Waris perasuah Marcos jadi Presiden Filipina baharu, apa akan jadi lepas ni?

scmp bongbongmarcos

Mungkin ramai yang tak tau bahawa sekarang ni di Filipina, diorang tengah buat pilihan raya. Dua calon utama yang dikehadapankan sebagai wajah Presiden yang baharu buat Filipina adalah Ferdinand ‘Bongbong’ Marcos Jr. dan Leni Robredo. Keputusan setakat ni menunjukkan bahawa anak Ferdinand Marcos berkemungkinan besar akan menang. Di Filipina, ramai jugak yang khuatir dengan keputusan ni.

Yang menariknya, walau selepas kes rasuah ibu bapanya dahulu… anaknya masih lagi diharapkan untuk mengemudi Filipina. Sebenarnya, usaha ‘pemutihan’ nama Marcos ni dah lama berlangsung. Diorang tak benar-benar hilang pun dari sejarah Filipina, bahkan dosa diorang dilupakan terus tanpa ada keraguan lagi kalau dilihat dari pola undi rakyat Filipina.

filipina pilihanraya
Via CBC

Filipina ketika zaman Marcos Sr. penuh huru-hara, lari ke AS selepas curi wang negara sebanyak $10 bilion

Sebelum kita pergi lebih jauh, jom kita tengok dulu sejarah pemerintahan bapanya Ferdinand Marcos. Dia dipilih jadi presiden pada 1965, namun setahun sebelum penggal keduanya berakhir, dia putuskan untuk kawal satu negara dengan mengisytiharkan darurat. Secara langsung, ni bermakna dia dah gantung Parlimen. Bila Parlimen digantung, ini membawa kepada beberapa impak buruk kepada negara dan rakyatnya.

Selain tu, para ahli politik pembangkang turut ditahan. Tapisan maklumat dikawal sepenuhnya oleh kerajaan. Tentera dan polis digerakkan untuk menyeksa dan membunuh pihak lawannya. Keadaan ni berterusan, sementara rakyat Filipina menderita akibat kemiskinan dan rasuah. Salah satu titik penting yang membawa keruntuhan buat dinasti Marcos ni adalah kes pembunuhan ketua pembangkangnya, Benigno Aquino.

Sokongan rakyat bersilih ganti antara kecewa, marah, sedih. Ia berubah menjadi gerakan pro-demokrasi, dan diorang sokong balu Benigno, Cory Aquino. Sebagai tindak balas nak tenangkan keadaan, bekas Presiden Marcos tu buatlah pilihan raya. Dia menang sekali lagi, meskipun ramai dakwa wujudnya penipuan dan pemalsuan dalam keputusan pilihan raya tu. Sekali lagi, rakyat berkumpul di jalanan untuk tunjuk protes diorang terhadap apa yang berlaku masa tu. Demonstrasi ni digelar Revolusi Kuasa Rakyat, menjadi imej dekad 70-an.

Kebangkitan ni boleh dikatakan satu revolusi besar yang aman. Ni kerana Gereja Katolik pun sokong jugak gerakan besar ni. Pihak tentera, sebelum ni ikut perintah akhirnya memutuskan untuk akur pada rakyat apabila diorang taknak ikut arahan untuk tembak para demonstran. Empat hari berlangsungnya tunjuk perasaan ni, keluarga Marcos semakin takut dengan keselamatan diri diorang dan terus lari terbang ke Hawaii menggunakan helikopter dari AS.

the kingmaker
Via Eatdrinkfilm.wordptess.com

Diorang tak terbang dengan tangan kosong ye. Dikatakan, keluarga Marcos yang lari ni turut membawa banyak perhiasan, pakaian mewah dan jutaan wang tunai. Bongbong Marcos Jr ketika tu berusia 28 tahun, baru berjinak dalam karier politik. Dia pun ikut lari jugak. Bapanya, Ferdinand Marcos meninggal dunia 3 tahun selepas dibuang negara.

Ferdinand Marcos dan isterinya, Imelda serta kroni yang lain ‘merompak’ wang rakyat dalam anggaran $10 bilion. Hanya $4 bilion je yang dapat diambil semula. Kekayaan diorang berterusan sehingga keluarganya dibenarkan pulang pada 1990-an. Bongbong Marcos Jr guna kekayaan dan hubungan diorang untuk bangunkan semula cita-cita politik, menjadi gabenor daerah, ahli kongres dan senator.

ft bongbongmarcos
Anak-beranak.. dari kiri: Ferdinand, Bongbong dan Imelda.. -Via Financial Times

Ini antara cara Bongbong Marcos ‘wangikan’ semula nama keluarganya, adakah Malaysia selamat dari kejadian ni?

Mengikut laporan BBC, ada beberapa cara bagaimana diorang berusaha nak ‘putihkan’ dan ‘wangikan’ nama busuk keluarganya setelah apa yang berlaku semasa pentadbiran bapanya Ferdinand Marcos. Oleh sebab masih ada lagi yang kenal nama Marcos, ni menyebabkan ramai ahli keluarga masih lagi dapat pegang jawatan kerajaan sejak diorang dibenarkan pulang ke Filipina termasuklah Imelda dan kakaknya, Imee. Imelda sendiri pernah bertanding jadi Presiden hanya setahun selepas pulang dari buangan pada 1992.

ferdinand marcos family
Keluarga Marcos.. -Via Wikipedia

Diorang jugak memanfaatkan hubungan baik diorang dengan satu lagi keluarga berpengaruh di Filipina iaitu keluarga Duterte. Korang mungkin dah kenal nama Rodrigo Duterte. Tindakannya mengundang pelbagai reaksi, baik dan buruk. Ada sokong tindakan keras Duterte bunuh para penagih dadah tanpa ada perbicaraan (ada sesetengahnya belum tentu lagi betul-betul penagih dadah). Ada jugak menentang tindakannya, sebab dilihat keterlaluan dan tak adil buat keluarga mangsa.

Oleh sebab hubungan baik ni jugaklah, kubu-kubu undi Duterte tentunya akan sokong Marcos jugak seperti dari Mindanao. Bukan tu je, pelbagai kempen yang dilangsungkan berterusan berjaya memujuk para pengundi untuk melupakan dosa lampau Marcos. Dekad-dekad hitam tu ditukar ceritanya menjadi dekad-dekad emas Filipina. Salah satu mitos yang terlahir dari kempen ni adalah hasrat keluarga Marcos simpan kekayaan tu di luar negara adalah “demi rakyat” dan akan dipulangkan sekiranya diorang menang nanti.

Situasi teknikal pilihan raya jugak penting untuk disebut sebagai faktor kemenangan Bongbong Marcos. Undi anti-Marcos terpecah ke sembilan calon, manakala yang sokong Marcos ni sikit je calonnya. Oleh sebab terpecahnya undi ini, tentunya, Marcos lebih mudah nak kuasai pilihan raya. Calon yang dijangka memberi saingan sengit, Leni Robredo pun kurang berjaya nak tangkis naratif media Marcos disebabkan dia diumumkan sedikit lewat berbanding calon saingan lain.

Namun begitu, tak banyak perbincangan mengenai polisi dan arah realistik yang dibawakan oleh Bongbong Marcos. Kempen media sosial, hubungan erat dan imbauan tokoh yang kuat (strongman) banyak mengukuhkan nama Marcos ke persada politik negara tu.

bongbongmarcos election
Via SCMP

Melihatkan perkembangan politik yang berlaku di Filipina, ramai jugak warganet Malaysia melahirkan rasa gusar dan risau diorang sekiranya ni akan diulangi di Malaysia. Kita ada beberapa nama besar yang terpalit dengan beberapa kes melibatkan rasuah dan pecah amanah, tapi diorang masih lagi diberi kebebasan untuk berlegar-legar ke sana ke mari. Masih lagi mampu membuat kenyataan rasmi bagi pihak dirinya dan parti diorang, dari rumah diorang yang serba indah.

Ada kata, memang dah terulang pun sejak Mahathir kembali ke arena politik. Ada jugak kata, Najib yang disabit bersalah pun masih dianggap hero. Satu hari nanti, Najib dan beberapa nama yang terpalit kes ni akan kembali dalam Kabinet… atau mungkin, jadi PM Malaysia sekali lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *