Kisah sedih 6 adik-beradik yang menyambut Ramadan tanpa ibu bapa

Menjelang Ramadan, macam-macam cerita yang kita akan dengar. Ada yang menggembirakan, tak kurang jugak cerita yang boleh buat kita menitiskan air mata. Ketibaan Ramadan tahun ini nyata tidak seceria seperti tahun sebelumnya bagi enam beradik selepas ibu mereka meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Lubuk China pada 25 April lalu, manakala bapa pula masih dipenjara atas kesalahan kes dadah.

Via Berita Harian

Sejak kehilangan ibu, Nor Amira Sahran, 33 tahun, enam beradik berkenaan, Muhammd Aiman Syazwan Abdullah, 12 tahun, Nor Aina Syazwani Mohd Fauzi, 10 tahun, Nor Aina Syazlina, 9 tahun, Nor Aina Syazlien, 7 tahun, Nor Aina Syazlieyana, 5 tahun, dan Muhammad Aiman Syazriezal, satu setengah tahun, dari Kampung Sungai Timun Lubuk China, Rembau menumpang kasih di rumah datuk saudara, Sajirin Kassim, 58 tahun, di Kampung Legong Ulu, Kota Rembau.

Sajirin berkata, bapa mereka yang berusia 32 dijangka dibebaskan dari penjara selepas Aidilfitri ini.

“Sebaik enam anak ini kehilangan tempat bergantung, saya dan ahli keluarga lain mengambil tanggungjawab menjaga mereka kerana bapanya masih berada di penjara akibat masalah dadah. Kami dapat rasakan perasaan enam beradik ini lebih-lebih lagi menjelang Ramadan dan kami perlu memastikan semua mereka berada dalam keadaan baik dan gembira biarpun perasaan kehilangan ibu dan ketiadaan bapa menjelang bulan suci ini sukar digambarkan,” Sajirin, Datuk Saudara mereka

Via Tenor

Sementara tu, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata kerajaan negeri akan menyediakan bantuan kepada enam beradik terbabit termasuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan bantuan ke sekolah RM200 kepada mereka yang bersekolah. Selain itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memberi sumbangan RM450 sebulan, manakala BaituMal akan menyumbang RM300 sebulan bagi menampung perbelanjaan mereka.

Mengulas lanjut, katanya, kerajaan negeri juga membantu menambah baik rumah yang kini didiami enam beradik terbabit supaya dapat dijadikan tempat tinggal yang lebih selesa. Perkara ini diserahkan kepada Pejabat Daerah untuk membuat penilaian dan melihat bagaimana kemudahan yang boleh diberikan kepada anak malang ini.

Moga-moga dengan bantuan yang bakal diterima oleh adik-beradik ni, mereka akan hidup dengan lebih baik. Semoga cahaya Ramadan tahun ini akan mampu memberi sinar kepada mereka. Begitulah dalam kehidupan kita, ada orang-orang di sekeliling yang sebenarnya sedang hidup dalam kesusahan.

Laporan asal dari Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *