Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
Isu Tular

Kami siasat dakwaan kuih raya dari China tengah kuasai pasaran

By Maisarah
June 4, 2019 4 Min Read
Comments Off on Kami siasat dakwaan kuih raya dari China tengah kuasai pasaran

Bila tiba musim perayaan, ada saja perkara yang tular di media sosial dan mesej berantai yang dihantar ke group Whatsapp. Salah satunya tentang kuih raya dari China yang banyak dijual di pasar raya besar. Mula-mula kami terima mesej ini boleh tahan terkejut juga. Tapi adakah dakwaan ini benar?

Mesej dari group Whatsapp yang tular – sumber dari penulis

Kali ini, kami turun ke pasar raya seperti Mydin, Aeon Big dan Tesco untuk mencari kebenarannya. Di Mydin, ternyata produk kuih raya semuanya dari syarikat bumiputera sahaja. Tapi di Aeon Big dan Tesco… ini yang kami jumpa

1. MyBizcuit, jenama paling banyak

Antara produk MyBizcuit – gambar diambil oleh penulis

Jenama biskut ini paling banyak yang kami jumpa di Aeon Big dan Tesco. Seperti yang jelas dalam gambar, produk MyBizcuit dikilangkan oleh Koon Brother Sdn Bhd. Produk ini juga pernah dikatakan tidak halal dan berasal dari China. Padahal, Bahagian Hab Halal Jakim melalui Facebook, mereka sudah tegaskan produk mereka bukanlah dari China dan mereka masih memegang sijil halal yang sah.

2. Biskut kekacang, antara yang dikatakan diimport dari China

Tidak cukup dengan satu jenama yang dipalitkan dengan tuduhan diimport dari China, ada juga yang menghalang pengguna dari membeli biskut raya seperti biskut seperti yang berasaskan bahan kekacang, biskut tart nenas, tart gulung, biskut kopi, kuih bangkit dan biskut cip coklat kerana dikhuatiri dikilangkan dari China.

Dalam tinjauan kami, ada juga kami jumpa biskut berasaskan kekacang seperti dalam gambar di bawah.

Biskut berasaskan kacang – sumber dari penulis

Melalui semakan di website halal Jakim, kami dapati syarikat pengilang ini (Sing Long Food Products Sdn Bhd) juga mempunyai sijil halal yang sah dan syarikat ini merupakan syarikat tempatan. Kalau anda ingin menyemak sendiri, boleh ke laman web tersebut dan isi nama syarikat pengilang. Selain biskut ini, mereka juga mengilangkan biskut seperti semperit.

Biskut dari pengilang yang sama dengan label Freeasia – sumber dari penulis

3. Produk kuih tradisional juga tidak ketinggalan

Selain kuih raya moden, kami juga perasan ada juga syarikat bukan bumiputera yang mengilangkan produk seperti kuih tradisional. Misalnya, Bahulu yang dikilangkan oleh Ann-Lee Industries (M) Sdn Bhd dan Dodol yang dikilangkan oleh Q One Bakery Sdn Bhd. Kedua-dua buah syarikat pengilang ini juga mempunyai sijil halal yang sah.

Bahulu yang dikilangkan oleh Ann-Lee Industries (M) Sdn Bhd – sumber dari penulis
Dodol yang dikeluarkan oleh Q One Bakery – sumber dari penulis

Bukan kuih raya moden saja yang mereka keluarkan, dodol pun ada. Selalunya produk macam dodol ini, kita biasa lihat ia dihasilkan di  kampung-kampung atau industri luar bandar. Rupanya zaman sekarang dodol pun dah masuk kilang. Bila sebut pasal dodol ni teringat pula iklan Pengacau Raya – BSN.

https://www.youtube.com/watch?v=qqnREj-OZ_A

Tak ada pun kuih raya dari China!

Hasil dapatan kami, tak jumpa pun kuih raya seperti yang didakwa oleh mesej yang kembali tular itu! Kita mungkin nampak perkara ini sesuatu yang biasa dan tak datangkan kesan apa-apa pun. Tapi kita tak sedar, dengan menyebarkan berita palsu seperti ini, kita dah jejaskan keyakinan pembeli pada produk yang dipasarkan di pasar raya.

Produk dari China? Mana ada weh! – via Giphy

Walhal, tak ada pun produk dari China. Dan semua produk bukan bumiputera yang kami semak, semuanya mempunyai sijil halal yang sah. Kalau kita masih mainkan sentimen produk bumi vs non-bumi, tidakkah kita terfikir masih ada pekerja di kilang-kilang tersebut yang merupakan bumiputera juga, dan bahkan pendapatan mereka adalah hasil dari jualan produk-produk ini?

Lebih memeningkan kepala, bila kami buat carian di Google, rupa-rupanya isu ini dari tahun 2015 lagi sudah ditularkan. Dan ia kembali tersebar baru-baru ini. Sudah-sudahlah menyebarkan berita yang tidak sahih. Semak dahulu, tak susah pun. Hanya perlu taip di laman web halal jakim saja. Apa yang penting ialah ia halal dimakan.

Author

Maisarah

Follow Me
Other Articles
Previous

Terengganu dapat royalti minyak lebih satu bilion ringgit, Senator beri teguran

Next

Lemang, rupa-rupanya berasal dari orang asli di Kelantan

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme