Rakyat tengah susah, Ketua Menteri Pulau Pinang tukar kereta. Ini HARGANYA

F1

Semalam ramai yang mengecam pembelian kereta rasmi Mercedes Benz baru Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, walaupun diorang katanya lakukan penjimatan sebanyak hampir RM128,000 di atas pembelian tu. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Pulau Pinang dalam kenyataan berkata, pembelian kereta Mercedes S560e tu dapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pulau Pinang pada 29 Nov 2019.

728 X 90

Menurut kenyataan itu, tarikh pembelian Mercedes S560e adalah pada 31 Dis 2020 dengan kos pembelian sebanyak RM458,122.78, iaitu penjimatan sebanyak RM127,765.22 daripada harga asal. Tahun lepas, tular di media sosial kerajaan negeri pimpinan PAS itu telah membeli sebuah kereta Mercedes jenis S 450 L AMG Line berwarna hitam pada harga lebih RM600,000.

136684616 10157624324346237 5457043940368080480 O
Via MSN

Kalau nak ikutkan, nampaknya kedua-dua negeri memang ada kereta yang mewah. Jadi bagi penyokong DAP yang dok sibuk kutuk PAS masa diorang beli kereta baru dulu, sekarang ni apa cerita? Alang-alang kami dah cerita pasal kereta mewa milik dua ketua kerajaan negeri ni, elok jugak kalau kamu senaraikan kereta-kereta yang dimiliki oleh ketua kerajaan negeri yang lain.

1. Selangor & Perak – Toyota Camry 2.5 2018 berharga RM 190k sebuah

Toyota Camry Via Paultan
Toyota Camry Via Paultan

Kita mula dengan Selangor dululah. Al-maklumlah sebelum PRU hari itu bukan main netizen puji Azmin Ali (masa tu dia masih MB Selangor) pulangkan kereta rasmi kerajaan negeri bila DUN Selangor dibubarkan. DUN dah bubar maknanya secara tak rasminya dia bukan lagi Menteri Besar lah. Tapi kereta sajalah dia pulangkan, elaun-elaun lain dia tak pulangkan pun.

Kereta Selangor
MB dan Exco-exco negeri Selangor kembalikan kereta rasmi selepas DUN Selangor dibubarkan pada PRU14. Via keadilandaily

Oklah, kita nak cerita pasal kereta, kan?

Untuk negeri Selangor, kerajaan negeri gunakan kereta rasmi dari model Toyota Camry 2.5. Sama juga dengan Perak, MB mereka pakai kereta rasmi model yang sama. Harganya ialah RM190,000.00 sebuah. Tapi jangan ingat pakai kereta ini setakat kena bayar duit waktu membeli saja. Mari kita kira pula kos penyelenggaraan kereta model ini. Jadi kami pun tengoklah pakej di Toyota Malaysia, berapa nak kena bayar untuk Toyota Camry ni.

Servis paling asas (basic) pun dah RM 187.00. Korang kira sendirilah berapa kali kena servis kalau dah berjalan beribu-ribu kilometer… Takkan MB berjalan naik kereta rasmi kurang 1,000km sebulan, kot?

2. Negeri Sembilan & Perlis – Honda Accord 2.4 2013 berharga RM 168,998.00

Ok, next! Honda Accord ni dah jadi kereta rasmi Menteri Besar bagi dua buah negeri iaitu Negeri Sembilan dan Perlis. Cakap pasal Perlis ni, kami teringat kereta rasmi Mufti Perlis dari model yang sama pun pernah tular sebab dibakar oleh seseorang. Lain macam ni…

Honda Perlis
Via Twitter

Kami semak di laman web Carbase.my dan harganya RM 168,998.00. Murah sikitlah dari MB Selangor. Tapi kalau dah exco-exco pun pakai model yang sama, banyak juga tu. Kos selenggara pula seperti yang dipaparkan di laman Honda Malaysia, paling minimum sebanyak RM 287.88. Tapi harga tak tetap, tau. Sebabnya, lagi lama kereta Honda Accord ini dipakai, lagi tinggi harga penyelenggaraan. Tudia!

3. Pulau Pinang – Mercedes S Class 2013 berharga RM590k sebuah

Hampa sembang kereta rasmi yang bawah RM200k, walaupun di mata marhaen macam kita memang besar jumlahnya, tapi tunggu dulu. MB Selangor,Perak, Perlis & Negeri Sembilan pakai Toyota Camry dan Honda Accord itu boleh dikatakan tak setinggi Pulau Pinang lah. Pesaipa?

Mercedes S Class
Via marinimports.com

Ni dia, Ketua Menteri Pulau Pinang pakai Mercedes jugak macam Kelantan! Cuma modelnya lainlah. Model Mercedes S Class 2013 ini berharga RM590,000 sebuah. Jangan tanya kos penyelenggaraan. Kita semua tahu mestilah lagi mahal, weh! Kalau RM590,000 ini, boleh dapat rumah Semi D di Seberang Prai, Pulau Pinang. Ataupun, seseorang yang mahu memiliki kereta model ini mestilah bergaji lebih RM8,000 sebulan.

4. Terengganu – Mercedes E300 2018 berharga RM350k sebuah

Ini jiran Kelantan. MB Terengganu pun pakai Mercedes juga. Kiranya KM Pulau Pinang bolehlah geng dengan MB-MB di Pantai Timur. Tak begitu? Macam juga Kelantan, Terengganu dulu masa baru nak guna kereta rasmi model Mercedes E300 untuk MB dan exco-exconya, turut buat rakyat tempatan terkejut.

Sebabnya, sebuah Mercedes E300 ini saja dah berharga lebih RM350,000. Beli pula borong sebanyak 14 buah kereta, cubalah kira. Lebih kurang RM3.43 juta jugalah nak dibelanjakan oleh kerajaan negeri Terengganu pada waktu itu. Sampai sekarang pun masih guna kereta rasmi yang sama, tak dengar lagi cerita nak bertukar ke model lain.

71jl+lyl93l. Uy560
Via Amazon

5. Sarawak – Mercedes Maybach S500 2017 berharga RM1.3 Juta sebuah

Kalau kereta MB-MB lain setakat ratus-ratus ribu, tapi tidak bagi Sarawak! Ya, kereta rasmi Ketua Menteri Sarawak ialah Mercedes Maybach S500 yang berharga mencecah RM1.3 Juta sebuah! Kalau ada pertandingan kereta rasmi paling gah dan mahal, Sarawaklah pemenangnya!

Dimagw4uqaihwy9 1 1 1 1 1
Tak percaya? Ini dia… Mercedes Maybach Ketua Menteri Sarawak. Via I Love Kuching

Kalau kereta rasmi lain kami cuma cerita pasal harga saja, yang ini sebab paling mahal, kami ceritalah sikit pasal ciri-cirinya. Tentu anda pun tertanya-tanya, apahal yang mahal sangat nih?

Model Mercedes ini dilengkapi dengan ciri-ciri berikut:

  • Panjang : 5453mm
  • Lebar : 1899mm
  • Tinggi : 1498mm
  • Wheelbase : 3365mm
  • Enjin turbo 4.7 liter biturbo dengan 455 kuasa kuda danĀ 700nm torque on tap
  • Nine Speed 9G-Tronic Automatic trasmission
  • Top speed : 250km/h

Oklah, kalau anda masih ‘curious’ lagi, ini kami letak video di bawah yang tayang setiap inci kereta ini.

Kebanyakan kereta Ketua Kerajaan Negeri sebenarnya ada kereta yang boleh tahan mewah

Satu benda yang kita kena fikir pasal beli kereta mahal-mahal ni; tak semestinya ia akan bermakna saja-saja nak bermewah. Ada orang beli kereta yang mahal sikit sebab nak elakkan kereta selalu rosak, sebab setiap kali rosak – duit akan keluar jugak. Cuma, sebagai kerajaan yang baik; diorang kena jelaskanlah benda-benda ni supaya rakyat faham.

DISCLAIMER: Maklumat kereta yang kami terima ini didapati daripada seseorang yang mempunyai jaringan politik yang besar. Kami juga menulis hal-hal asas berkenaan kereta (bukan sebagai pakar kenderaan). Apa yang paling penting adalah anda tahu harga umum untuk pasaran setiap kereta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *