займ срочно

Isu penindasan rakyat Palestin semakin teruk? Ini pandangan Mahathir dan Anwar

F1
Isu penindasan rakyat Palestin semakin teruk? Ini pandangan Mahathir dan Anwar

Baru-baru ni, beberapa wakil ORANGKATA sertai Persidangan Liga Ahli Parlimen Untuk Al-Quds (LP4Q) Ketiga, yang dibuat pada 8 dan 9 Februari lepas. Program ni dianjurkan kat One World Hotel, Petaling Jaya. Betul-betul sebelah bangunan Media Prima. Ini adalah pertama kali negara kita jadi tuan rumah, lepas Turki hoskan program ni pada 2016 dan 2018.

S1
Via Twitter

Okay, apa benda LP4Q ni? LP4Q ni sebenarnya adalah kumpulan bebas antarabangsa yang ditubuhkan pada tahun 2015. Tujuannya digerakkan – untuk aktifkan peranan anggota Parlimen supaya sokong hak asasi manusia Palestin, ikut undang-undang antarabangsa. LP4Q jugak bekerjasama dengan ahli-ahli Parlimen dari seluruh dunia untuk perundingan, koordinasi dan kerjasama pasal isu-isu Palestin.

Persidangan kali ni dianjurkan LP4Q yang dinaungi oleh Parlimen Malaysia dengan sokongan pelbagai NGO. Berpusat kat Istanbul, Presiden semasa LP4Q ialah Sheikh Hamid bin Abdullah Al-Ahmar dari Yaman bersama 11 orang Ahli Jawatankuasa termasuk wakil Malaysia iaitu Ahli Parlimen Ledang, YB Syed Ibrahim Syed Noh. Lagi satu, LP4Q ni dah berkembang sejak 2015 daripada 125 Ahli Parlimen di 25 negara, kepada 700 ahli Parlimen kat 70 buah negara pada 2018.

Malah, kira-kira 3,000 ahli Parlimen dah menandatangani Ikrar Al-Quds/Baitul Maqdis. Ramai tuuu!

Pelan damai yang dibuat Donald Trump hanya akan cetuskan lagi banyak konflik

Persidangan antarabangsa ni dirasmikan oleh Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Sebelum ni, dua persidangan kat Istanbul dirasmikan oleh Racep Tayyip Erdogan (Presiden Turki). Kata Tun, pelan damai yang dibuat oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, hanya akan cetuskan lagi banyak konflik kepada Palestin dan menimbulkan bantahan daripada jutaan penduduk kat seluruh dunia.

S1
Via Twitter

Kata Tun, pelan damai tu hanya bagi lagi banyak kuasa kepada rejim Israel dan dalam masa sama, terus menindas penduduk Palestin yang tak berdosa. Perjanjian tu memang jelas berat sebelah, sebab tak babitkan rundingan dengan Palestin. Akhirnya, perjanjian “Deal of the Century” (DOTC) ni tak akan jadikan Palestin negara berdaulat, sebaliknya hanya menambah dominasi macam aparteid kepada jutaan orang Palestin. Kira macam masa Jerman pegang Danzig dan Sudetenland lah, senang cerita.

Tun Mahathir kata, dasar luar Malaysia terhadap Palestin kekal sejak berdekad lalu iaitu tetap menyokong Palestin dengan mengiktiraf Deklarasi Kemerdekaan Palestin pada 15 November 1988. Katanya lagi, Malaysia rasa gembira dengan keputusan Liga Arab, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menolak pelan damai Trump, sekali gus menunjukkan komuniti global melihat dan mendengar kesengsaraan Palestin.

Via Giphy

Hari pertama LP4Q disudahkan dengan majlis makan malam kat bangunan Parlimen. Dalam ucapannya, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof sebut yang sokongan Malaysia kepada perjuangan Palestin diperkuat menerusi penyertaan anggota parlimen daripada pelbagai latar belakang agama. Katanya lagi, pengalaman Malaysia unik berbanding negara lain yang turut menyokong perjuangan Palestin dan menentang keganasan rejim Israel.

“Biasanya, isu Palestin atau Al-Quds dilihat dari sudut pandangan umat Islam lawan bukan Islam atau negara Islam berbanding Israel. Di Malaysia, kita ada peluang untuk mengubah perspektif tersebut,” – Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof

Dia jugak ada sebut yang Jawatankuasa Persahabatan Palestin-Malaysia dibentuk dengan penyertaan beberapa wakil rakyat daripada pelbagai latar belakang agama dan budaya.

Kata Anwar, tindakan yang jelas dan bukannya retorik perlu diambil demi membela rakyat Palestin

Menariknya, Timbalan Menteri Belia & Sukan, YB Steven Sim dari DAP pun datang sebagai moderator masa hari kedua. Antara yang padu adalah ucapan pembahas Bahrain, yang mendesak kita memboikot kedutaan negara yang menyokong DOTC ciptaan Trump.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pulak bagi ucapan penutup untuk LP4Q ni. Kata Kak Wan, masyarakat antarabangsa akan kehilangan asas sahih mengikut peruntukan perundangan, kalau polemik Palestin dibiarkan tanpa penyelesaian kukuh. Kak Wan jugak menyeru komuniti antarabangsa untuk bertindak sekarang dengan menunaikan pelbagai janji dan merungkai krisis melanda Palestin berpandukan resolusi OIC, PBB dan undang-undang antarabangsa.

Wan Azizah Bernama
Via Bernama

Malaysia berpegang kepada prinsip keamanan. Justeru, kita kesal dengan proses dialog damai antara Palestin dan Israel yang ketika ini masih tidak berganjak. Malah, situasi semasa semakin meruncing serta membimbangkan.

Berbanding krisis berkaitan agama, kata Kak Wan, polemik Palestin berkisar kepada perihal kemanusiaan yang mendapat perhatian dan diperjuangkan ramai tokoh serta individu ternama wargangegara Israel beragama Yahudi.

YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI), jadi hos Majlis Makan Malam Perpisahan LP4Q. Dengan tegas, dia menyindir segelintir masyarakat dunia yang seolah-olah mengambil pendirian untuk membisu, berbanding menyuarakan pendirian mereka berhubung krisis Palestin.

“Sedar atau tidak, sebenarnya dalam masyarakat kita kini dibelenggu masalah, iaitu kenapa kita benarkan resolusi demi resolusi dikhianati tentera rejim Israel dan mendapat sokongan AS. Oleh itu, terus gembleng tenaga dan usaha supaya perjuangan Palestin mendapat sokongan masyarakat antarabangsa, sekali gus memberi tekanan ke arah penyelesaian saksama bumi Islam ini,” – Anwar Ibrahim

DSAI sebut; tindakan yang jelas dan bukannya retorik perlu diambil demi usaha membela rakyat Palestin. Satu agenda yang mirip retorik tidak dapat diterima, kerana ia tidak akan memperbaiki keadaan semasa kat sana. DSAI berkata, pemimpin Islam perlu bercakap dan tunjukkan keberanian untuk bersuara mengenai apa yang benar dan memperjuangkan keadilan untuk Palestin.

Pendirian Malaysia berkenaan ‘pelan damai’ AS akan dibentangkan semasa sidang Parlimen

Persidangan dua hari yang menghimpunkan barisan jurucakap mewakili kelompok badan masyarakat madani (CSO), aktivis, ahli parlimen; mereka dah meluluskan sembilan resolusi. Pendirian Malaysia sendiri pasal ‘pelan damai’ AS pulak akan dibentangkan masa sidang Parlimen, bulan Mac nanti.

Persidangan ni memberi penekanan kepada 9 ketetapan berkaitan krisis selama tujuh dekad melanda Palestin. Pendirian paling lantang terarah kepada penolakan dan keputusan mengutuk pelan damai Trump. Delegasi Ahli Parlimen dari lebih 80 negara turut sepakat bahawa sokongan disuarakan pentadbiran AS terhadap rangkaian tindakan kejam didalangi rejim Israel, termasuk menyerang Masjid Al-Aqsa dan tempat perlindungan penganut Kristian bercanggah dengan peruntukan perundangan antarabangsa.

Persidangan ni jugak menggesa Parlimen kat seluruh dunia mengutarakan peraturan dan tatacara mengutuk penjajahan rejim Israel terhadap bumi Palestin. Selain tu, memberi tekanan kepada pertubuhan antarabangsa dan badan perundangan untuk bekerjasama bebaskan tahanan rakyat Palestin. Diorang jugak mendesak supaya negara Muslim memenuhi komitmen untuk menyalurkan bantuan kewangan kepada dana Al-Quds dan mendapatkan sokongan Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA).

S1
Via WXPR

Kita kena usaha bersama untuk mempercepatkan pemilikan semula tanah Palestin yang ditakluk selain menolak sebarang dasar retorik. Segenap lapisan masyarakat kat Malaysia mesti bersatu untuk sokong perjuangan rakyat Palestin menuntut hak dan kedaulatan diorang semula.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top