Najib bayar RM23 juta untuk pasukan media

f1 min (1)

Beberapa bulan lepas, Bekas Pengurus Perhubungan AmBank, Joanna Yu Ging Ping akui dia tertekan ketika ditugaskan mengendalikan akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak yang disifatkan amat mencabar.

Menurut Ging Ping, dia dilantik sebagai pengurus perhubungan bagi akaun peribadi Najib yang ketika itu perdana menteri kerana dia dah kendalikan akaun berkaitan syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum itu.

Saksi pendakwaan ke-41 yang ketika itu menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib pada sesi pemeriksaan semula, berkata pada awalnya beliau diberitahu Najib akan membuka akaun di AmBank oleh ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low.

3c9929250d60def3f46847263b3103a0
Joanna Yu Ging Ping

Menurut Ging Ping, dia agak terkejut apabila dapat tahu mengenai perkara itu kerana menyangka sudah tentu perdana menteri akan buka akaun di bank kerajaan atau bank lain seperti di Maybank.

Dia juga diberitahu bahawa Pengarah Urusan Kumpulan Ambank ketika itu, Cheah Tek Kuang akan uruskan pembukaan akaun dengan menemui Najib sendiri urusan berkenaan bukan tarafnya selaku pegawai biasa.

“Pada mulanya saya tak tahu apa yang hendak dijangka, bagaimanapun lama kelamaan apabila pengeluaran cek melebihi baki dalam akaun, ada tekanan yang ia boleh menyebabkan cek tendang. Sedangkan kami diberitahu untuk tidak membiarkan ia berlaku kerana ia akaun milik perdana menteri.

Sudah tentu akan ada akibatnya, bagaimana jika PM beritahu mengapa kami biarkan cek ini tendang sedangkan hanya kami yang tahu jumlah (baki dalam akaun). Begitu juga persoalan akan ditimbulkan bahawa adakah kami tak percaya yang PM boleh atasi masalah ini.

“Jadi kami memang sangat tertekan ketika itu, begitu juga di pihak cawangan apabila setiap kali menelefon kami untuk beritahu wang tak cukup dalam akaun. Mereka juga kedengaran agak tertekan, ini apa yang kami rasa dan ia amat mencabar,” – Ging Ping

Bayaran 23 juta melalui perjanjian lisan

Mahkamah Tinggi diberitahu Syarikat Semarak Konsortium Satu Sdn Bhd terima bayaran daripada Datuk Seri Najib Razak sebanyak RM23 juta melalui 39 keping cek yang diserahkan sendiri bekas perdana menteri itu di Pejabat Perdana Menteri (PMO) setiap bulan selama tiga tahun.

Bayaran itu adalah bagi perkhidmatan pasukan media antarabangsa dan penulis ucapan bahasa Inggeris untuk Najib.

Pengarah Semarak Konsortium, Datuk Mohd Omar Mustapha beritahu beliau sendiri berjumpa dengan Najib untuk terima cek berkenaan di PMO di antara 3 Mac 2011 dan 23 April 2014.

Saksi ke-45 pendakwaan itu berkata demikian semasa perbicaraan rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan penyelewengan bernilai RM2.28 bilion terhadap Najib.

Mohd Omar berkata, cek yang diterimanya secara bulanan daripada bekas perdana menteri itu bagaimanapun tak dinamakan tetapi ditandatangani sendiri oleh Najib di hadapannya.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib pada sesi pemeriksaan semula, Datuk Mohd Omar berkata dia tak boleh sahkan sama ada cek itu dibayar daripada akaun peribadi Najib kerana takde nama pembayar pada cek terbabit.

Ditanya berapa jumlah yang diterima secara bulanan, saksi itu menjawab, “enam angka”.

Terdahulu dalam pernyataan saksinya, Mohd Omar yang pernah menganggotai anggota Majlis Ekonomi Negara berkata, bayaran itu adalah bagi menyediakan perkhidmatan pasukan media antarabangsa dan penulis ucapan bahasa Inggeris kepada Najib antara Mac 2011 hingga April 2014.

Mohd Omar berkata, beliau berjumpa dengan Najib di pejabat Perdana Menteri pada Mac 2011 untuk menawarkan perkhidmatan pasukan media antarabangsa dan penulis ucapan bahasa Inggeris kepadanya.

Dalam perbincangan itu, dia tawarkan perkhidmatan secara kos dahulu (reimburse) di mana setiap bulan akan mengemukakan tuntutan kos kepadanya untuk dibayar dan Najib bersetuju dengan cadangan perkhidmatan berkenaan.

Saksi itu berkata, dia tak minta sebarang kontrak ditandatangani untuk perkhidmatan itu dan Najib juga tak meminta sebarang kontrak daripadanya, di mana itu hanya membabitkan perjanjian lisan sahaja.

“Oleh kerana isu ini kemungkinan besar boleh dipolitikkan, saya percaya Najib boleh mempercayai saya dalam urusan ini kerana saya pernah bekerja dengannya sebagai pegawai khas utamanya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 2004 hingga 2005 yang mana beliau tahu keupayaan saya bekerja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *