Terkorban akibat tanah runtuh, tapi netizen cuma nak tahu jika mangsa langgar PKPB

Haz12 O Bhfield Image Listing Featured.var 1594548486

Tentunya ketika pandemik melanda negara, perbincangan harian kita banyak tertumpu dengan perkembangan virus COVID-19 dan status perintah pergerakan. Bila-bila masa je, perintah pergerakan boleh dilonggarkan semula dan boleh jugak diperketatkan kembali. Walaupun begitu, kita masih lagi tak boleh menolak sepi isu-isu yang jugak amat penting khususnya berkaitan dengan alam sekitar.

728 X 90

Baru-baru ni kita dikejutkan dengan insiden tanah runtuh kat Perak, mengorbankan dua orang mangsa yang meninggal dunia akibat terperangkap dalam runtuhan tersebut. Kejadian ni sebenarnya insiden pertama kali berlaku kat lokasi kejadian – seharusnya ia jugak jadi yang terakhir berlaku.

Bomba Tambun Tanah Runtuh
Foto kejadian, ihsan dari pihak JBPM Perak.. Via Awani

Tanah runtuh kerana hujan lebat dan dah tak selamat, tapi ramai lebih berminat nak tau mangsa langgar PKPB ke tak

Secara umumnya, kita dah tau bahawa tanah runtuh ni boleh disebabkan dari hujan lebat dan pokok mungkin dah tak banyak sangat untuk mencengkam tanah tu. Atas dasar pembangunan, banyak perubahan lanskap muka bumi dah berlaku. Menyedari bahayanya, manusia dah banyak rangka pelbagai inisiatif untuk mengelak hal-hal macam ni berlaku. Tapi di sebalik inisiatif dan langkah menghindarkan kejadian buruk ni… risikonya sentiasa wujud.

Pada 9 November lalu pada jam 1.28 pagi, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak terima panggilan bahawa terdapat kejadian tanah runtuh kat sebuah pusat peranginan Banjaran Hotspring Retreat di Tambun. Menurut kenyataan awal JBPM Perak, setibanya mereka di tempat kejadian didapati terdapat tanah runtuh dan dipercayai terdapat dua mangsa tertimbus iaitu sorang lelaki dan sorang wanita.

Mangsa Tanah Runtuh Tambun
Kesan tanah runtuh di Tambun… Via Awani

Sesampainya di tempat kejadian, pasukan penyelamat turut menemukan dua pasang kasut sukan dipercayai milik kedua-dua mangsa di kawasan kejadian. Usaha penyelamatan tersebut berlangsung berjam-jam lamanya akibat pergerakan tanah sehingga pada 9.55 pagi, kedua-dua mangsa berjaya ditemui kat kawasan jakuzi villa pusat peranginan tersebut.

“Kami baru saja dimaklumkan bahawa, dalam lebih kurang 9.55 pagi tadi, kedua-dua mangsa telah pun dijumpai dan mereka dijumpai dalam kawasan jakuzi villa tersebut. Kedudukan kedua-dua mangsa ini adalah berdekatan. Mereka dijumpai dalam lima minit antara satu sama lain. Bagaimanapun, hubungan kedua-dua mangsa berusia lingkungan 30-an belum dikenal pasti dan siasatan awal mendapati tanah runtuh berlaku di kawasan cerun salah satu bukit,”- Pemangku Ketua Polis Perak Datuk Goh Boon Keng, seperti yang dilaporkan Awani
Mayat Nahas Tanah Tambun
Mayat berjaya ditemui… Via Awani

Kejadian ni pastinya mendapat perhatian warganet, namun dengan persoalan yang berbeza dari apa yang biasanya kita boleh jangkakan dalam sesebuah peristiwa menyayat hati ni; adakah kedua-dua mangsa ni langgar PKPB?

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, kedua-dua mangsa tersebut didapati tak melanggar PKPB sebab difahamkan mereka baru mendaftar masuk atas urusan kerja sebelum kejadian tanah runtuh berlaku pada 1.30 pagi. Mangsa lelaki tersebut merupakan pengurus di sebuah jualan minyak dan gas, manakala mangsa wanita pulak merupakan sorang ejen hartanah.

“Kita kena faham PKPB pada kali ini, untuk urusan pekerjaan dibenarkan, jadi tiada masalah dari segi itu. Difahamkan kedua-duanya mangsa datang ke sini atas urusan kerja,” – Seperti yang dilaporkan Harian Metro

Punca hujan lebat dan struktur lemah, aktivis persoalkan isu tanah runtuh ni cuma cebisan dari isu alam sekitar yang semakin teruk

Situasi hujan lebat dan struktur tanah yang lemah menjadi salah satu punca bagaimana kejadian tanah runtuh di Tambun tu berlaku. Timbalan Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak, Mat Niza Abdul Rahman berpandangan bahawa kedua-dua elemen ni mendorong kepada aktivti kegelongsoran tanah di Tambun.

“Kawasan ini pula dikelilingi bukit batu kapur dan di atasnya ada tanah baki hasil relau batu kapur itu. Kalau kita lihat atas tanah baki itu tumbuh pokok dan daripada jauh nampak macam cantik dan stabil. Tetapi apabila hujan yang banyak (lebat) semalam, air hujan melemahkan tanah yang berada di atas batu kapur itu,”- Seperti yang dilaporkan Harian Metro

Banjaran Hotspring Tambun
Ni lah kawasan kejadian tersebut, Banjaran Hotspring Retreat di Tambun.. Via Booking.com

Hujah timbalan pengarah ni sebenarnya macam bersifat setempat je, dan hanya melakar sebahagian gambaran mengenai tahap alam sekitar di Perak. Sorang penulis dan aktivis bernama Mariam Mokhtar pulak mempersoalkan keprihatinan dan perhatian kerajaan negeri terhadap alam sekitar negeri, sebab dakwanya, dah lama sebenarnya rakyat negeri tersebut suarakan kebimbangan mereka mengenai pembangunan dan keselamatan tanah bukit batu kapur tu.

Mariam Mokhtar tegas menyatakan bahawa menteri-menteri besar terdahulu tak mengutamakan suara rakyat, sebaliknya banyak terpujuk dengan rayu manis para pemaju termasuklah yang meraih untung melombong dan membina bangunan-bangunan mewah berdekatan bukit batu kapur yang indah. Kegagalan ni dilihat bersambung jugak di bawah pentadbiran MB Perak kini iaitu Ahmad Faizal Azumu.

Tanah runtuh ni cuma kesan kepada isu yang lebih besar dan kegagalan kerajaan negeri terdahulu dan ramai penduduknya mulai rasa Ipoh kini tak seindah dahulu.

Kinta Valley Ipoh
Bukit batu kapur di Lembah Kinta… Via Ipoh Echo

Ditambah lagi dengan pembinaan bangunan yang dilihat tak cermat; bunyi bising dan pencemaran udara akibat debu turut mengganggu kesejahteraan penduduk kat sana. Gesanya lagi, sepatutnya kerajaan negeri mengambil iktibar kejadian tanah runtuh ni sebagai tanda perlunya pendekatan holistik yang seimbang antara alam sekitar dan alam kemajuan.

Kami setuju jugak dengan gesaan Mariam Mokhtar ni – sebaiknya kerajaan negeri kena mainkan peranan yang lebih aktif dalam memelihara dan memulihara alam sekitar, terutamanya tarikan bukit batu kapur yang ada. Masalah ni sebenarnya memang dah berlarutan lama, sebab antara beberapa isu yang timbul adalah isu perlombongan kuari dan wujudnya pertimbangan nak wartakan Geopark Lembah Kinta untuk melindungi Gunung Lanno.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *