Tik Tok kini jadi platform kempen pilihan raya di USA, mesti Menteri KPT gembira

F1
Tik Tok kini jadi platform kempen pilihan raya di USA, mesti Menteri KPT gembira

Bila sebut je aplikasi Tik Tok, ramai yang masih rasa aplikasi tersebut tak bawa apa-apa kebaikan dan ‘menggelikan’. Kalau korang masih ingat lagi, dulu sorang menteri ni kena kecam habis disebabkan Tik Tok hingga kini masih digelar menteri Tik Tok. Namun begitu, tahukah korang bahawa Tik Tok ni sebenarnya lebih dari aplikasi untuk remaja bergelek?

Poster Tik Tok
Via Oh Bulan

Tik Tok ni dah jadi isu antarabangsa, pertamanya sebab ia kini dah diharamkan oleh India lepas negara tersebut bergaduh dengan China. Kedua, ia jugak turut menjadi isu belia kat Amerika Syarikat khususnya kepada pencipta kandungan video pendek di sana. Kali ni pulak, sorang wartawan ni berjaya buktikan Tik Tok jugak menjadi platform baharu nak rebut undi golongan belia sempena pilihan raya.

Trump lebih dahulu perasan potensi Tik Tok, paksa syarikat China jual Tik Tok kepada Oracle atas dasar keselamatan data

Sebelum ni kami dah tulis beberapa artikel mengenai sensitiviti data dan kenapa kita kena jaga keselamatan data peribadi. Dalam kes Tik Tok ni, ramai mungkin tak sedar bahawa Tik Tok ni mempunyai tarikan tersendiri dalam kalangan belia. Berbeza dengan stereotaip ramai, Tik Tok ni adalah platform yang popular dalam kalangan belia disebabkan ia berbeza dari media sosial macam Facebook, Instagram dan Youtube.

728 X 90

Di Amerika Syarikat misalnya, 6 daripada 10 remaja di sana merupakan pengguna Tik Tok. Berbeza dengan Facebook, Instagram dan Youtube yang mempunyai khalayaknya sendiri, model Tik Tok ni lebih mudah iaitu memaparkan kandungan video kreatif selama seminit atau kurang daripada itu.

Tiktok
Tik Tok menjadi aplikasi ketiga yang paling kerap digunakan, sedangkan ia aplikasi baharu dan kalahkan beberapa aplikasi yang dah lama wujud.. Via Statista

Oleh sebab tu, ia menguatkan hasrat pentadbiran Trump untuk menggesa syarikat China, Bytedance untuk jual Tik Tok kepada syarikat Amerika Syarikat. Kalau korang perasan, kebanyakan media sosial yang kita pakai sekarang ni dimiliki oleh syarikat Amerika Syarikat. Maka wujudnya Tik Tok ni secara tak langsung boleh mengambil monopoli tersebut. Ada jugak yang dakwa Mark Zuckerberg sendiri pujuk Trump agar beli Tik Tok tu.

Beberapa syarikat yang berminat termasuklah Microsoft dan Oracle. Trump sudah mengeluarkan amaran untuk mengharamkan Tik Tok sebagaimana yang dilakukan India atas alasan keselamatan data peribadi, jadi ni jugak dilihat menekan Bytedance untuk jual Tik Tok tu supaya ia tak diharamkan kat Amerika Syarikat.

Tiktok Oracle
Via Quartz

Tambah lagi, khayalak pencipta kandungan dari Amerika ni pun banyak jugak. Pengharaman ni bererti Tik Tok jugak hilang sebahagian dari kandungannya sebab Tik Tok sebenarnya tak keluarkan kandungan. Mereka ni platform je sebenarnya. Macam Shopee, atau Amazon dan pelbagai platform e-dagang lain. Mereka ni takde produk, dan banyak bergantung pada kandungan yang dicipta secara percuma oleh komuniti pengguna je.

Kini platform popular, Tik Tok jugak jadi platform kempen sasarkan belia yang baru pertama kali mengundi

Salah sorang wartawan BBC yang terkenal, Sophia Smith Galer melaporkan bahawa Tik Tok sebenarnya dah menjadi platform baharu untuk kempen meraih undi yang menyasarkan belia terutamanya yang baru nak mengundi di Amerika Syarikat. Terdahulu, Facebook menjadi antara platform utama nak berkempen dan meraih undi. Obama misalnya antara calon Presiden (kemudiannya menang) yang turut letakkan Facebook sebagai platform berkempen.

Media Sosial Obama
Obama lebih dirasai ‘kehadirannya’ berbanding lawannya dulu… Via Phys.org

Menurut Sophia Smith Galer, Facebook sekarang dah tetapkan polisi ketelusan mereka dari segi iklan politik. Dalam PRN Sabah sendiri, salah sorang penulis kami ‘terserempak’ dengan iklan politik di mana Facebook turut kemukakan nama pendana iklan politik untuk undi seseorang calon. Tapi hal ni berlainan kat Tik Tok, sebab takde lagi apa-apa polisi ketelusan yang harus dipenuhi.

Dua parti gergasi kat sana iaitu parti Republikan dan parti Demokrat masing-masing mulai menyasarkan kempen di Tik Tok dengan cara mencipta sebuah profil yang mengumpulkan beberapa pencipta kandungan popular dengan nama Conservative Hype House. ‘Hype House’ dalam Tik Tok ni simbolik kepada profil berkumpulan yang ‘dianggotai’ sekumpulan pencipta kandungan atau “tik tokker”.

Tiktok Chh
Via BBC

Conservative Hype House ni jelasnya adalah profil bernada politik yang pro-Republikan. Mereka banyak siarkan video-video politik, termasuklah mengiklankan beberapa teknik untuk mengumpulkan butiran bakal pengundi yang tertarik nak sokong Republikan. Beberapa teknik ni adalah dengan kod SMS khas “CHH” yang memerlukan mereka memasukkan nama dan kawasan mereka serta menggesa belia pro-Republikan muat turun aplikasi kempen Republikan

Democrat Hype House pulak wujud hampir seminggu selepas munculnya Conservative Hype House ni. Selain tu, impak ‘influencer’ atau ‘tik tokker’ ni pun agak jelas dengan wujudnya tanda pagar sebagai sokongan seperti #biden2020 dan yang senada dengannya. Tanda pagar pro-demokrat turut popular dalam platform media sosial yang lain, tambah lagi apabila artis-artis Hollywood sendiri secara terbuka menyatakan sokongan atas parti tertentu.

Tiktok Biden
Video pendek kempen pro-Biden.. -Via TikTok

Politik Amerika Syarikat mendominasi ruang berita antarabangsa, kadangkala menenggelamkan berita dari negara lain

Sekilas pandang, korang mungkin perasan betapa banyaknya siaran dan liputan mengenai Amerika Syarikat berbanding negara lain. Analisis politik negara tersebut sentiasa menjadi ‘highlight’ sedangkan kat negara lain, banyak lagi isu tersendiri yang jugak memerlukan perhatian ramai. Dominasi politik negara tersebut ni pun ada kena mengena dengan kedudukan negara tersebut iaitu ‘superpower’ dunia kini, dan kebanyakan saluran beritanya menjadi sumber utama yang dipetik oleh ribuan saluran lain kat dunia ni termasuklah kita.

Bidentrumptiktok
Via Fishbowl

Apa yang terjadi kat Amerika Syarikat ni sebenarnya dapat kita pelajari mengenai kepentingan kita untuk faham hubungan antarabangsa. Tujuan kami nak lapor perkembangan kat luar negara ni dengan lensa yang neutral sebenarnya untuk mantapkan kefahaman kita sendiri mengenai kesan politik sesebuah negara terutamanya negara dunia pertama macam Amerika Syarikat. Takdelah asyik sebut Freemason je kan bila nak berbincang serius pasal politik negara luar.

Selain tu, korang boleh tengok sendiri mengenai pengaruh aplikasi media sosial tu dalam pilihan raya besar macam yang berlaku kat Amerika Syarikat ni sekarang. Kat sini, mungkin kita tengok Tik Tok ni macam tak bermanfaat je… sedangkan kat negara lain, ia menjadi aplikasi rebutan dan melihatnya sebagai potensi baharu untuk memaksimakan pengaruh dan keuntungan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top