Muslim Pro menjual data orang Islam kepada USA?! Ini perkembangan terbaru

F1
Muslim Pro menjual data orang Islam kepada USA?! Ini perkembangan terbaru

Dua hari lepas isu aplikasi Muslim Pro jadi hangat diperkatan selepas aplikasi yang popular dalam kalangan orang Islam tu didakwa jual data hampir 100 juta pengguna mereka kepada tentera Amerika Syarikat (AS). Ada banyak ayat yang boleh mencetuskan panik, tapi takde yang lawan gelabah orang ramai apabila mendengar berlakunya pembelian data umat Islam oleh AS.

728 X 90

Tentera AS dikatakan tengah beli data pergerakan pengguna seluruh dunia daripada pelbagai aplikasi yang langsung dilihat tak berbahaya seperti Muslim Pro, Craiglist, aplikasi cari jodoh Muslim Mingle dan banyak lagi. Harap lepas ni diorang tak beli data pengunjung website pornografi, kalau benda tu berlaku, mesti ramai akan terciduk kan?

Aplikasi yang membantu orang Islam untuk mengetahui waktu solat, sudah popular di Malaysia

Bagi mereka yang hanya gunakan azan atau takwim fizikal untuk tahu waktu solat, Muslim Pro diasaskan oleh Erwan Macé, yang juga pengasas syarikat Bitsmedia. Aplikasi ni mula dilancarkan pada Ogos 2010.  Ia boleh beritahu waktu azan di seluruh dunia, bacaan Al-Quran, lokasi masjid dan restoran halal, petunjuk kiblat, komuniti, kalendar Islam dan banyak lagi fungsi lain yang berkaitan dengan Islam.

Menurut beberapa laporan media, aplikasi ni dikatakan jual data yang mengandungi lokasi penggunanya di seluruh dunia kepada X-Mode, sebelum X-Mode jual balik data tu kepada pihak ketiga, termasuklah syarikat kontraktor pertahanan yang bertanggungjawab membekalkan data kepada Jabatan Pertahanan AS.

X-Mode ni entiti yang jalankan perniagaan dengan kontraktor tentera dengan fokus diorang katanya nak jaga keselamatan siber, menentang keganasan dan ramalkan kawasan panas Covid-19. Sebelum ni, tentera AS juga dah kumpul data pengguna dengan gunakan produk yang dihasilkan Babble Street iaitu Locate X, yang dikawal dan diguna U.S. Special Operations Command (USSOCOM) sebuah unit komando bagi operasi luar negara.

71520562455 Gangguanair 2
Via The Vocket

Sebenarnya Muslim Pro ni dah dikenali ramai di Malaysia. Tahun lepas ada laporan yang kata diorang tengah giat perkenalkan aplikasi ni di luar Lembah Klang untuk kukuhkan kedudukan sebagai jenama pilihan rakyat Malaysia. Masa tu, Pengurus Negara Muslim Pro untuk Malaysia, Nik Emir Din kata aplikasi tu dah dimuat turun lebih enam juta pengguna di Malaysia.

“Di Malaysia, antara perkara yang kami kenal pasti ialah pengguna kami sekarang banyak tertumpu di Lembah Klang. Satu daripada matlamat Muslim Pro ialah untuk menghubungkan komuniti terutama bukan saja di Lembah Klang, tetapi di negeri lain. Sebenarnya, pengembangan sedang berlaku kerana pada masa ini negeri yang paling pantas berkembang selain Lembah Klang ialah Sabah dan Sarawak,” – Nik Emir, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Nik Emir turut kata; untuk peringkat global, memandangkan syarikat ni dah ada ciri yang menyeluruh mengenai hal-hal keagamaan seperti waktu azan dan pencarian masjid, pihaknya tengah beri tumpuan kepada pengisian kandungan yang ada kat dalam aplikasi tu.

Untuk keselamatan diri sendiri, korang kena tahu tentang APDP 2010

Alang-alang kami dah cakap pasal Muslim Pro ni, kami nak cakap jugak; kesedaran masyarakat kita terhadap perlindungan data peribadi ni masih kurang. Korang kena tahu bagaimana data peribadi kita boleh dilindungi dan diperolehi.  Kita kena sedar ada tujuh rinsip perlindungan data peribadi yang disarankan oleh Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

Pertamanya ialah tentang prinsip am; mana-mana data peribadi tak dibenarkan untuk diproses tanpa kebenaran pemilik data. Keduanya, kena patuh prinsip notifikasi dan pilihan. Seseorang pengguna tu kena dimakluman datanya akan digunakan, dan dia perlu ada pilihan untuk menolak.

Kemudian, untuk apa data tu digunakan, kena diberitahu kepada pengguna secara jelas. Keempat adalah prinsip keselamatan – apabila data peribadi diproses oleh mana-mana pihak, perlu dipastikan data tu selamat, tak diubahsuai, disalahguna atau diberikan kepada pihak-pihak yang tak berkenaan.

71520562455 Gangguanair 2
Via Tumblr

Kelima – prinsip penyimpanan: sesuatu data peribadi itu tak dibenarkan disimpan lebih daripada had masa yang diperlukan. Keenam – prinsip integriti data – setiap data peribadi dipastikan supaya tepat, lengkap, tak mengelirukan dan menepati maksud sesuatu data itu disimpan dan diproses. Ketujuh – prinsip akses: seseorang tu kena diberi hak akses kepada data peribadinya.

Pasukan Muslim Pro dah keluarkan kenyataan, batalkan semua kerjasama perkongsian data

Setelah isu ni semakin hangat diperkatakan, pihak Muslim Pro dah keluarkan kenyataan rasmi yang katakan diorang dah pilih untuk batalkan kerjasama perkongsian data bersama semua rakan kerjasama, termasuk X-Mode. Kata Muslim Pro, diorang kongsi data awanama (anonymity) bersama beberapa rakan kerjasama teknologi.

2
Via Reddit

Selain tu, Muslim Pro turut buat siasatan dalaman untuk menyemak polisi penggunaan data, dan pastikan semua data pengguna diuruskan dengan baik berdasarkan undang-undang perlindungan privasi data. Macam yang kami dah kata awal-awal tadi, Muslim Pro merupakan antara aplikasi popular yang digunakan ramai penganut beragama Islam, ia dapat ada 100 juta pengguna di lebih 216 buah negara seluruh dunia.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top