Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
Artikel PendekBerita

Terengganu dapat royalti minyak lebih satu bilion ringgit, Senator beri teguran

By Team Editorial
June 4, 2019 3 Min Read
Comments Off on Terengganu dapat royalti minyak lebih satu bilion ringgit, Senator beri teguran
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Senator Raja Kamarul Bahrin kata Kerajaan Pusat nak kaji macam mana royalti minyak yang diberi pada Kerajaan Negeri Terengganu untuk pastikan ia telus.  Dia yang memegang jawatan Pengerusi PH Terengganu kata mekanisme yang ada sekarang tak cukup.  Dulu zaman PAS perintah Terengganu antara 1999-2004, royalti minyak tak diberikan kepada Kerajaan Negeri walaupun dalam Perjanjian Petronas jelas dinyatakan. Sebaliknya, Kerajaan waktu tu agihkan wang ihsan menerusi jabatan khusus, Jabatan Pembangunan Persekutuan lepas perwakilan UMNO luahkan rasa tak senang Kerajaan PAS uruskan wang royalti.

Terengganu dapat lebih satu bilion ringgit, hasil daripada royalti minyak

Dua bulan lepas, MB Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar maklumkan kerajaan negeri terima RM1.053 bilion royalti petroleum dan gas. Royalti minyak kepada Kelantan belum selesai kerana isu tindakan mahkamah ke atas Petronas yang baru ditarik balik. MB Terengganu ada jugak kata – kerajaan hari ni lebih telus dalam urusan royalti minyak ni. Samsuri kata kerajaan PH tak tekan Terengganu walaupun ditadbir PAS. PH juga lagi terbuka terima perbezaan pandangan dalam urusan pentadbiran negeri.

https://www.youtube.com/watch?v=s8aZPR-7zbk

“Semua projek itu dijalankan bertahun lalu oleh kerajaan lalu dan pembayarannya akan bermula sekarang ini. Pembayaran itu akan gunakan royalti petroleum. Kita boleh berbeza pendapat dalam beberapa perkara, kalau kita tidak bersetuju kita nyatakan kita tidak setuju (dalam sesuatu perkara),” – MB Terengganu
Tapi Timbalan Pengerusi PH Terengganu, Azan Ismail bagi amaran supaya Kerajaan Terengganu jangan bergantung kepada royalti semata-mata. Kalau tengok belanjawan tahun lepas bagi Terengganu, RM1.7 bilion dari royalti petroleum dan gas dan hanya RM300-400 juta dari hasil lain. Kalau dibandingkan dengan Selangor, RM2.2 bilion banyaknya dari cukai tanah, premium dan cukai-cukai lain. Ni lebih positif untuk jangka masa panjang walaupun nilainya tak jauh beza. Kata Azan, royalti tu patut bonus saja di samping pendapatan sedia ada sebagai kelebihan untuk tingkatkan ekonomi dan selesaikan kemiskinan Terengganu.
MB Terengganu. Via Teganukita
“Bayangkan jika hasil kerajaan negeri setanding dengan negeri lain, ditambah dengan perolehan dana petroleum ia boleh mengukuhkan kedudukan kewangan Terengganu. Terengganu boleh uruskan pembangunan negerinya, pendidikan, kesihatan dan menambah baik prasarana,” – Azan

Katanya pemberian royalti ni termaksud dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974

Pemberian royalti kepada kerajaan negeri pengeluar secara terus ini katanya termaktub di dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 yang memberi kuasa pengeksplorasian dan pengeksploitasian petroleum sama ada di pantai atau di luar pantai kepada satu perbadanan iaitu Petronas. Di mana Petronas pula akan membayar sebanyak 5 peratus daripada pendapatan minyak kepada negeri-negeri yang berkenaan seperti yang termaktub dalam Seksyen 4 Akta Kemajuan Petroleum 1974.

Apa yang penting dalam pemberian royalti ni, kerajaan Terengganu menggunakan wang tu untuk pembangunan dan kebajikan rakyat. Duit yang bunyinya sedap sebab banyak, tak berguna kalau tak dipulangkan kepada rakyat melalui polisi yang akan beri keuntungan pada rakyat. Tahniah jugaklah pada PH, sebab diorang nak selesaikan isu royalti yang akan berkumandang setiap kali nak pilihan raya ni. Hubungan kerajaan negeri dan Persekutuan sepatutnya macam ni, tak bermusuh walaupun berbeza pandangan politik. Kalau betul nak guna konsep matang dan sejahtera, mulakan dengan duduk semeja dengan seteru politik – demi kebaikan rakyat.

Author

Team Editorial

Follow Me
Other Articles
Previous

Ahli Parlimen berbuka puasa di Kuil Sikh, Dr Mujahid kata takde masalah

Next

Kami siasat dakwaan kuih raya dari China tengah kuasai pasaran

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme