Mempersoalkan PM baru dikira menghina Agong? Ini sebab orang persoalkan

F1
Mempersoalkan PM baru dikira menghina Agong? Ini sebab orang persoalkan

Semalam kita telah menerima Perdana Menteri baru, dan seperti isu hangat yang lain; pelantikan ni menerima reaksi yang pelbagai. Bagi kami, apa yang penting selepas ni – kerajaan baru ni kena buat kerja dengan cepat dan perbaiki masalah-masalah penting yang ada kat negara. Cuma, kami tak fikir kerajaan baru ni ada harapan yang besar dari rakyat, tak macam Pakatan Harapan dulu.

Sebabnya diorang tertubuh bukanlah melalui pilihan raya, tapi pintu belakang. Benda ni bermaksud – mereka takde manifesto yang boleh diukur untuk lihat sejauh mana prestasi diorang. Setiap kali kerajaan baru muncul (termasuklah PH dulu) – ramai yang akan tertanya-tanya bagaimana pasukan Kabinet yang ada. Kami pun tak dapat ramal lagi – siapa yang akan jadi menteri.

Haji Hadi sebagai Timbalan Perdana Menteri? Via Giphy

Ketika isu ni semakin panas – timbul pulak satu kumpulan yang gunakan ayat ‘Daulat Tuanku’. Kumpulan ni merujuk kepada keputusan Agong untuk melantik Muhiyiddin sebagai PM. Diorang mendakwa – siapa sahaja yang mempersoalkan lantikan ni, dikira menghina Agong. Lagi ekstrem, ada yang kata siapa tak taat Agong, boleh keluar dari negara ni.

Kita kena akui – ada je individu yang menghina Agong (kami cerita kejap lagi), tapi menuduh semua orang yang mempersoalkan lantikan Muhiyiddin sebagai tak taat pada Agong adalah tindakan yang terburu-buru.

Seorang lelaki yang telah menghina Agong ditahan, dan kini tiga orang diburu

Seorang lelaki yang gunakan akaun Facebook Aaron Yee telah ditahan polis kerana menghina Yang di-Pertuan Agong, semalam. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed dah mengesahkan penahan tu.

Siasatan diklasifikasikan di bawah Seksyen 4(1(a) Akta Hasutan iaitu kecenderungan menghasut serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 iaitu penggunaan tak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Reman ke atas suspek mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah akan dipohon dan siasatan lanjut masih diteruskan,” – Huzir Mohamed, seperti yang dilaporkan MG

Tambahnya lagi, ada orang lagi yang tengah dicari kerana dipercaya ‘menghina’ Agong. Empat kes tu akan disiasat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan iaitu kecenderungan menghasut dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 iaitu penggunaan tak wajar kemudahan rangkaian.

S1
Via Sinar Harian

Sementara tu, polis nasihatkan semua pihak supaya tak buat sebarang tindakan menyalahi undang-undang, mengeluarkan kenyataan atau sebarang artikel yang boleh mengganggu gugat ketenteraman awam.

Sebenarnya formula yang kata menghina Agong apabila kritik PM baru adalah tak benar

Sebelum mengulas lebih panjang tentang benda ni, kami nak beritahu korang tentang asas Dewan Rakyat yang ada kat Malaysia ni. Jangan risau kami bukan nak membebel, sebab tak semua orang ada asas benda ni. Kami sedar benda ni semalam, setelah baca komen dekat FB ORANGKATA – ada orang  mengatakan untuk lantik kerajaan tak perlu majoriti, Agong yang lantik.

S1
Konsep ini salah. Via ORANGKATA

Benda ni simple – dalam Dewan Rakyat ada 222 kerusi Parlimen. Kalau korang selalu terlibat dengan pilihan raya atau ahli parti – benda ini boleh dikira basic. Untuk bentuk kerajaan – sesebuah parti atau beberapa parti jadi geng perlukan jumlah kerusi sebanyak 112. Simple ah, 51% dan ke atas. Inilah yang dipanggil majoriti mudah.

Okay, peranan Agong dalam krisis yang berlaku sejak beberapa hari ni – tentukan Ahli Parlimen mana yang ada kepercayaan untuk jadi Perdana Menteri. Bagi yang tak tahu, untuk jadi PM – dia kena jadi Ahli Parlimen. Boleh tak Agong lantik seseorang tu jadi PM sesuka hati? Sudah tentulah tidak, sebab itu logik komen kat atas terbatal.

S1
Sedikit sebanyak info kerusi di Parlimen sebelum tercetus drama politik. Via Bernama

Sebab itulah beberapa hari lepas semua Ahli Parlimen telah dipanggil oleh Agong untuk ditanya – siapa yang diorang nak berikan kepercayaan untuk jadi PM. Melalui perjumpaan tu – takde mana-mana Ahli Parlimen dapat undi majoriti mudah. Sebab itulah Agong panggil lagi beberapa pimpinan parti politik untuk dapatkan gambaran. Akhirnya Muhyiddin dipilih oleh Agong.

Apa yang tengah dipersoalkan oleh orang yang tak setuju dengan pelantikan Muhyiddin? Ia adalah ‘bukti’ untuk menunjukkan dia dapat majoriti mudah. Sebabnya kelihatan ada Ahli Parlimen yang main dua kolam – dengan tandatangani dua statutory declaration (SD). Ini berlaku kerana ada beberapa Ahli Parlimen yang menukar pendirian pada saat akhir.

Sebab itu semalam Tun Mahathir kata – kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan yang kalah – sebab diorang takde majoriti mudah. Pakatan Harapan dakwa diorang ada majoriti mudah (112 kerusi Parlimen) untuk bentuk kerajaan. Satu benda yang korang kena faham – dalam satu-satu masa; mustahil untuk ada dua pasukan yang memiliki majoriti mudah.

Melabel ni adalah kaedah terbaik untuk orang yang kehabisan hujah balas

Benda yang kami sebutkan kat atas inilah yang jadi basis keraguan kepada individu yang tak terima PM baru ni. Oleh sebab itu kami rasa tak patut kita label orang-orang lakukan kritikan secara berasas terhadap jumlah Ahli Parlimen yang dimiliki pasukan PM. Lainlah kalau orang tu betul-betul menghina dengan cacian atau ugutan yang keterlaluan. Setiap manusia tak wajar dihina dan dikeji tanpa apa-apa sebab.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top