Akhirnya prototaip KERETA TERBANG dipersembahkan…

Akhirnya prototaip KERETA TERBANG dipersembahkan…

Baru-baru ni di LIMA, Tun Mahathir Mohamad pada hari ini 26 Mac 2019 telah meninjau ‘model air mobility’ di Pavilion Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) ketika LIMA2019, Langkawi Kedah.

Air mobility tersebut yang dikenali sebagai ‘Vector’ dibangunkan secara design & engineering oleh Aerodyne Sdn Bhd sebuah syarikat tempatan yang menyediakan perkhidmatan penyelesaian berintegrasi yang berasaskan dron. Vector akan menjadi penanda aras bagi pembangunan ‘aerocar’.

Wala-weh, apa pandangan korang pasal prototaip kereta ni? Korang boleh buat prototaip yang lebih baik daripada ni tak? Kalau boleh, kongsikan dengan kami. Nanti kami kasih hadiah…

Tapi, sebelum tu betulkah kereta terbang dah nak ada dekat Malaysia?

Kereta terbang pertama Malaysia katanya akan gunakan teknologi tempatan, kata Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Md Yusof. Dia kata prototaip kereta itu sudah ada dan dijangka diperkenalkan kepada awam tahun ini. Walaupun dia ni menerima pelbagai kritikan susulan kenyataannya sebelum ni mengenai kereta terbang, Mohd Redzuan berkata perkara itu bakal terlaksana tidak lama lagi.

“Tahun ini, anda akan melihat saya menaiki kereta terbang. Tahun ini adalah tahun yang sesuai. Bagaimanapun, jangkaan masa mengenainya tertakluk kepada interaksi antara dua pihak iaitu penyedia teknologi dan juga penaja. Ia bergantung kepada pihak berkenaan sama ada mereka boleh mengemukakan saranan mereka mengenai teknologi berkenaan dengan kadar segera.” – DS Redzuan

DS Redzuan. Via The Star

Dia juga kata – kereta terbang itu perlu memenuhi beberapa spesifikasi termasuklah terbang pada altitud yang rendah, mempunyai kelajuan yang munasabah serta selamat. Prototaip kereta terbang itu sudah ada dan sebenarnya syarikat tempatan mempunyai kemahiran yang cukup untuk membangunkan kereta terbang. Ia dijangka menelan kos pelaburan sekitar RM1 juta.

Ramai yang tak puas hati dengan pengumuman ni sebabnya rakyat nak kerajaan yang baru ni bincang lebih banyak isu yang lebih penting seperti kos sara hidup atau mantapkan pengangkutan awam. Di negara-negara yang maju pun kereta terbang ni takda lagi. Bukan kata Malaysia tak boleh dahului perubahan, tapi pada masa-masa yang sukar dan kerajaan baru ni – adalah lebih baik fokus isu yang utama dan boleh memberi ketenangan pada kegusaran rakyat.

Tapi bukan untuk dijual lah pulak…

Kalau kalian dah teruja nak tahu berapa harga kereta terbang ni sebab nak beli, mohon maaf – kereta tu bukan untuk dijual katanya. Kereta terbang yang katanya bakal direalisasikan kerajaan tahun ini hanya untuk kegunaan industri pengangkutan je.

“Kita buat bukan untuk dijual (kepada orang awam). Contoh F1 (Formula Satu), orang tak beli, tapi naik sahaja. Setakat ini, saya dihubungi syarikat gergasi dunia bertanyakan mahu melihat pelan asas (blueprint) dan ia satu tarikan pelaburan. Ini juga beri keyakinan dalam pembangunan berskala angkasa (aerospace). Pihak Grab juga ada menyuarakan mahu menggunakan kereta terbang untuk perkhidmatan mereka,” – Menteri Pembangunan Usahawan

Ohh, macam tu rupanya pak Menteri. Dia juga siap kata – infrastruktur seperti pembinaan jambatan dan jalan raya dapat dikurangkan dalam tempoh lima tahun akan datang jika kereta terbang itu mampu direalisasikan. Oh, kiranya kalau kereta terbang ni nanti dah ada – kita ada alternatiflah daripada asyik lalu kat jalan raya yang sesak setiap hari? Boleh tahan – ni mungkin macam alah-alah awan terbang yang ada dalam anime Dragon Ball.

Tapi pak Menteri, rakyat skeptikal tentang benda ni sebab ada banyak lagi isu yang perlu diselesaikan

Kalau kalian kata idea ni tak dijadikan jenaka oleh netizen, korang tengah bersikap denial. Pergilah kat mana-mana fanpage yang laporkan berita ni – rata-rata orang gelak je. Sebabnya rakyat merasakan ada banyak lagi masalah yang perlu diselesaikan oleh kerajaan – kos sara hidup, jaringan pengangkutan awam, dan bantuan sosial contohnya. Tak salah nak buat kereta terbang, tapi janganlah dilupakan isu-isu yang lebih penting.

Dengan kekalahan Pakatan Harapan di PRK Semenyih, agak-agak isu kereta ni akan muncul di PRK Rantau ke?

Adakah Malaysia memerlukan kereta terbang?

View Results

Loading ... Loading ...
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print