займ срочно

Perdana Menteri akan buat pengumuman berkenaan PKP? Ini cadangan pakar

F1
Perdana Menteri akan buat pengumuman berkenaan PKP? Ini cadangan pakar

Kita dapat lihat DG Hisham dalam beberapa hari ini beritahu sistem kesihatan negara dah hampir berada pada tahap maksima. Hal ini bermakna; jika kes Covid-19 terus naik mendadak, berkemungkinan sistem kesihatan kita tidak mampu menampung jumlah pesakit. Kita kena ingat, sistem kesihatan kita bukan setakat menampung pesakit Covid-19 sahaja, tapi turut melibatkan penyakit-penyakit lain.

728 X 90

Dengan peningkatan kes yang mendadak, kerajaan tak boleh jadikan PKP sebagai teka-teki. Sepatutnya sejak kes mencecah angka 3,000 beberapa hari lepas; perlu ada bayangan apa yang akan berlaku. Masalahnya, pengumuman selalu datang pada saat-saat akhir menyebabkan ramai yang tak bersedia.

Setakat ini yang kita tahu adalah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan buat pengumuman khas hari ini (11 Januari 2021) bagi memaklumkan tindakan-tindakan yang diambil kerajaan mengambil kira situasi semasa penularan jangkitan Covid-19.

Hari ini kami bawakan pandangan pakar tentang apa yang sepatutnya dilakukan kerajaan dalam membendung Covid-19.

Pakar mengatakan ada dua pilihan yang boleh dilakukan untuk meratakan lekuk

Ada dua pilihan yang perlu dipertimbangkan kerajaan untuk mengekang penularan Covid-19 yang semakin hari semakin sukar untuk dikawal.  Pertubuhan dan pakar kesihatan melihat dua penyelesaian terbaik adalah melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di kawasan zon merah Covid-19.

Antara negara yang laksanakan kawalan pergerakan semula bagi melandaikan lekuk selepas peningkatan mendadak jangkitan kes Covid-19 adalah Jepun dan England. Ketika memberi komentar kepada Utusan Malaysia, pakar kesihatan, Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar kata, Malaysia tak ada pilihan selain laksanakan semula PKP kerana kes yang semakin meningkat dan menunjukkan kegagalan kita dalam membendung penularan Covid-19.

“Kalau kita tengok jumlah serta taburan kes ketika ini, memang tiada jalan lain boleh diambil selain melaksanakan PKP semula. Kerajaan harus mengetatkan beberapa syarat termasuk penutupan sempadan setiap negeri. Penutupan sepenuhnya bagi negeri-negeri yang mempunyai jumlah kes tinggi manakala sedikit kelonggaran kepada negeri yang masih terkawal, namun rentas negeri tidak boleh dibenarkan,” – Dr. Zainal Ariffin, seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia

Bagi Presiden Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia (Perdim), Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail kata, kerajaan perlu memperketat pergerakan antara daerah dan negeri dengan melaksanakan PKPD di kawasan zon merah Covid-19. Dia kata, ketika keadaan negara dan rakyat dalam proses pemulihan ekonomi selepas terjejas teruk sebelum ni, pelaksanaan semula PKP bukan penyelesaian terbaik.

61535562028 Datukdrahmad
Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail. Via Astro Awani

Katanya, ‘vaksin’ terbaik adalah mengawal pergerakan rakyat terutama di zon-zon merah Covid-19 dan mengenakan kompaun kepada individu ingkar prosedur operasi standard (SOP). Sebabnya rakyat kelihatan selesa kerana beranggapan orang lain positif Covid-19, bukan mereka. Sebab tu, walaupun berada di zon-zon merah, mereka bebas bergerak biarpun bergejala.

“Belum pun keputusan keluar selepas ujian Covid-19 dibuat, rakyat bebas bergerak ke mana sahaja, pulang ke kampung dan bertemu saudara-mara. Ini yang berlaku sekarang, jadi Perdim berpandangan kerajaan perlu melaksanakan PKPD di zon-zon merah supaya dapat mengawal pergerakan rakyat terutama yang bergejala di kawasan berkenaan,” – Dr. Ahmad Shukri, seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia

Ada surat terbuka kepada PM berkenaan kaedah untuk mengatasi keadaan pada masa ini

Selain daripada pandangan-pandangan yang kami sebutkan di atas, minggu lepas ada satu surat terbuka dari kalangan pengamal perubatan yang memberikan cadangan bernas untuk mengatasi masalah Covid-19 yang berlaku di Malaysia. Kami rasa cadangan itu perlu diperhalusi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kerana kami yakin ia mampu membantu untuk melandaikan lekuk jangkitan.

61535562028 Datukdrahmad
Jarang jugak kita dengar ada surat terbukan untuk PM. Via Sinar Harian

Berikut merupakan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh pakar-pakar perubatan ni;

1. Meningkatkan ujian pengesanan secara bersasar, besar-besaran dan lebih kerap menggunakan rapid antigen test kits (RTK-Ag) yang lebih mudah, murah dan pantas daripada PCR, untuk merencatkan penularan jangkitan COVID-19.

2. Diagnosis awal RTK-Ag dalam tempoh masa kurang daripada 24 jam membolehkan isolasi serta merta dan membantu pengesanan kontak dengan segera.

3. Pengesanan kontak menggunakan aplikasi digital mempercepatkan proses pengesanan. Disamping itu, teknologi data sains dan machine learning boleh dimanfaatkan untuk mencari kawasan sasaran untuk saringan dijalankan. Hanya melalui respon segera Find-Test-Trace-Isolate (FTTI) ini sahaja boleh memecahkan kluster COVID-19 dan seterusnya mengurangkan penyebaran sporadik virus ini.

Via Giphy

4. Kes COVID-19 dijangkakan akan meningkat dengan program ujian yang bersasar dan besar-besaran ini. Maka untuk melindungi kapasiti penjagaan kesihatan negara, kami menganjurkan kes klinikal tahap 1 dan 2 diisolasikan di rumah dengan garis panduan yang jelas daripada MOH. Tahap kesihatan mereka boleh dipantau secara harian dengan aplikasi digital, disokong dan dibantu oleh komuniti setempat dan penghantaran segera ke hospital COVID-19 bagi kes yang semakin merosot.

5. Kita mestilah melindungi kecemerlangan perkhidmatan kakitangan medikal dihospital COVID-19 kerajaan dengan memindahkan semua pesakit bukan COVID-19 ke hospital kerajaan dan swasta yang tidak merawat pesakit COVID-19. Ini membolehkan mereka menumpukan perhatian kepada kes COVID-19 yang serius dan tidak terganggu dengan kes COVID-19 yang tiada bergejala atau gejala kecil sahaja.

6. Memberi sokongan kepada industri yang penting untuk keutuhan ekonomi negara dengan program kesihatan awam yang berupaya mengurangkan 3Cs. Inisiatif POIS (Preventing and early detection of Outbreaks at Ignition Sites) adalah kerjasama pihak kerajaan, sektor swasta dan NGO yang menekankan pengesanan awal, peningkatan kesihatan umum dan pendidikan kesihatan majikan industri dan pekerja asing.

Inisiatif POIS yang dibangunkan dengan konsultasi antara industri dan WHO boleh digunapakai di pelbagai tempat sebagai alat operasi kesihatan awam. Ia merangkumi pendekatan whole-of government dan whole-of-society.

61535562028 Datukdrahmad
Via MalaysiaDateLine

7. Inisiatif sebegini juga perlu dilaksanakan dikawasan panas wabak COVID-19 yang lain, seperti di penjara dan pusat tahanan.

8. Mempercepat proses pengawalseliaan imunisasi, sebaik sahaja dos pertama vaksin tiba di lapangan terbang. Makluman awal kepada rakyat berkaitan pencegahan COVID-19 dan membendung berita palsu mengenai vaksin akan memperkasakan rakyat dengan informasi dan persetujuan ketika COVID-19 vaksin tiba. Selain keutamaan diberikan vaksin kepada kumpulan berisiko tinggi, pertimmbangan harus diberikan juga kepada golongan pekerja asing diindustri dan komuniti orang pelarian yang merupakan lubuk penyakit berjangkit.

Kerajaan mesti menetapkan kos vaksin yang tidak melebihi RM100 bagi setiap dos bagi mereka yang mendapatkan suntikan di klinik swasta dan ujian RTK-Ag mesti tidak melebihi RM100 bagi setiap ujian untuk memastikan rakyat mampu menampung kos vaksin dan ujian dan negara mencecah liputan vaksin dan ujian yang tinggi yang bakal melindunginya daripada ancaman COVID-19 yang berterusan.

61535562028 Datukdrahmad
Vaksin Covid-19. Via PT

9. Suatu Task Force COVID-19 yang keahliannya terdiri daripada pakar perubatan, ekonomi dan pelbagai sektor yang berkaitan perlu dibentuk dengan kadar segera untuk menyediakan khidmat nasihat kepakaran dan menyelaraskan respons pelbagai kementerian dan agensi didalam kerajaan untuk membenteras pandemik COVID-19.

Task Force COVID-19 akan memacu negara keluar dari wabak ini dengan kerap mengemukakan cadangan dan odit kepada Kabinet, dan menekankan unsur-unsur memelihara nyawa, kesihatan fizikal, emosi dan mental rakyat jelata dan juga memelihara kesihatan ekonomi negara.

Untuk memastikan kebebasan Task Force COVID-19, pemilihan ahli perlulah dilakukan oleh, Persatuan Perubatan Malaysia, Akademi Perubatan Malaysia, Persatuan Pakar Kesihatan Awam Malaysia dan Persatuan Pakar Kesihatan Hospital Swasta Malaysia.

10. Jangan mempolitikkan pendemik ini, sebaliknya mendapatkan konsensus bipartisan dan pendekatan untuk melandaikan lengkuk pandemik, mempercepatkan usaha untuk mencapai imuniti komuniti untuk membentuk perlindungan masyarakat didalam rangka untuk wujud bersama (co-exist) dengan koronavirus. Mengadakan PRU15 semasa peningkatan wabak yang tidak terkawal akan membawa bencana seperti apa yang telah terberlaku di PRN Sabah.

61535562028 Datukdrahmad
Sehingga hari ini kita masih perlu membayar harga PRN Sabah. Via Berita Harian

Ahli politik harus mengutamakan pandangan pakar dalam menghadapi pandemik

Berhadapan dengan pandemik Covid-19 ni, kita harus mendengar banyak pandangan. Terutamanya pandangan daripada pakar-pakar perubatan atau penyakit berjangkit. Ahli politik harus menjadikan mereka sebagai sumber rujukan utama sebelum mengambil apa-apa keputusan yang akan melibatkan rakyat. Dengan masalah politik kita yang semakin tak stabil, kami rasa sukar keputusan yang tepat dapat diambil kerana semua keputusan akan tertumpu kepada persoalan untuk kekal berkuasa.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top