займ срочно

Sistem kredit sosial China yang aneh, setiap rakyat ada markah di mata kerajaan

F1
Sistem kredit sosial China yang aneh, setiap rakyat ada markah di mata kerajaan

China ni sebuah negara yang besar, dengan jumlah populasi lebih 1.3 billion penduduk. Jumlah ni memang sangat ramai, sehinggakan suatu masa dulu China ketatkan polisi satu keluarga satu anak bagi mudahkan kawalan ke atas penduduknya. Tetapi polisi tersebut jugak banyak kali dilanggar rakyatnya; yang penting kerajaan tak tau je.728 X 90

Kali ni pulak, suatu cadangan besar bakal diimplementasikan dan meliputi seluruh negara tersebut. Bayangkan… korang kini dinilai berdasarkan markah sosial. Nilai ni diletakkan oleh kerajaan untuk kawal perlakuan korang dengan mengukur sejauh mana korang boleh jadi rakyat yang baik dan mematuhi peraturan. Apa jadi kalau markah korang jadi rendah?

Game Life China Score System
Via Visual Capitalist

Cadangan ni dah lama dirancangkan sejak 2014, gunakan teknologi untuk ukur nilai kredibiliti rakyat China

Sistem kredit sosial ni sememangnya idea yang dah lama wujud sejak munculnya teknologi pengawasan dan keselamatan. Namun begitu, rancangan untuk bina suatu sistem teknologi pengawasan berskala besar sehingga memuatkan data setiap rakyat dalam kadar yang sangat besar adalah suatu rancangan yang unik. Kalau nak banding dengan Amerika Syarikat pun, populasi mereka cuma kira-kira 400 juta je.

Di China, sistem kredit sosial merupakan inisiatif yang memuatkan pelbagai pangkalan data dalam negara tersebut dan membolehkan kerajaan kawal selia serta menilai kredibiliti seseorang penduduk, syarikat dan badan kerajaan. Setiapnya akan diberikan kredit skor, dengan pemberian ganjaran untuk mereka yang ada skor tinggi dan hukuman buat mereka yang ada skor rendah.

China Skor
Via SCMP

Pangkalan data untuk sistem ni akan diuruskan oleh badan perancangan ekonomi China, National Development and Reform Commission (NDRC) bersama bank negaranya People’s Bank of China (PBOC) serta sistem mahkamah negara tersebut. Kebanyakan sumber data ni akan diambil daripada sumber tradisional meliputi data kewangan, jenayah, rekod kerajaan dan rekod pendaftaran. Selain tu, data daripada sumber lain seperti platform kredit dalam talian turut digunapakai.

Data-data lain seperti video pengawasan dan data-data yang difikirkan perlu, termasuklah data pekerjaan mereka. Kecanggihan teknologi pengawasan mereka jugak pernah disebutkan tahun lalu. Di Beijing misalnya, sistem pengenalan wajah yang akan dipasang dalam sistem pengangkutan awam. Kandungan beg yang lebih besar daripada saiz A4 akan diperiksa, selain dari mudahkan pegawai polis kenalpasti penjenayah yang cuba lari guna pengangkutan awam.

Dikatakan macam siri Black Mirror jadi kenyataan, China ada rasional tersendiri untuk pastikan ia berfungsi

Jikalau korang pernah tonton siri sains fiksyen distopia Black Mirror kat Netflix, salah satu episod yang menjadi perbualan ramai suatu masa dulu adalah episod Nosedive. Dalam episod tersebut, kita boleh lihat bagaimana komuniti dalam cerita tu memberi nilai antara satu sama lain. Nilai skor sosial yang tinggi membolehkan korang beli rumah mewah dan dapat pinjaman bank, manakala nilai skor yang rendah akan buatkan korang diheret ke penjara.

Episod ni sekali lagi jadi hangat apabila khabar implementasi sistem kredit sosial China ni mula menyebar ke seluruh dunia. Ramai jugak risau dengan sistem pemantauan yang cuba diwujudkan oleh China. Ada yang kata ni adalah cerita fiksyen jadi realiti dah… Betul ke?

Secara keseluruhannya, implementasi sistem ni dinilai berdasarkan data yang dapat dikutip. Setakat ni, nak kutip data dan menggabungkannya dengan dapatan dari pangkalan data yang lain bukanlah suatu perkara mudah. Kerajaannya optimis dengan potensi sistem tersebut, malah merasakan ia bakal jadi suatu pencapaian yang membolehkan rakyat negara mereka kekal menjadi sebuah masyarakat bermoral.

“Kekurangan kredibiliti dalam masyarakat masih lagi ketara. Walaupun telah dihalang, kesalahan komersial, aktiviti ciplak dan jual barangan tiruan, membuat laporan dan dakwaan palsu, serta kesalahan akademik masih lagi berlangsung, dan rakyat sangat tidak berpuas hati (dengan keadaan ini)… Sistem kredit sosial menyediakan jaminan moral untuk pembangunan dan pembaharuan ekonomi sosialis, politik, budaya dan masyarakat.”- Wen Jiabao, bekas Perdana Menteri China, seperti yang dilaporkan South China Morning Post

Idea sistem kredit sosial yang dikatakan ni pun sebenarnya ada sedikit persamaan dengan siri Black Mirror yang kami sebut tadi. Mengikut laporan media, mereka yang mempunyai nilai kredit skor sosial yang tinggi akan lebih mudah dapat pinjaman dan pelbagai tawaran lain seperti perlindungan kesihatan, pengecualian deposit hinggalah dapat sewa perumahan awam.

China Facial Skor
Via 9gag

Lain halnya untuk mereka yang memiliki nilai kredit skor yang rendah; mereka tak dibenarkan beli tiket pengangkutan awam termasuklah tiket kapal terbang yang lebih dari kelas ekonomi. Bila kami sebut ‘mereka’, ni turut melibatkan penjawat awam jugak. Ni bermaksud sekiranya penjawat awam yang bermasalah kat tempat kerja, boleh jadi penggunaan bil di kelab golf dan kelab malam dihadkan. Begitu jugak dengan membeli atau mengubahsuai kediaman milik mereka.

Bahkan mana-mana kerajaan tempatan yang gagal membayar para kontraktor pada masa yang ditetapkan, mereka turut diberikan nilai skor sosial yang rendah. Syarikat-syarikat yang bermasalah seperti gagal memberi perkhidmatan yang baik kepada pelanggan mereka jugak akan diberikan nilai rendah. Kesannya, mana-mana individu, entiti atau syarikat yang dapat markah rendah ni akan disenaraihitamkan.

China Social Credit
Via Gigazine

Bila kita sebut pasal senarai hitam ini, ertinya mereka belum sampai masuk tahap perlu dipenjarakan melainkan mereka memang ada buat jenayah. Jadi mereka yang disenaraihitamkan boleh je nyahsenaraihitamkan nama mereka dengan membayar hutang yang tertunggak, ataupun berusaha jaga kredit skor yang tinggi untuk suatu tempoh tertentu.

Pengenalan sistem ni secara teorinya boleh dilihat sebagai suatu perkara yang baik, namun banyak perkara yang perlu dipertimbangkan agar ia tak disalahgunakan oleh pihak kerajaan sehingga takde semak imbang. Kawalan sepenuhnya dengan aplikasi teknologi ke atas rakyatnya bukanlah suatu kemajuan yang kita harapkan memasuki abad ke-21 ni.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top