Anda pernah dengar cadangan (sindiran?) supaya rakyat Malaysia menanam padi pada waktu malam? Buat yang tidak tahu, baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia ke-7 dan ke-4 Malaysia sekali lagi menjentik kritikan warga maya di Malaysia apabila beliau menyatakan sekarang boleh tanam padi waktu malam.
Mungkin anda rasa menanam padi di waktu malam adalah sukar dan berbahaya seperti petani mungkin akan dipatuk ular sekiranya mereka bercucuk tanam pada waktu malam. Jadi, di sini kami senaraikan jenis-jenis pekerjaan yang sesuai pada waktu malam, selain menanam padi.
Via Giphy
1. Kerja di hospital, tak mengira masa
Kerja di hospital ni merangkumi Doktor, Jururawat, Attendan, pemandu ambulan, pak guard jaga depan wad dan segala jenis pegawai di hospital. Kenapa waktu malam? Macam kita tahu, orang sakit tak kira masa. Kemalangan jalan raya, bini nak beranak, sakit jantung, dan macam-macam penyakit yang memerlukan rawatan kecemasan tak mengira waktu.
Jadi kerja di hospital tak pernah berhenti 24/7. Pada Hari Raya, Hari Buruh atau cuti sekolah, kebanyakan orang yang tak kerja dalam bidang kesihatan boleh menikmati cuti dengan tenang. Tapi bila kita jadi pekerja di hospital, memang susahlah nak dapat cuti macam orang lain. Termasuklah semasa orang lain nyenyak dan lena tidur di malam hari, hero-hero di hospital masih celik mata mereka demi berkhidmat pada setiap pesakit.
Sebelum anda masuk dalam bidang kesihatan, atau berkahwin dengan pasangan yang bekerja dalam bidang ini, fahamilah cabarannya sebaik mungkin ya? Jangan nanti mengadu di Facebook pula…
2. Penyelenggara jalan raya, bekerja malam demi pengguna
Kalau kita memandu kereta atau menaiki motorsikal, mesti pernah jumpa jalan berlubang sana-sini, kan? Jalan berlubang bukan saja membahayakan pengguna, malah turut merosakkan bahagian kenderaan seperti absorber tayar. Atau pun pernah tak anda lalu jalan yang lampunya tak menyala… Uuu, seram weh! Lagi-lagi kalau lalu jalan macam itu seorang diri…
Eh-eh… ape tu?? Via Giphy
Jadi, kita kenalah hargai pekerja-pekerja yang menyelenggara jalan raya. Contohnya, pekerja yang cat jalan. Maksud cat di sini ialah garisan putih yang membahagikan kedua-dua arah jalan raya. Perasan tak kita masih boleh lihat garisan putih di atas jalan raya pada waktu malam? Ya, garisan itu menggunakan cat khas yang mengandungi Ballotini (glass beads) yang boleh memantulkan cahaya dalam gelap.
Kerja macam ini tak boleh dibuat pada waktu siang. Sebab akan menyebabkan kesesakan jalan raya. Tambahan pula, untuk memastikan cat tersebut boleh dilihat, mestilah kena guna kepekatan yang sesuai. Nak tentukan kepekatan cat tersebut tak boleh ditentukan pada siang hari.
3. Pekerja di Gudang Kurier, menguruskan setiap parcel anda
Haa, yang rajin beli barang online tu… selain posmen, jangan pernah anda lupakan pekerja di gudang parcel! Sebelum barang kita sampai ke tangan kita sendiri melalui posmen, parcel tersebut akan dihnatar ke beberapa hub. Misalnya, dari penjual mereka akan pos ke kaunter pejabat pos. Dari pejabat pos, semua parcel terkumpul akan dikutip pada masa yang ditetapkan. Misalnya macam poslaju, pukul 7 peetang mereka dah pungut dari setiap pejabat pos ke gudang untuk diasingkan mengikut destinasi. Nah, di gudang inilah para pekerja bertungkus lumus memastikan setiap parcel bakal dihantar ke destinasi yang sepatutnya.
Akhir sekali, parcel anda akan dihantar ke pejabat pos berdekatan alamat anda. Cuba anda bayangkan, kalau pukul 7 petang baru proses pengumpulan dari pejabat pos, bermakna pekerja gudang akan menerima parcel dari pejabat pos pada waktu malamlah… Jadi kerja di gudang, walaupun ada shift siang dan malam, tapi yang lebih mencabar tentulah di waktu malam sebab parcel semakin bertambah.
Terima kasih abang Posmen dan abang Gudang! Nanti kita shopping lagi…
4. Bartender, mencari sesuap rezeki di kelab malam
Okay, umat Islam mohon jangan kecam. Ya, pekerjaan ini tidak sesuai untuk Muslim. Tapi kami senaraikan juga kerana ia juga pekerjaan yang hanya boleh dilakukan pada waktu malam. Sebab? Anda pernah jumpa orang berdansa dan berhibur dalam kelab malam di waktu siang? Mestilah tak, kan? Nama pun kelab malam…
Enjoy serving drinks. Via Giphy
Kerja mereka ialah menyediakan minuman buat pengunjung kelab malam. Jangan salah faham, mereka tidak ditugaskan untuk melayan pengunjung seperti ‘callgirl’. Mereka hanya bekerja di kaunter minuman sahaja.
Eh, dah cukup 4 jenis pekerjaan…
Jadi seterusnya… kerjaya yang tidak asing lagi di waktu malam ialah…
5. Mat Rempit…kerja haram yang boleh membahayakan nyawa
Ya, inilah sebuah kerjaya yang banyak mendapat liputan khas dari rancangan 999 di TV3. Siapa yang tinggal di Malaysia yang tidak tahu pasal Mat Rempit? ‘Kerjaya’ ini juga banyak dipaparkan dalam filem Melayu kot! Paling kami ingat filem Janji Diana. Dalam filem ini, ada mat rempit yang lain daripada yang lain, kira watak Mat Rempit yang baik macam watak yang dimainkan oleh Fazley Yaacob. Eh, lupa pula dalam filem ini juga Erra Fazira berlakon jadi Minah Rempit tapi berubah selepas jumpa Rosyam Nor. Sampai sekarang ni bekas Perdana Menteri kita pun dah berjinak-jinak dengan kerjaya ni.
via Wikipedia
Pasal Mat Rempit ini kami gurau saja. Sebenarnya ada banyak lagi kerjaya di waktu malam, selain menanam padi. Jadi anda pilihlah kerjaya yang sesuai. Oh ya, kalau anda nak merempit, rempitlah di litar motor, jangan di jalan raya.
Moga-moga lebih banyak pekerjaan akan tersedia
Sebenarnya selain daripada minta petani kerja kat sawah pada waktu malam, beritahu secara umum yang lebih baik ambil gaji murah daripada takde kerja langsung tu bahaya. Sebab baru-baru ni kenyataan tanam padi pada waktu malam dan ambil kerja gaji murah jadi isu besar. Bersoraklah geng-geng kapitalis yang suka tindas pekerja, sebab dah ada saranan macam tu dari wakil kerajaan. Apa yang patut kerajaan fokus adalah bina mekanisme untuk meningkatkan lebih banyak peluang pekerjaan.