Apa yang akan berlaku jika Belanjawan 2021 ditolak? Ini jawapannya

F1
Apa yang akan berlaku jika Belanjawan 2021 ditolak? Ini jawapannya

Setelah Belanjawan 2021 dibentang oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, kita dapat lihat ada banyak reaksi. Pembangkang sudah tentu akan kritik dan semak imbang Belanjawan ini – ia ada proses normal yang perlu dilakukan dalam amalan demokrasi kita. Biasanya pembangkang siap keluar dengan belanjawan alternatif sebagai ‘kritikan’ terhadap belanjawan yang diusulkan oleh kerajaan.

728 X 90

Menariknya, kali ini bukan pembangkang je yang lanting kritik Belanjawan 2021, orang dalam kerajaan terutamanya dari UMNO bukan main kuat mengkritik. Adakah keadaan ni bermakna Belanjawan 2021 ni akan ditolak? Mesti ramai yang tertanya-tanya apa yang akan terjadi kalau Belanjawan 2021 ni ditolak…

Menteri Kewangan optimis, ada individu yang kata kerajaan akan lumpuh sekiranya Belanjawan 2021 ditolak

Menteri Kewangan kata dia optimis Belanjawan 2021 akan diterima kerana ia beri fokus dalam bantu rakyat dan menjana semula ekonomi negara. Katanya, belanjawan yang dah dibentangkan merupakan belanjawan untuk pulihkan semula kedudukan ekonomi negara.

Eventis
Menteri Kewangan. Via Malaysian Reserve

“Saya optimis belanjawan yang memberi fokus kepada rakyat dan menjana semula ekonomi negara ini akan diluluskan (di Dewan Rakyat). Kalau belanjawan ini dapat menolong negara, tiada sebab kita tolak,” – Tengku Zafrul, seperti yang dilaporkan Astro Awani

Dia juga kata sekiranya belanjawan tu gagal dapat sokongan Ahli Parlimen, ia akan beri kesan kepada perbelanjaan mengurus negara. Katanya dari segi ekonomi, kita tak akan dapat bayar banyak perbelanjaan-perbelanjaan kerajaan seperti petugas barisan hadapan, bayar bantuan Prihatin rakyat dan sekiranya Belanjawan 2021 tak diluluskan.

Selain tu, ada juga individu yang katanya pakar perlembagaan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Muhammad Fathi Yusof kata situasi ‘government shutdown’ yang pernah berlaku di Amerika Syarikat (AS) pada 2018/2019 dikatakan boleh berlaku di Malaysia. Menurutnya, tanpa kelulusan Belanjawan 2021 dengan peruntukan RM322.5 bilion tu, kerajaan tak boleh gunakan wang perbendaharaan negara untuk peruntukan perbelanjaan kementerian-kementerian dan agensi-agensi kerajaan.

Benda ni dikatakan termasuk bayar gaji 1.6 juta penjawat awam dan petugas barisan hadapan (petugas kesihatan, polis dan tentera) yang tentunya memberikan impak besar kepada rakyat yang kini berdepan pandemik Covid-19. Muhammad Fathi yang juga Felo Penyelidik Undang-Undang dan Perlembagaan di Pusat Polisi Perdana UTM berkata, jika berlaku di Malaysia, impaknya adalah lebih buruk kerana nisbah penjawat awam di Malaysia adalah tinggi berbanding populasi negara.

“Tidak boleh samakan dengan AS sebab saiz (penjawat awam) kerajaan persekutuan (AS) dengan nisbah rakyatnya kecil. Di AS, sekolah dan hospital banyak pihak swasta. Bila kerajaan tidak berfungsi, ia tak beri kesan besar. Dari segi keselamatan seperti polis pula terletak di bawah bidang kuasa negeri di Amerika Syarikat. Ia tak jejaskan kerajaan persekutuan,” – Dr. Muhammad Fathi, seperti yang dilaporkan BERNAMA

Slip 1
Dr. Muhammad Fathi. Via UTM

Muhammad Fathi kata, dalam konteks Malaysia, belanjawan negara pernah diperuntukkan tanpa melalui kelulusan Parlimen pada 1969. Pada tahun 1969, belanjawan diluluskan melalui Ordinan Darurat No 3 Kuasa-Kuasa Perlu untuk tujuan perbelanjaan bagi 1970. Tapi tahun 1970 bukan sebab belanjawan tidak lulus, tapi sebab situasi darurat.

Ahli Parlimen Setiawangsa jelaskan sistem politik di negara kita berbeza dengan Amerika Syarikat

Komen Dr Fathi ni dapat respon dari ahli Parlimen Setiawangsa, YB Nik Nazmi Nik Ahmad. Menurut Nik Nazmi, dia ada membaca ulasan Dr Fathi Yusof berkenaan ‘government shutdown’. Menurutnya, insiden ‘government shutdown’ yang berlaku di Amerika Syarikat boleh berlaku kerana sistem kerajaan di sana. Kerajaan Amerika berpaksikan prinsip republik dan presiden.

Wujud prinsip semak dan imbang yang kuat antara eksekutif, badan perundangan dan kehakiman. Ketua eksekutif, Presiden dipilih secara berasingan oleh rakyat Amerika dengan badan perundangan Amerika, Kongres, yang terdiri dari dua dewan iaitu House of Representatives dan Senat.

Keadaan ni berbeza dengan Malaysia di bawah sistem Westminster kerana rakyat akan pilih ahli Parlimen kawasan mereka, manakala individu yang dapat sokongan majoriti ahli Parlimen akan jadi perdana menteri. Ini bermakna pihak eksekutif adalah sebahagian dari legislatif dan mesti dapat kepercayaan Dewan Rakyat.

Oleh sebab tu pernah berlaku Presiden datang dari parti politik yang berbeza dengan House of Representatives dan Senat. Situasi ni tak timbul dalam sistem Westminster. Antara shutdown besar yang berlaku adalah pada 1995-1996 ketika Presiden merupakan Bill Clinton (Democrat) manakala Kongres dikuasai Republican.

F2
Via StuDuco

Pada tahun 2013 berlaku shutdown ketika Presiden Barack Obama (Demokrat) manakala House of Representatives dikuasai Republikan. Pada era Presiden Donald Trump (Republikan) berlaku shutdown kerana pertikaian dengan Senat. Apa akan terjadi sekiranya Belanjawan 2021 ni ditolak oleh Parlimen?

Jika Kerajaan gagal untuk luluskan Belanjawan 2021 di Parlimen, ia akan dianggap sama seperti undi tak percaya kepada Kerajaan PN. Mengikut Perlembagaan, kerajaan baharu yang boleh dapat sokongan majoriti ahli Parlimen akan dilantik atau pilihan raya akan diadakan. Dengan bilangan kes Covid-19 yang masih sangat tinggi akan menjadikan pilihan raya dalam waktu terdekat sesuatu yang mustahil.

Haz12 O Bhfield Image Listing Featured.var 1594548486
Pembersihan Dewan Rakyat. Via Parlimen Malaysia

Benda yang paling logik akan berlaku adalah pembentukan kerajaan baharu melalui kaedah sokongan terbanyak ahli Parlimen.  Cuma, adakah penjawat awam dan barisan hadapan akan mendapat gaji mereka dan adakah rakyat akan menerima wang bantuan mereka? Pada tahun 1999, tak lama selepas Menteri Kewangan bentangkan Belanjawan 2000 di Parlimen, PM pada masa itu, Dr Mahathir Mohamad bubarkan Parlimen sebelum Belanjawan tu diluluskan.

Belanjawan tu hanya dibentangkan semula dan diluluskan pada bulan Disember (lewat dari Oktober/November yang biasa) dan kewangan kerajaan beroperasi seperti biasa pada tahun berikutnya. Oleh sebab tu, jika sebuah Kerajaan Persekutuan dibentuk berikutan penolakan Belanjawan 2021 Perikatan Nasional, mereka boleh usulkan belanjawan baharu untuk diluluskan oleh Parlimen.

Jika belanjawan tahunan ditolak, ia bermakna kerajaan telah jatuh

Hal yang penting untuk diketahui rakyat – sekiranya Belanjawan 2021 ini ditolak oleh ahli-ahli Parlimen kita, maka ia akan menunjukkan kerajaan hari ni dah tak ada majoriti. Selain digunakan sebagai rujukan untuk perbelanjaan negara,  belanjawan tahunan turut berfungsi untuk menunjukkan legitimasi sesebuah kerajaan. Sebab itulah apabila bajet ini ditolak, maka secara sendirinya kerajaan itu akan jatuh.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top