Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
BeritaIsu Semasa

Penulis dan penerbit ditahan kerana tweet anak raja, Tun Mahathir kesal

By Editor
May 10, 2019 2 Min Read
Comments Off on Penulis dan penerbit ditahan kerana tweet anak raja, Tun Mahathir kesal

Sempena ulang tahun Pakatan Harapan jadi kerajaan, kami tak sangka pulak ada orang yang akan ditangkap di atas sebab media sosial ni. Tapi itulah yang berlaku, seorang penulis kreatif dan penerbit buku, Firdaus Abdillah Hamzah atau lebih dikenali sebagai Pipiyapong telah ditahan malam tadi di Balai Polis Tampoi, Johor.

Kalau ikutkan kenyataan Tun Mahathir yang disiarkan oleh Malaysiakini, nampaknya penahanan Pipiyapong ni ada kaitan dengan istana. Agaknya apalah yang Pipiyapong tuliskan? Sampai dia ditahan oleh pihak polis. Ada sesiapa boleh kongsikan dengan kami?

Fahmi Reza kata kerajaan sekarang tak boleh ikut perangai kerajaan lama

Berita penangkapan Pipiyapong telah dimuat naik oleh Fahmi Reza melalui laman facebook peribadinya. Fahmi yang famous dengan ‘karikatur badut’ kritik kerajaan sekarang supaya tidak mengikuti perangai kerajaan dahulu dengan menyekat pengguna media sosial.

“Selepas setahun berkuasa, kerajaan baru sepatutnya jangan ikut perangai buruk kerajaan lepas yang suka guna undang-undang untuk menyekat pengguna media sosial dan menahan pengguna kerana menyakitkan hati orang lain di media sosial,” – Fahmi Reza

Fahmi melalui hantaran itu juga kata Pipiyapong berkemungkinan besar ditahan dibawah ‘akta sakit hati’ berkaitan ciapan mengenai seorang anak raja.

https://www.facebook.com/kuasasiswa/posts/2232217726813649

Dipercayai Fahmi merujuk kepada Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan kesalahan bagi penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian bagi menyebarkan kandungan berunsur lucah, sumbang, palsu, mengancam dan jelik dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menggangu orang lain.

Pagi semalam, Pipiyapong membuat hantaran di media sosial, berkata dia diminta hadir ke balai polis dan memerlukan bantuan guaman.

Aku diminta hadir ke balai oleh pihak polis ni. Aku harap korang semua tenang dan terus berjuanggg

— FAH (@pipiyapong) May 9, 2019

Tun Mahathir kata semua pemimpin boleh dikritik

Dalam laporan yang disiarkan oleh MalaysiaKini, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kesal dengan tangkap seorang penulis susulan “satu tweet pasal anak raja”.

Tun Mahathir. Via Malaysiakini

‏”Rakyat bebas untuk mengkritik pemimpin jika perlu. Kebebasan bersuara adalah penting di dalam sesebuah demokrasi. Kecuali ugutan, fitnah, atau penghinaan terhadap raja-raja yang memerintah, mana-mana pemimpin boleh dikritik tanpa mengakibatkan terjejasnya hak rakyat untuk bersuara,” – Tun Mahathir

Sehingga sekarang, ramai yang bagi reaksi pelbagai apabila Pipiyapong dipanggil oleh pihak polis dan kami tak tahu lagi siapa yang lakukan laporan polis terhadap dia. Apa yang pasti dah ada beberapa pihak yang nyatakan solidariti terhadap dia.

Menurut seorang pengguna sosial yang merupakan rakan kepada Pipiyapong, Pipiyapong akan dikenakan reman 2 hari. Ditahan bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, iaitu sengaja mengaibkan dengan niat menggugat keamanan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. Kini ada di lokap Balai Polis Skudai. Seorang peguam telah dilantik.

Wajarkah akta yang macam ni dalam Malaysia Baharu?

Kalau korang masih ingat, sebelum PRU14 dulu memang berlambak pengguna media sosial yang berpengaruh akan dihadapkan ke mahkamah dengan tuduhan sakitkan hati orang. Macam yang Tun Mahathir cakap; kalau benda tu libatkan ugutan atau fitnah yang melampau – logiklah orang-ornag ni didakwa. Tapi sekadar usik-usik atau kritikan yang berasas, adakah wajar seseorang itu didakwa? Apa pandangan korang? Cuba beritahu kami…

 

Artikel ini banyak merujuk laporan Malaysiakini berkenaan penahanan Pipiyapong

 

Author

Editor

Follow Me
Other Articles
Previous

Kisah umat Islam yang perlu berpuasa 17 jam, termasuk mualaf

Next

Hari tu video Tarawih 7 minit, ini kisah Tarawih selama 8 jam

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme