Peguam Negara kata video tak dapat disahkan, Ketua Polis pulak terkejut…

F1

Semalam kita dikejutkan dengan pendedahan audio oleh SPRM. Ramai yang kritik perbuatan SPRM tu kerana dikatakan kurang beretika. Sepatutnya ia disimpan untuk digunakan di Mahkamah ketika perbicaraan. Hari ni, orang ramai lagi terkejut apabila Peguam Negara kata yang video semburit yang pernah tular beberapa bulan tak dapat dikenalpasti.

Orang mula persoalkan, bagaimana audio boleh disahkan dengan cepat, tapi video rakaman tu pulak susah nak kenalpasti. Korang kena ingat, kedua-dua benda tu adalah bukti digital, dan memerlukan masa untuk dianalisis.

Peguam Negara kata video tu tak dapat dibuktikan, Ketua Polis Negara pulak terkejut

Jabatan Peguam Negara tak akan buat apa-apa pertuduhan pada mana-mana pihak berhubung video intim yang dipercayai yang dikaitkan mirip Azmin Ali. Kalau ikut Peguam Negara, takde pertuduhan yang boleh dibuat berhubung dengan kes video seks itu.

Tommy Thomas kata; siasatan telah dijalankan di bawah seksyen 377B dan 377D Kanun Keseksaan berikutan daripada beberapa laporan polis yang dibuat beberapa individu yang berbeza mengenai video tu.

Setelah diorang semak keterangan yang telah dikumpulkan dan dikemukakan oleh PDRM (Polis Diraja Malaysia) kepada Jabatan ini, Timbalan Pendakwa Raya sebulat suara mengesyorkan kepada saya bahawa tiada pertuduhan boleh dibuat berhubung dengan video tu.

“Saya telah menerima syor tersebut dan membuat keputusan tidak mendakwa mana-mana pihak. Selaras dengan amalan biasa, penyiasatan boleh dibuka semula jika dan apabila keterangan baru diperolehi,’ – Tommy, seperti yang dilaporkan oleh Astro Awani

Katanya video tu dah dihantar untuk ditentukan ketulenan dan pengecaman wajah di dalam dan luar negara. CyberSecurity Malaysia pulak simpulkan walaupun video itu dianggap tulen, pengecaman wajah tak dapat dipastikan kerana resolusi rakaman video rendah.

Dalam kenyataan semalam, Tommy tegaskan, PDRM juga gagal untuk mengenal pasti individu individu terbabit dalam video tular itu disebabkan resolusi rendah dan kualiti video serta rangka tak jelas yang membawa kepada dapatan tidak konklusif.

S1
Kejadian yang terjadi beberapa bulan lepas. Via MalaysiaKini

Apa yang pelik, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador semalam mengesahkan dia tak dimaklumkan berhubung keputusan Peguam Negara berhubung klip-klip video intim libatkan Azmin Ali. Kalau ikut cerita Abdul Hamid, diorang tengah tunggu perkembangan terkini daripada Pejabat Peguam Negara berhubung keputusan itu.

“Saya tidak tahu, keputusan muktamad dibuat oleh pihak Peguam Negara, bila sudah rasmi saya akan umumkan,” – Abdul Hamid, seperti yang dilaporkan Astro Awani

Azmin lahirkan rasa kesyukuran, dia anggap ia adalah satu kemenangan

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali zahirkan rasa syukur dengan keputusan Jabatan Peguam Negara berhubung kes video intim yang dikaitkan dengan dirinya sebelum ni. Menurut Azmin, keputusan tu buktikan kes video seks yang sarat dengan kontroversi dan hanyalah mainan politik fitnah pihak tertentu.

S1
Via Suara Merdeka

“Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT dan keputusan sebulat suara oleh Timbalan Pendakwa Raya ini membuktikan saya dibersihkan dari segala tohmahan, noktah segala fitnah,” – Azmin, seperti yang dilaporkan Astro Awani

Dia juga berterima kasih kepada isteri, keluarga dan rakyat di atas segala dokongan dan sokongan sejak enam bulan lalu. Dia jugak cakap, benda ni merupakan permulaan tahun 2020 yang baik baginya dan keluarga untuk terus bekerja.

Via Giphy

Azmin sambut benda ni sebagai kemenangan dan dia berdoa agar takde sesiapa lagi yang akan jadi mangsa kepada kedurjanaan politik seperti ni. Jelas Azmin, dia dah tegaskan sejak dari awal lagi video tu adalah fitnah dan merupakan satu komplot jahat untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

Cuma masih ada orang yang rasa pening, sebab diorang nak dakwa atas tuduhan luar tabi’i dan perbuatan tak senonoh

Panel Kod 377B menyatakan sesiapa yang secara sukarela melakukan hubungan seksual di luar tabi’i hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh berlanjutan hingga dua puluh tahun, dan juga boleh dikenakan sebatan.

S2
Korang google je…

Panel Kod 377D pulak menyatakan mana-mana orang yang, secara awam atau tersembunyi, melakukan, atau bersubahat melakukan, atau memperoleh atau cuba untuk melakukanya dengan mana-mana orang, apa-apa perbuatan tidak senonoh dengan orang lain, hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh dipanjangkan sehingga dua tahun.

Bila korang bukan pelajar undang-undang. Via Giphy

Sesuatu yang timbulkan persoalan orang ramai; mengapa video tu memerlukan pengecaman sedangkan kes tu nak didakwa atas tuduhan ‘seksual’, bukan menyebarkan video. Ia lebih pelik apabila seorang suspek dalam video ni dah mengaku. Dalam kebanyakan kes – apabila seseorang mendakwa dia diliwat, kes itu akan disiasat dan dibawak ke Mahkamah. Walaupun tanpa bukti video.

Bagi sesiapa yang tak tahu prosedur – kalau ada kes jenayah yang dilaporkan kepada PDRM diorang akan siasat. So, kerja PDRM adalah siasat. PDRM akan siasat, dan hasil siasatan tu akan diberikan kepada Peguam Negara. So, terpulang dari Peguam Negara nak lakukan dakwaan atau tak. Benda ni buat orang pening sebab Peguam Negara umum, Ketua Polis cakap dia tak tahu.

S2
Via MalayMail

Padahal, secara teorinya; PDRM yang lakukan siasatan dan akan hantar kertas siasatan ke Peguam Negara. Sepatutnya Ketua Polis tahulah benda ni, sebab diorang yang serahkan kertas siasatan. Semua ni perlu diterangkan secara tuntas oleh Peguam Negara, sebabnya orang ramai dah mula bertanya.

Kita tolak politik murahan, cuma kita kena pastikan perundangan kita terjaga

Jangan salah faham, kami memang tolak politik lucah dan murahan. Cuma, dalam hal perundangan banyak perkara yang perlu dijaga dan dipelihara. Sebabnya, orang sedang memerhati dan undang-undang bukan main suka-suka je, ia objektif. Kalau betul nak buktikan tak bersalah, buatlah elok-elok. Sekarang ni orang mula bertanya macam-macam, akhirnya benda ni akan beri kesan pada imej PH jugak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *