Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
BeritaIsu Semasa

Rafizi menang saman, katanya dia nak bagi duit saman kat pelajar

By Editor
May 14, 2019 3 Min Read
Comments Off on Rafizi menang saman, katanya dia nak bagi duit saman kat pelajar

Nampaknya drama saman-menyaman masih wujud lagi. Semalam, Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli menang dalam rayuannya untuk mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi terhadapnya yang memerintahkan dia membayar ganti rugi RM200,000 kepada Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan syarikatnya kerana memfitnah.

Via Malaysiakini

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Datuk Hamid Sultan Abu Backer, Datuk Hanipah Farikullah dan Datuk Wira Kamaludin Md Said membenarkan rayuan Mohd Rafizi. Kami sebulat suara bersetuju bahawa rayuan beliau mempunyai merit. Rayuan ini dibenarkan dengan kos,” kata Hakim Hamid Sultan seperti yang dilaporkan Berita Harian

Dr Mohamad Salleh diarah untuk pulangkan RM300,000 kepada Rafizi

Hakim arahkan Dr Mohamad Salleh untuk pulangkan sejumlah RM300,000, termasuk RM200,000 sebagai ganti rugi dan RM100,000 sebagai kos yang telah dibayar oleh Mohd Rafizi kepada beliau (Mohamad Salleh). Hakim Hamid Sultan mengarahkan supaya Mohamad Salleh mengembalikan wang RM300,000 itu dalam tempoh 30 hari, yang jika gagal akan dikenakan kadar faedah lima peratus setahun sehingga bayaran itu lunas.

Hakim Hamid Sultan juga menolak rayuan balas yang dikemukakan oleh Mohamad Salleh mengenai jumlah ganti rugi berkenaan. Peguam Mohamad Salleh, Sarah Abishegam memohon keputusan penangguhan tetapi Hakim Hamid Sultan mengarahkan beliau supaya membuat permohonan rasmi.

https://www.youtube.com/watch?v=DisXsZvCSu8

Bagi yang tak tahu cerita, pada tahun 2013, Mohamad Salleh dan NFCorp menyaman Mohd Rafizi dengan mendakwa beliau (Mohd Rafizi) telah membuat pernyataan fitnah pada 7 Mac, 2012 pada sidang media di pejabat PKR mengenai pembelian hartanah KL Eco City yang disiarkan oleh Malaysiakini pada hari yang sama.

Pada 31 Oktober 31, 2016, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur memerintahkan Mohd Rafizi membayar RM150,000 sebagai ganti rugi kepada Mohamad Salleh dan RM50,000 sebagai ganti rugi kepada NFCorp selepas membenarkan saman beliau terhadap Mohd Rafizi.

Mohd Rafizi juga diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi supaya membayar kos RM100,000 kepada Dr Mohamad Salleh. Mahkamah Tinggi bagaimanapun menolak rayuan Mohamad Salleh terhadap Malaysiakini.

Rafizi kata dia nak gunakan duit saman tu untuk bantu pelajar

Salah satu sebab kami tulis artikel ni sebab; kami tertarik dengan langkah Rafizi yang nak gunakan duit saman dia untuk bantuan pendidikan pelajar  yang memerlukan. Kalau kami yang menang saman sebesar tu, mungkin kami akan pergi joli atau beli rumah baru. Lagipun sebenarnya wang saman yang digunakan hari tu adalah hasil kutipan awam, so memang logiklah Rafizi nak pulangkan. Dalam hantaran Facebooknya, dia kata macam ni;

1. Jumlah yang diarahkan sebagai kos guaman akan dibayar kepada peguam-peguam saya iaitu Ranjit Singh (Tetuan Ranjit Singh & Yeoh), Razlan Hadri Zulkifli (Tetuan Gan, Ho & Razlan Hadri), Ng Siau Sun dan Michele Navinder Kaur (Tetuan Sun & Michele). Mereka telah mengendalikan semua kes-kes mahkamah saya berhubung skandal NFC (sebanyak 3 kes) secara percuma (pro bono) sejak 2012.

https://www.facebook.com/rafiziramli.keadilan/photos/a.468696556498190/2459907990710360/?type=3&theater

2. Semua bayaran selain kos guaman yang diarahkan oleh mahkamah akan dipulangkan kepada rakyat dalam bentuk hadiah pendidikan kepada pelajar cemerlang universiti dari berpendapatan rendah (sebanyak RM5,000 seorang) dan pelajar cemerlang Tingkatan 5 dari berpendapatan rendah (sebanyak RM500 seorang). Pemenang hadiah pendidikan akan dipilih dari kalangan seluruh rakyat Malaysia berbilang bangsa yang cemerlang dalam bidang masing-masing walaupun datang dari keluarga berpendapatan rendah.

Moga akan ramai lagi yang buat macam ni

Apabila kita sebut pasal saman-menyaman, terutamanya dalam kalangan ahli politik, selalunya ia akan melibatkan jumlah yang besar. Ada yang sampai menang juta-juta, jadi kami rasa tak salah kalau duit menang saman atas semangat ‘nak bela rakyat’, tak kisahlah daripada mana-mana parti pun, digunakan untuk bantu rakyat.

 

Author

Editor

Follow Me
Other Articles
Previous

Remaja buli warga emas, satu kampung datang ke rumah remaja tu

Next

Gaji pekerja di Malaysia terlalu rendah, ini caranya kerajaan boleh naikkan gaji

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme