Yew Wei Liang berhadapan tuduhan bunuh, peguam kata dia dipukul kat dalam penjara

Screen Shot 2019 08 22 At 11.37.02 Am

Kes kematian Syed Muhammad Danial Syed Syakir ni sebabkan satu Malaysia heboh, apa tidaknya – sejak akhir-akhir ni ada orang macam sengaja nak bakar api perkauman kat Malaysia. Oleh sebab kejadian kemalangan jalan raya ni melibatkan dua jenis bangsa, ramai yang cenderung tengok kes ni dari sudut bangsa. Akhirnya ramailah yang marah-marah, siap nak hunus keris lagi. Diorang buat macam tu dengan alasan – kalau bangsa lain buat taik kat bangsa Melayu, diorang akan terlepas, tapi kalau Melayu buat taik kat bangsa lain, Melayu tu akan dikenakan hukuman. Inilah mentaliti kebanyakan orang yang selalu menyerang tanpa mengetahui asas undang-undang. Hari ni mahkamah kata Wei Liang yang merupakan suspek utama kes ni akan didawa atas tuduhan bunuh. Agak-agaknya apa lagi orang yang kata mahkamah kat Malaysia ni berat sebelah akan kata?

Kertas siasatan dah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya, siasatan kekal mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Beberapa hari lepas, polis serahkan kertas siasatan berhubung kes kematian Syed Muhammad Danial Syed Syakir kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPP). Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab. Rashid Ab Wahab sahkan polis dah lengkapkan kertas siasatan kes tu dan mengekalkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Timbalan Ketua Polis Selangor. Via BH

“Kertas siasatan sudah dihantar hari ini kepada Pejabat Pendakwa Raya, jadi kita tunggu apa arahan yang akan diterima, sama ada didakwa atau dibebaskan, kita akan maklumkan kemudian selepas menerima arahan pendakwaan. Terpulang kepada TPP untuk menentukan jenis pendakwaan sama ada mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atau peruntukan undang-undang lain). Siasatan dijalankan (mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan) dan kita rujuk pada kepada TPP,” – Datuk Ab. Rashid Ab Wahab, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Dia kata macam tu ketika ditanya mengenai perkembangan terkini kes kematian Syed Muhammad Danial yang maut dilanggar seorang lelaki berusia 40 tahun selepas terbabit perselisihan faham dengan suspek terbabit kat Kilometer 293.5 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran persimpangan Southville City dekat Bangi.

Perbicaraan dah bermula, peguam Yew Wei Liang dakwa anak guamnya dipukul dalam penjara…

Yew Wei Liang yang merupakan pekerja teknologi maklumat didakwa kat Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh Syed Muhammad Danial Syed Syakir, di Lebuhraya Utara Selatan, pada 10 Ogos lalu. Yew Wei Liang yang berusia 41 tahun tu mengangguk faham selepas pertuduhan dibaca terhadapnya di hadapan Majistret Nor Afidah Idris. Tapi takde sebarang pengakuan diambil daripada tertuduh kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Kalau ikut pertuduhan, Wei Liang didakwa sebabkan kematian Syed Muhammad Danial, 29 tahun, yang bekerja sebagai pengurus bank, kat Kilometer 293.6, Lebuhraya Utara Selatan pada jam 1 tengah hari hingga 2 petang, 10 Ogos lepas.

Via Sinar Harian

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, kalau sabit kesalahan. Semasa kes ni dibicarakan, kira-kira 30 wakil media pelbagai agensi hadir memenuhi perkarangan mahkamah sejak jam 7 pagi. Al-maklumlah, macam yang kami kata tadi; kes ni memang hangat dan dapat perhatian ramai pihak. Tertuduh yang pakai baju T hitam tiba kat mahkamah dengan trak polis jam 9 pagi, dia diwakili peguam Varghese Onny dan S Selvam.

Peguamnay, Selvam ada beritahu mahkamah yang anak guamnya mendakwa didera serta mengalami kecederaan pada tubuhnya dan pada 13 Ogos lalu, tertuduh dibawa ke Hospital Kajang.

“Sepanjang tempoh reman, anak guam saya dipaksa oleh polis supaya membuat pengakuan atas kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Sedangkan Wei Liang memberitahu ia hanya kemalangan jalan raya,” – Peguam Yew Wei Liang, seperti yang dilaporkan Berita Harian

https://www.youtube.com/watch?v=dsGNOEYILPg

Selvam juga mohon supaya mahkamah tetapkan tarikh untuk dengar aduan yang dikemukakan anak guam diorang mengikut Seksyen 131 Kanun Prosedur Jenayah. Atas sebab tu, Nor Afidah tetapkan 27 September depan untuk sebutan semula kes bagi menyerahkan laporan termasuk mendengar aduan tertuduh berhubung isu yang dibangkitkan. Afidah juga mengarahkan peguam mengemukakan laporan hospital berkaitan kecederaan yang didakwa dialami tertuduh. Timbalan Pendakwa Raya diwakili Siti Noor Hafizan Zakaria.

Mari kita serahkan kepada undang-undang untuk adili seseorang, jangan ikut kepala sendiri je

Nampaknya kes ni dah pun masuk Mahkamah, jadi adalah lebih baik kita serahkan kes ni kepada sistem keadilan kita untuk putuskan kesudahannya. Kalau bukan rakyat Malaysia yang percaya kepada sistem Kehakiman yang kita miliki, siapa lagikan? Apa yang penting korang kena bawak bertenang dan berfikiran matang; jangan suka lemparkan tuduhan melulu. Contohnya dalam kes ni, agak-agak nak telan semula ke tuduhan-tuduhan jahat korang kat sistem keadilan kat negara kita?

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *