boleh jadi kerajaan.

S1
Via MalaysiaKini

Kami fikir benda ni kena diselesaikan segara. Ada juga dakwaan yang kata – SD yang telah dihantar oleh pasukan Muafakat Nasional kurang tepat; ia membuatkan kekeliruan. Istana Negara ada beberapa pilihan – diorang boleh teruskan untuk proses angkat sumpah PM hari ni, atau perhalusi dakwaan PH tentang SD. Lagipun setakat ni – kedua-dua ‘kem’ dakwa ada nombor yang cukup untuk bina kerajaan.

Menyelesaikan di Parlimen yang akan berlangsung lebih kurang seminggu lagi – adalah tempoh masa yang panjang. Kami rasa cukuplah krisis politik ni berlarutan – kumpulan mana yang ada ‘nombor’ perlu dijelaskan sehingga jernih. Senaraikan nama MPs, letakkan mereka di pihak yang mana dalam satu senarai. Dari sana kita boleh tahu – siapa yang pilih siapa.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top