Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
f1
Isu Semasa

Muhyiddin kata kerajaan tertekan tangani isu semasa

By Subeditor
April 27, 2024 3 Min Read
Comments Off on Muhyiddin kata kerajaan tertekan tangani isu semasa

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu kali ini akan menyaksikan Kerajaan Perpaduan ‘dibebani’ dengan isu-isu semasa yang dilihat membebankan rakyat, tegas bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, PRK ini bakal menjadi referendum atau platform terbaik untuk rakyat menyuarakan pandangan yang beliau sifatkan sebagai perasaan tidak puas hati, dengan memberikan undi kepada calon PN, Khairul Azhari Saut.

Menurut Muhyiddin, PN sudah memulakan persiapan serta perancangan kempen yang menyeluruh diketuai bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sejak kerusi tersebut diumumkan kosong oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Harapan saya pengundi berilah sokongan sebanyaknya kepada calon PN, ini masa yang amat sesuai selepas Pilihan Raya Umum, Pilihan Raya Negeri dan beberapa Pilihan Raya Kecil yang lepas, satu peluang untuk kita dapat feedback atau referendum, apakah pendirian rakyat terhadap Kerajaan Negeri atau Persekutuan.

“Banyak isu yang mereka berhadapan yang akan membebankan (Kerajaan Perpaduan). Isu paling ketara ialah masalah ekonomi, masalah kos sara hidup, masalah kenaikan harga barang, masalah cukai bertambah dan banyak lagi isu tempatan termasuk kenaikan harga barang.

“Dan mungkin tak berapa lama lagi diumumkan Menteri Kabinet tentang rasionalisasi subsidi minyak, katanya nak diteruskan. Saya kira ini akan meningkatkan kos sara hidup, sebagai contoh minyak saya dengar akan naik 60 – 80 sen seliter, ini akan cukup membebankan rakyat,” katanya lagi.

Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas mengiringi calon PN di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Baharu di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, beliau optimis sokongan akan berpihak kepada calon PN kerana rintihan rakyat terhadap kos sara hidup bukan sahaja didengari di Kuala Kubu Baharu, malah di seluruh negara.

“Ini cukup mendesak dan tidak nampak keupayaan pimpinan Kerajaan Persekutuan untuk bantu selesaikan masalah. Tambah masalah ada, susahkan rakyat ada, selesaikan masalah tak ada.

“Di sini walaupun kerusi DUN di kuasai Kerajaan hari ini, tapi di Kuala Kubu Baharu kita minta diberikan peluang kepada kita, suara lebih lantang tentang isu dan masalah,” katanya.

PRK Kuala Kubu Baharu merupakan PRK ketujuh yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 pada 2022.

PRK kali ini akan menyaksikan jumlah pemilih seramai 40,226 orang, terdiri daripada 39,362 orang pengundi biasa, 238 orang tentera dan pasangan, serta 625 orang anggota polis, termasuk seorang pengundi yang tidak hadir kerana berada di luar negara.

UMNO akan terus berikan sokongan kepada kerajaan semasa

UMNO akan terus menyokong semua inisiatif bagi mengekalkan Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) demi kestabilan politik, perkembangan ekonomi dan kemakmuran negara.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun terdapat 18 parti komponen di bawah payung Kerajaan Perpaduan, kesemuanya mempunyai objektif yang sama dan perlu terus menjalin keserasian bagi mempertahan kestabilan politik dalam negara.

“PRU ke-16 adalah satu pilihan raya untuk menterjemahkan bagaimana kestabilan politik, penyatuan hati dan fikiran dalam kalangan 18 parti ini dapat dipertahan. Pada hemat saya, 152 Ahli Parlimen yang ada sekarang yang memperlihatkan lebih daripada dua pertiga majoriti mesti dipertahan dan kaedah untuk mempertahankannya adalah pelbagai serta mempunyai pendekatan yang juga pelbagai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Santunan Kasih Syawal di di sini pada Sabtu ketika diminta mengulas hasrat PKR yang ingin mengekalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri pada penggal akan datang.

Ahmad Zahid berkata, dalam membangunkan negara, aspek ekonomi mesti dijana dengan baik untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat dan pulangan pekerjaan itu pula bukan sekadar gaji minimum sebaliknya gaji premium.

“Kita lihat bahawa gaji penjawat awam sedang dalam kerangka untuk diumumkan dan sebagaimana yang kita ketahui, selepas 12 tahun kita akan melihat skema gaji ini akan memberikan peluang kepada penjawat awam untuk terus mempertingkat produktiviti dan saya harap dengan ekonomi yang baik, sektor swasta juga akan melakukan perkara sama.

“Begitu juga peluang pekerjaan baharu dalam program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) akan diwujud dengan adanya pelabur asing di negara kita maka punca kepada perkembangan ekonomi adalah kestabilan politik dan ia mesti dipertahan,” katanya.

Ketika ditanya sama ada sokongan penyokong BN terhadap calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Baharu akan terjejas susulan tindakan beberapa pihak memainkan semula video lama calon DAP, Pang Sock Tao mengutuk BN, Ahmad Zahid berkata, itu perkara lama.

“Kalau video lama memang banyak, video yang begitu (DAP kutuk BN), parti-parti lain pun begitu juga, dan ada sebuah video oleh pemimpin parti Islam minta sokong DAP, itupun boleh dimainkan (semula).
“Tetapi realiti politik ialah suasana telah berubah. Senario politik juga telah berubah dan pada hemat saya, kita tutup buku lama buka buku baharu dalam hal ini,” katanya.

Author

Subeditor

Follow Me
Other Articles
f1
Previous

Kemelut Bersatu dikatakan akan selesai

f1
Next

PRK Kuala Kubu Baharu pentas kerajaan bukti sokongan

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme