Gua di Yunnan yang dikatakan jadi tempat permulaan Covid-19, ini keadaan semasa di sana

F1
Gua di Yunnan yang dikatakan jadi tempat permulaan Covid-19, ini keadaan semasa di sana

Hampir setahun virus Wuhan, kini dikenali sebagai virus COVID-19 berada di keliling kita. Sehingga artikel ni ditulis, kira-kira 1.87 juta kematian diakibatkan dari pandemik tersebut daripada 86.5 juta kes yang dilaporkan. 48.5 juta kini dilaporkan sembuh, namun masih lagi tak terlihat sinar tamatnya ancaman virus. Bermacam-macam dugaan berlaku sepanjang peperangan melawan virus. Di Malaysia saja, kita diuji dengan isu politik, ekonomi rakyat, masalah pengangguran dan peningkatan kes penyakit mental sepanjang tahun lalu.

728 X 90

Sekarang ni dengan keberjayaan penghasilan vaksin dalam tempoh yang pantas, kumpulan pengkaji kelawar pulak ditugaskan untuk menyelidik kelawar yang dikatakan sumber virus tersebut. Walau bagaimanapun, usaha ni dikatakan telah dihalang dan disukarkan oleh pihak China yang mengawal lokasi kajian mereka dengan ketat sekali. Nampak sungguh mencurigakan pulak China ni…

Gua Yunnan
Gua di Yunnan… Via APNews

Gua di daerah Yunnan jadi lokasi kajian, pengawal bertugas diarahkan untuk halau wartawan yang datang

Kalau korang masih ingat lagi, terdahulu kita dah kenalpasti punca virus ni adalah disebabkan oleh kelawar. Kelawar dikatakan mempunyai lebih 400 jenis koronavirus, tapi kebanyakan daripadanya tak membuatkan manusia sakit. Kami sebut kebanyakan ye, jadi ni bermaksud akan ada beberapa koronavirus tu yang boleh menjangkiti manusia seperti SARS.

Suatu kebetulan jugak, dulu virus SARS pun dikatakan ditemui sekitar lokasi gua di daerah Yunnan bersama varian virus yang ditemui pada 2012. Penyelidikan ke atas kelawar di Yunnan ni pun bermula baru-baru je di Yunnan, iaitu sekitar 2017. Bayangkan lepas 3 tahun kajian terhadap kelawar di Yunnan, jangkitan koronavirus menular ke serata dunia.

Kelawar Covid
Tengah kaji kelawar dengan ambil sampel cecair dalam badannya… Via NPR

Namun hampir setahun berlalu, kita masih tak tau sangat pasal kelawar ni sehingga geng konspirasi ni tokok-tambah cerita sendiri untuk melengkapkan bagaimana virus tu boleh wujud. Dakwa mereka, benda ni sengaja dirancangkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Haa… sebenarnya ada penjelasan yang baik pasal kenapa kita masih tak tau sangat pasal asal-usul virus ni.

Di Yunnan, pihak China sangat mengawal ketat penyeliaan dan pemantauan ke atas para pengkaji ni termasuklah para wartawan yang ditugaskan melapor dapatan mereka. Perkara ni disahkan oleh The Associated Press, dimana kata mereka, kumpulan wartawan mereka dipantau dan diekori oleh para pengawal China. Bahkan ada jugak yang menghalang salah sorang wartawan mereka untuk masuk ke dalam salah sebuah gua tu.

Kelawar Covid Gua
Via Gulf News

Pihak berkuasa jugak dikatakan rampas sampel yang diambil oleh kumpulan pengkaji tersebut dari salah sebuah gua. Malah, pihak polis turut diarahkan untuk buat sekatan jalan dan menutup laluan masuk-keluar berdekatan gua tersebut. Wartawan BBC turut berkongsi pengalamannya di Yunnan, dimana dia dengar salah sorang pengawal yang halang masuk wartawan tu kata dia diarahkan untuk halang sesiapapun untuk masuk ke dalam gua tu.

Walaupun begitu, ada jugak sesetengah saintis diberi kebenaran untuk masuk ke dalam gua tersebut sebab mereka ada hubungan baik dengan China atau ada kaitan dengan pihak tentera China. Yang paling penting, semua hasil dapatan kajian tu perlu diberikan terlebih dahulu kepada jawatankuasa yang dilantik oleh China atas arahan langsung daripada Presiden Xi Jinping.

Saintis China jawab kenapa takde maklumat lanjut pasal virus, AP kaitkan sikap ni ada kena mengena dengan politik dunia

Perkara ni mendapat respon daripada wakil saintis China, Zhang Yongzhen. Dia merupakan salah sorang pakar virologis yang terkenal, dan antara yang pertama terbitkan peta gnome virus COVID-19. Di awal gelombang virus dulu, China dikatakan sengaja taknak maklumkan kepada WHO mahupun kepada dunia berkenaan penyakit tersebut. Beberapa doktor yang terawal perasan mengenai risiko virus tersebut ditahan oleh pihak berkuasa.

Zhang Yongzhen
Ni lah saintis virologi Zhang Yongzhen… Via Time

Zhang Yongzhen ni sempat terbitkan peta gnome virus tu ke pangkalan data National Center for Biotechnology Information (NCBI). Lepas dipujuk rakan sekerjanya, dia turut terbitkan dapatannya ke dunia maya supaya orang lain pun tau jugak mengenai virus tersebut. Dr. Dale Fisher, ketua kawalan penyakit di sebuah hospital di Singapura kata niat China nak lambat maklumkan tu mungkin disebabkan mereka nak betul-betul yakin potensi penularan virus tu berbahaya kepada manusia.

Associated Press (AP) pulak cuba kaitkan tindakan China dulu ada kena mengena dengan politik dunia ketika tu. Sebelum ni kami dah terangkan sikit kemungkinan bahawa WHO turut dipengaruh oleh campur tangan politik negara besar, jadi apa yang didakwa AP ni boleh dilihat dalam lensa hubungan antarabangsa. Kita dah ada ilmu sains sosial yang khusus untuk analisis dinamik hubungan antara negara, mengelak kita dari terlalu sempit nak faham apa jadi di luar negara.

Kami harap kajian terhadap kelawar ni dapat diselesaikan dan disebarkan kepada orang ramai untuk kita lebih faham apa yang terjadi. Buat masa ni, jualan kelawar di pasar berlangsung semula di China dan Indonesia sendiri sebagai salah satu menu eksotik. Tak nak lah ada pulak terjadi lagi COVID jenis lain pada tahun-tahun mendatang… betul tak?

 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top