Nur Fitri kembali belajar di universiti tempatan, netizen bimbang keselamatan kanak-kanak

Nur Fitri Azmeer Nordin
Nur Fitri kembali belajar di universiti tempatan, netizen bimbang keselamatan kanak-kanak

Baru-baru ini, topik pedofilia hangat diperdebatkan oleh warga Twitter. Topik ni mula timbul apabila seorang pengguna Twitter dedahkan seorang pelajar Malaysia yang dahulunya telah ditangkap dan didapati bersalah atas kesalahan memiliki, membuat dan menyebarkan lebih daripada gambar-gambar serta video lucah melibatkan kanak-kanak, dah kembali ke tanah air dan kini tengah belajar sebuah salah sebuah Universiti Awam.

Benda ni undang kerisauanlah pada orang ramai, lebih-lebih lagi kalau diorang ada keluarga yang belajar kat tempat budak tu belajar…

Ramai yang bimbang sebab Nur Fitri dah kembali belajar kat universiti tempatan

Buat yang lupa atau tak tahu mengenai kes ni, pada tahun 2015, Nur Fitri Azmeer Nordin yang merupakan bekas penuntut jurusan Matematik kat Imperial College di London, United Kingdom telah ditahan oleh pihak berkuasa tempatan setelah dia dikesan memiliki beribu-ribu gambar-gambar dan video lucah melibatkan kanak-kanak. Hasil daripada siasatan lanjut oleh pihak polis tempatan, diorang telah berjaya membongkar lebih daripada 30 ribu gambar-gambar serta video lucah melibatkan kanak-kanak yang dimiliki Nur Fitri.

Nur Fitri Azmeer Nordin. Via AmazingNara

Diorang juga temukan bukti bahawa Nur Fitri terlibat dalam aktiviti memuatnaik dan berkongsi gambar dan video lucah tu kat internet. Pihak berkuasa tempatan turut mendakwa kes Nur Fitri ni adalah antara kes yang paling ekstrem yang berjaya dibongkarkan oleh pihak polis. Nur Fitri mengaku bersalah atas 17 dakwaan jenayah dan dia telah dihukum penjara 9 bulan, setelah pelbagai rayuan dikemukakan kepada pihak mahkamah untuk hukuman penjara yang lebih ringan.

Gaduh-gaduh warga Twitter. Via MStar

Pendedahan ni telah timbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan warga netizen tentang langkah berjaga-jaga  sekiranya pesalahlaku jenayah seksual, terutamanya jenayah seksual yang melibatkan kanak-kanak, yang dibebaskan, ingin kembali hidup di kalangan masyarakat awam. Tak boleh dinafikan, masyarakat kat Malaysia secara amnya masih lagi kurang sedar dan tahu tentang gejala pedofilia. Sebab tu timbul cadangan – kempen kesedaran perlu dipergiatkan mengenai gejala pedofilia dalam kalangan masyarakat awam.

Pedofilia ni simple je nak terangkan, dia ada minat seksual terhadap kanak-kanak bawah umur…

Pedofilia ni sejenis tarikan seksual berterusan oleh seorang dewasa terhadap kanak-kanak yang masih tak matang dari segi mental dan fizikal, yang kebiasaannya merangkumi kanak-kanak di bawah usia 13 tahun tanpa mengira jantina. Pedofilia telah dikelaskan dan dikenalpasti sebagai salah satu gangguan psikiatri oleh pakar-pakar psikologi. Setakat ni, masih tak wujud lagi ubat yang boleh digunakan untuk merawat gejala pedofilia dalam kalangan dewasa.

Tapi, ada beberapa rawatan terapi yang telah diperkenalkan sebagai alternatif untuk bantu kurangkan tarikan seksual berterusan oleh pelaku pedofilia terhadap kanak-kanak. Baru-baru ni, kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah lancarkan Sistem Semakan Pesalah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Dalam Daftar Kanak-Kanak (eDKK). Sistem tu bertujuan untuk menyemak kewujudan rekod jenayah seksual mana-mana pekerja yang terlibat secara langsung dalam proses penjagaan kanak-kanak.

Sistem eDKK ni boleh digunapakai oleh mana-mana organisasi atau pihak yang ingin memantau secara langsung pekerja-pekerja yang menguruskan penjagaan seharian kanak-kanak seperti pihak pengurusan taska tempatan dan pusat penjagaan kanak-kanak swasta. Sekumpulan warganegara yang prihatin tentang isu gejala pedofilia di Malaysia juga telah tubuhkan Projek Layang-Layang pada tahun 2015, inisiatif ni dimulakan untuk menggalakkan kempen kesedaran di kalangan umum setelah masyarakat awam di Malaysia dikejutkan dengan pendedahan kes Nur Fitri.

Via M-Update

Hakikatnya, kes jenayah seksual oleh pelaku pedofilia taklah asing di Malaysia. Selain kes Nur Fitri, masyarakat umum juga telah digemparkan dengan kes Richard Huckle pada tahun 2014. Richard Huckle adalah pesalah laku pedofilia yang merupakan warganegara United Kingdom. Kes Richard Huckle ni mencuri tumpuan masyarakat sedunia kerana Richard Huckle dikatakan adalah antara pesalahlaku pedofilia yang paling teruk di United Kingdom.

Richard Huckle pernah menetap kat Malaysia selama beberapa tahun, dan dia dipercayai menyamar sebagai seorang guru tak terlatih untuk berkhidmat di beberapa pusat jagaan anak-anak yatim tempatan demi mengaburi niat jahatnya.

Richard Huckle. Via Ibtimes

Pihak berkuasa Australia yang sedang menyiasat aktiviti jenayah kumpulan pedofilia menerusi talian internet berjaya kesan aktiviti terkutuk Richard Huckle. Maklumat berkenaan telah dikongsi bersama pihak berkuasa United Kingdom dan akhirnya Richard Huckle berjaya ditahan di lapangan kapal terbang Gatwick, London. Mahkamah memutuskan kesalahan yang dilakukan Richard Huckle adalah sangat keterlaluan dan dia dijatuhkan hukuman penjara 25 tahun minimum.

Mungkin Malaysia boleh contohi negara lain dalam berjaga-jaga dengan pesalah laku pedofilia

Berikutan pendedahan kes-kes pesalahlaku pedofilia Richard Huckle dan Nur Fitri, maka wajar warga netizen rasa bimbang akan risiko keselamatan kanak-kanak sekiranya pesalahlaku pedofilia dibenarkan untuk kembali hidup dalam kalangan masyarakat tanpa langkah berjaga-jaga yang berkesan. Mungkin sudah tiba masanya untuk pihak berkuasa mengaplikasikan langkah berjaga-jaga seperti mengenakan syarat wajib kepada pesalah laku pedofilia untuk melaporkan diri setiap minggu di mana-mana balai polis berdekatan.

Pastikan diorang sentiasa dipantau. Via Giphy

Malaysia boleh ambil contoh dari negara-negara seperti Amerika Syarikat, Australia dan United Kingdom, diorang mewajibkan mana-mana pesalahlaku jenayah seksual untuk mendaftar di dalam sistem pendaftaran untuk pesalah jenayah seksual supaya setiap pesalahlaku boleh dipantau oleh pihak berkuasa pada setiap masa. Selain tu, diorang juga mewajibkan pesalahlaku jenayah seksual untuk menjalani proses kaunseling secara teliti demi memastikan bahawa pesalahlaku tidak lagi akan terpengaruh untuk melakukan jenayah seksual.

Artikel ini telah ditulis oleh Aida Adibah Anuar, yang merupakan seorang graduan undang-undang dan sosial aktivis di @UndiMsia

 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top