Kisah Macau Scam yang menggemparkan Malaysia, ini cara diorang “cuci” duit

F1
Kisah Macau Scam yang menggemparkan Malaysia, ini cara diorang “cuci” duit

Korang perasan ke tak, sejak PKP ni dulu ramai dah yang kena tipu. Ada menang hadiah lah, ada minta TAC lah dari penyedia perkhidmatan kad macam Bigpay… dan macam-macam lagi lah. Sebenarnya Macau Scam ni cumalah satu daripada banyak penipuan yang selalu terjadi, namun ada satu kes yang unik baru je terjadi kat artis kita.

728 X 90

Korang masih ingat kes Shuib dan isterinya, Siti Sarah yang dah kena panggil SPRM tu? Hah kalau tak tau kisah mereka, baca ringkasan kami ni. Mungkin kita boleh belajar sedikit sebanyak dengan kesilapan mereka ni, terutamanya bila ada yang tiba-tiba datang nak tawar peluang berniaga.

Shuib Sita Sprm
Via Thenews

Pasangan Dato tak semestinya terhormat, bersembunyi di belakang artis dan bayar pihak penguatkuasa

Asal usul gelaran berpangkat ni secara sejarahnya membawa erti yang besar untuk masyarakat. Menjadi Dato’ dan senada dengannya ni bererti seseorang tu kenalah terus memberi sumbangan kepada masyarakatnya, apatah lagi lepas pemberian gelar tradisional macam tu jugak membawa maksud nak iktiraf jasa.

Tapi lain pulak dengan apa yang jadi baru-baru ni. Kes Shuib ni pun sebenarnya cuma sikit je, sebab sindiket penipuan yang dijalankan oleh pasangan sejoli ni dipercayai dah lama. Mengikut kutipan Cilisos.my, dua nama yang selalu diperkatakan warganet adalah Dato Addy Kana dan Datin Alyaa Suhaila. Walau bagaimanapun setakat ni, nama ni tak disebarkan secara rasmi sebab belum disabitkan salah.

Addykana Datin
Dipercayai Addy Kana dan Alyaa Suhaila. Via MalaysiaGazette

Dato Addy Kana dan Datin Alyaa Suhaila ni dipercayai pasangan suami isteri yang terlibat dalam sebuah sindiket Macau Scam, penyelewengan wang dan memiliki perniagaan judi dalam talian. Mereka ni turut dipercayai warganet sebagai pemilik 750 akaun bank yang telah dibekukan SPRM membabitkan nilai RM75 juta, serta 24 kereta mewah yang kini dah disita.

“Sebanyak 24 kereta mewah di mana lima milik lelaki bergelar Datuk yang dipercayai dalang sindiket ini turut disita SPRM. 750 akaun milik ahli perniagaan yang terbabit dalam sindiket terbabit termasuk akaun selebriti disita susulan siasatan SPRM akaun itu terbabit dalam pengubahan wang haram,”- Seperti yang dipetik dari sumber Harian Metro pada 5 Oktober

Tapi selagi perkara ni tak sah, selagi tu kita belum boleh hukum suspek ni. Nama yang kami sebut pun cuma dikutip dari pandangan netizen je. Pasangan suspek dah ditahan reman untuk membantu siasatan, manakala Shuib dan Siti Sarah, pemilik perniagaan Bubblebee ni terpaksa dipanggil untuk diambil keterangan.

Keterangan Siti Sarah
Via Astro Gempak

Modus operandi sindiket sebegini pulak agak unik, sebab dalangnya bersembunyi di sebalik perniagaan yang sah khususnya yang dimiliki oleh artis tempatan. Mungkin sebab artis ni memang dah biasa nampak kaya, jadi dalang sindiket sebegini akan ‘bermurah hati’ nak hulurkan bantuan modal untuk membangunkan perniagaan di bawah nama artis. Untung tak untung belakang kira, sebab wang haram tu tadi akan tercuci di sana.

Selain tu, dalang sindiket ni turut dipercayai dah membayar beberapa anggota pihak berkuasa yang terdiri daripada agensi keselamatan demi menjamin keselamatan dan kelangsungan usaha haram mereka tu. Ia jugak boleh digunakan untuk melindungi premis perniagaan yang mereka laburkan tu.

Airboba Madu
Jual air boba madu dah.. -Via Thenews

Kegiatan ‘cuci duit’ sebagai cara kaburkan mata pihak berkuasa dan rakyat, tetap salah dan masih haram

Kegiatan ‘cuci duit’ ni rupanya merupakan antara teknik yang digunakan oleh dalang sindiket yang dapat duit dari sumber haram ni. Hasil duit haram ni tak mudah nak sembunyikan ye, lagi-lagi bila jumlahnya banyak. Nak masuk bank terus, tak dapat jugak sebab bank mesti akan nak siasat sumber jumlah wang tu.

Nak pakai cash terus pun, tak habis sehari. Dah nak kumpul untuk jadikan harta, takkanlah nak habiskan… betul tak? Sebab tulah wujudnya istilah ‘cuci duit’. Prinsip cuci duit ni secara umumnya terdiri daripada 3 tujuan:

  • Nak kaburkan mata pihak berkuasa supaya boleh teruskan perniagaan haram tu
  • Nak tutup jejak sumber asal wang haram tu
  • Nak tukarkan wang haram tu kepada wang yang dilihat sah dari segi undang-undang
Via Giphy

Banyak lagi teknik lain sebenarnya, tapi untuk teknik ‘cuci duit’ ni khususnya yang mungkin terjadi kat Malaysia sekarang adalah wang haram tu akan dilaburkan, ataupun akan disorok dalam bentuk hasil dari keuntungan kedai. Kalau korang selalu tengok filem gangster, istilah “front store” atau “front” tu termasuklah dalam cara nak cuci duit.

Misalnyalah, sebuah kedai mewah yang jual beg tu dibuka oleh orang yang nak cuci duit haram tu. Tak perlu ramai orang pun yang datang beli, sebab nanti dalam kertas, pandai-pandailah mereka nak ‘palsukan’ pelanggan yang kononnya dah beli beg tersebut sedangkan wang untung tu lah wang haram. Tapi bila dah dalam kertas sebagai wang keuntungan, jadi masuk dalam bank nanti, dah nampak macam sah ler…

Via Giphy

Memandangkan perkara ni selalu berlaku di luar pengetahuan umum, siasatan SPRM ni berjaya menunjukkan bahawa jenayah wang sebegini boleh wujud di Malaysia. Rasuah dalam kalangan penguatkuasa dan keselamatan jugak harus dibendung dan terus dititikberatkan agar memelihara reputasi pihak penguatkuasa kita.

Apa yang lebih menghairankan, polis kini tengah memburu lelaki bergelar Datuk Seri yang juga suspek utama sindiket pengubahan wang haram selepas dia melarikan diri sebaik dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM). Difahamkan suspek bertindak memanjat pagar di belakang bangunan SPRM sebelum melarikan diri.

Ketika kejadian, pihak polis yang berada di hadapan bangunan SPRM hanya sempat menahan seorang suspek yang juga merupakan dalang utama sindiket itu bersama dua anggota polis bagi membantu siasatan kes itu. Secara jujur, kami pun tak faham macam mana lelaki yang berfizikal agak berisi macam tu boleh lampat pagar dan terlepas.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top