Nama Geng Nicky nampak tak ganas, tapi ini sebenarnya aktiviti jenayah mereka

f1

Siapalah tak sayang negara sendiri? Tempat tumpahnya darah kita, tempat kita berlindung nasib, tempat kita sendiri nak cari kehidupan… Malaysia seringkali menjadi destinasi antarabangsa atas pelbagai sebab. Bahkan dari segi hubungan diplomatik pun, kita agak terkemuka dan penting jugak. Walau bagaimanapun, dalam negara ni pun ada jugak wujud sisi-sisi gelap yang cuba menghancurkan keamanan negara.

728 X 90

Baru-baru ni, sorang penjenayah berpangkat Dato dah dikenalpasti dan ditangkap dalam sebuah operasi besar yang dikendalikan oleh PDRM. Dulu, sorang lagi penjenayah berpangkat Dato’ jugak yang dikaitkan dengan jenayah perjudian dan aktiviti cuci duit haram. Lebih mengejutkan, penangkapan Dato’ ni turut membongkar lebih banyak kaitan dengan geng-geng jenayah lain dalam operasi sulit yang dilaksanakan oleh PDRM.

geng nicky
Via Malaysiakini

‘Geng Nicky’ ditumpaskan dalam Ops Pelican, Datuk dan Datuk Seri antara yang ditahan

Kalau disebut je perkataan ‘Geng Nicky’, korang mungkin ingatkan geng ni geng biasa-biasa je. Tak nampak menggerunkan, malah dah boleh gunakan untuk jadi sebahagian watak dari rancangan kartun kanak-kanak. Tetapi secara realitinya, ‘Geng Nicky’ ni antara geng yang ganas dan nampaknya bukanlah pemain baharu dalam dunia jenayah terancang Malaysia. Apa taknya, nama je nampak tak garang… tetapi apa yang ditemui polis membuktikan sebaliknya.

Pada 30 Mac lalu, Bernama melaporkan PDRM dah berjaya tumpaskan Geng Nicky. Seramai 68 orang ditahan dan ratusan ribu ringgit wang tunai serta aset bernilai jutaan ringgit dirampas oleh pihak polis dalam 70 serbuan di sekitar Selangor dan Lembah Klang.

geng nicky 68
Via Sinar Harian

Sorang Datuk yang terpalit sama dalam aktiviti jenayah ni, Dato Seri Nicky Liow Soon Hee baru berusia 33 tahun. Tetapi, dia sebenarnya adalah pengasas kepada Winner Dynasty Group yang berpusat di Setiawalk Puchong, Selangor. Setakat ni dia masih lagi diburu dan dipercayai masih bersembunyi dalam negara.

“Kami turut merampas sepucuk pistol jenis Glock 17 bersama satu kelopak peluru berisi sembilan butir peluru serta wang tunai pelbagai mata wang dianggarkan bernilai RM773,145 selain kenderaan mewah dianggarkan bernilai RM6.67 juta”- Tan Sri Badul Hamid Bador, Ketua Polis Negara, seperti yang dilaporkan Bernama

nicky liow
Dah keluar notis dikehendaki.. Via Berita Harian

Antara yang ditahan termasuklah dua orang adik Nicky bergelar ‘Datuk’ dan ‘Datuk Seri’ berusia 28 dan 30 tahun. Selain tu, ada lima lelaki serta sorang wanita yang turut berstatus ‘Datuk’. Ni agak memalukan jugaklah sebab gelaran kenamaan ni gelaran hormat untuk tokoh yang layak dihormati. Bukannya nak mengkhianati masyarakat, lagi-lagi nak gunakan gelaran tersebut untuk mendapatkan lebih banyak kekayaan dari cara haram.

Beberapa yang turut dirampas oleh pihak polis seperti:

  • Pelbagai jenis kenderaan mewah seperti Rolls Royce, Bentley, Porsche, BMW, Mercedes, Alphard, Vellfire dan Volkswagen dirampas.
  • Wang tunai pelbagai mata wang membabitkan Amerika Syarikat, England, Hong Kong, China, India, Thailand dan Singapura
  • 41 akaun bank bernilai lebih RM4 juta dibekukan oleh pihak polis
  • 35 unit kenderaan lain bernilai RM8.8 juta melibatkan 21 individiu dan 16 entiti termasuk Yayasan Winner Emperor Sedunia dan Pertubuhan Integriti Nicky Liow Malaysia dirampas
gengnicky triad
Via Malaysia Gazette

Modus operandi Geng Nicky guna WeChat, mungkin ada kaitan dengan Broken Tooth

Menurut Ketua Polis Negara jugak, Nicky Liow ni turut ada kaitan dengan sorang penama yang dah disenaraihitamkan oleh pihak US Treasury pada 9 Disember lepas. Penama ni dipercayai terlibat dalam aktiviti jenayah terancang antarabangsa dan pengubahan wang haram.

“Hasil risikan pihak task force juga mendedahkan Winner Dynasty Group dan Nicky Liow disyaki mempunyai hubungan dengan elemen jenayah terancang antarabangsa ‘Wan Kuok Koi @ Broken Tooth’ “

nicky liow broken tooth
Nicky Liow bersama-sama dengan Wan Kuok Koi @ Broken Tooth dalam sebuah parti pada 2019.. Via China Press

Broken Tooth ni turut ada kaitan dengan skandal pelaburan saham dalam Inix Technologies dan mempunyai jaringan dengan elemen dadah antarabangsa ‘Tse Chi Lop’ yang ditahan di Belanda pada 24 Januari lepas. Ikut carian kami, syarikat Inix Technologies pun tengah bergolak kerana pengerusi baharunya, Tan Sri Mohammad Fuzi Harun tiba-tiba nak berhenti hanya 5 hari lepas sah jawatan. Dia ni sebenarnya diharapkan gantikan Wan Kouk Koi selaku pengerusi lama, tetapi nampaknya macam tak jadi je…

Selain tu, siasatan awal polis mendapati Geng Nicky ni sasarkan pelabur dari China dengan janjikan pulangan keuntungan berlipat kali ganda dalam pelaburan seperti hartanah, produk kesihatan, tukaran mata wang asing dan mata wang kripto miliknya, iaitu wincoin dan winbitex.

“Pelabur akan membuat pelaburan dalam aplikasi Wechat dengan menggunakan Wchat Pay dan wang itu seterusnya akan dilaburkan dalam mata wang kritip dan judi dalam talian. Dalam usaha mengeluarkan wang itu perkhidmatan ‘money changer’ dan ‘casino junket agent’ digunakan untuk mengaburi pihak berkuasa”

geng 14k triad geng nicky
Bagaimana diorang kenal satu sama lain.. -Via Bernama

Bukan setakat si Broken Tooth je, pihak polis turut mengesahkan Geng Nicky ada kaitan dengan kumpulan jenayah 14K Triad, geng yang berpusat di luar negara lagi. Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, Ketua Polis Johor mengesahkan hal ni, dia kata hubungan 14-k Triad dan Broken Tooth pernah lantik Nicky Liow sebagai Presiden Persatuan HongMen History and Culture Association. Terdapat transaksi yang dikesan masuk ke persatuan tersebut, yang mana ada kaitan jugak dengan 14-k Triad.

Drama jenayah antarabangsa sebenarnya wujud je di Malaysia, malah nampaknya merentas sempadan negara. Membiak subur je para penjenayah ni, sehinggalah ia akhirnya dapat perhatian daripada pihak polis sendiri dan berjaya ditumpaskan. Tiba masa perhatian polis terus kembali mengarah kepada siasatan ke atas Broken Tooth dan 14-k Triad. Ia tentunya tak mudah memandangkan ada dakwaan bahawa terdapat kelompok polis yang takde integriti ni terus melindungi Nicky daripada diheret ke muka pengadilan.

Kelompok polis yang tak bertanggungjawab tu akan disiasat oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman. Senarai nama diorang dah diberikan oleh KP Johor, dan akan diselidiki. Ditambah lagi, media melaporkan ada kebocoran maklumat mengenai Operasi Pelican 3.0 sehingga akibatkan serbuan di kawasan Setia Walk tu gagal dan suspek utama tu melarikan diri. Seramai 34 pegawai polis dan anggota pelbagai agensi penguatkuasa disyaki lindungi Geng Nicky, jadi ia suatu yang melegakan kita apabila JIPS dah nak cari satu persatu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *