Pemberi pinjam berusia 21 tahun yang menjalankan aktiviti memberi pinjaman wang tanpa lesen di sekitar Butterworth itu turut beberapa kali mengugut mangsa sehingga mengancam keselamatan diri dan keluarganya.

Kan seronok kalau duit jatuh dari langit. Via Tenor

Namun kegiatan suspek yang dikenali sebagai Jordan itu tak bertahan lama apabila dia dah ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil ibu pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) di sebuah kondominium di Jalan Raja Uda. Ketua Polis Daerah SPU Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor kata, lelaki tu ditahan hasil risikan dan maklumat daripada mangsa.

“Mangsa memaklumkan dia perlu membayar balik RM800 secara mingguan selain diugut untuk melangsaikan kesemua hutang pokok sebanyak RM3,000. Mangsa juga beberapa kali telah diugut oleh lima individu tidak dikenali sehingga berasa keselamatan diri dan ahli keluarganya terancam,” – Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor