Ahli Parlimen berbuka puasa di Kuil Sikh, Dr Mujahid kata takde masalah

Ahli Parlimen berbuka puasa di Kuil Sikh, Dr Mujahid kata takde masalah

Masyarakat Muslim di Malaysia digesa untuk tidak khuatir dengan penganjuran program di rumah ibadat agama lain memandangkan ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Perkara ini ditekankan oleh Menteri Hal Ehwal Agama, Dr Mujahid Yusof Rawa.

Dr Mujahid. Via Malaysiakini

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, program berbuka puasa yang dianjurkan oleh Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir di kuil Sikh pada Selasa lepas, tidak seharusnya dijadikan isu, memandangkan program itu bertujuan untuk memperkukuhkan ikatan perpaduan antara kaum dan agama yang berbeza. Dr Mujahid kata program itu dijalankan di dewan (di tingkat yang berbeza), dan bukannya tempat penganut Sikh melakukan ibadat.

Sultan Johor ada beri teguran pada Ahli Parlimen tu…

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menegur perbuatan Anggota Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir kerana menghadiri majlis berbuka puasa di gurdwara Sikh di negeri itu Selasa lalu. Dalam satu kenyataannya, Sultan Ibrahim kata tindakan itu tidak menjaga sensitiviti umat Islam yang sedang menjalankan ibadah puasa.

Sultan Johor. Via Malaysiakini

Baginda juga bertitah acara seumpama itu di rumah ibadat bukan Islam membuka ruang kepada bukan Islam menyebarkan dakyah mereka.

“Adalah sedia dimaklumi bahawa penganut agama lain tidak boleh menyebarkan pegangan mereka kepada umat Islam.  Namun apabila seorang Muslim secara sengaja menghadirkan diri ke kuil atas alasan untuk berbuka puasa dengan orang bukan Islam maka tindakan ini telah membuka ruang kepada golongan bukan Islam untuk mendakyahkan agama mereka kepada orang Islam tersebut,” titah Sultan Ibrahim dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi, seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini

Sultan Johor tu turut berkata – Islam sama sekali tak terima konsep pluralisme dan liberalisme dalam agama Islam iaitu menyamakan semua agama atas alasan untuk mewujudkan toleransi antara kaum,” titah baginda. Sehubungan itu baginda mengarahkan pihak berkuasa Islam di Johor mengambil tindakan sewajarnya berhubung perkara itu.

Tapi, pandangan Dr Mujahid sedikit berbeza, katanya isu ini tak perlu disensasikan

Bagi Dr Mujahid pula, dia menegaskan bahawa tindakan sesetengah pihak mensensasikan isu ni, boleh menyebabkan berlakunya Islamophobia. Islam tak melarang penganut agama lain daripada memasuki masjid, selagi mereka menjaga adab-adab di dalam masjid.

Dr Mujahid turut memaklumkan bahawa pihak Kerajaan Pusat telah memperuntukkan RM50 juta untuk pembangunan institusi-institusi tahfiz, manakala RM25 juta untuk sekolah-sekolah pondok di seluruh negara. Projek pembangunan institusi Islam ini dijangka siap selewat-lewatnya awal tahun depan.

Via Yahoo Malaysia

Komuniti Sikh mengamalkan makanan vegatarian di Gurdwara mereka, sepanjang masa. Dan Akmal tak menunaikan solat Maghrib di masjid berdekatan kuil tersebut, dan tidak solat di dalamnya.

Nampaknya, kurang sesuai untuk gunakan qiyas solat di gereja

Program tu dijalankan di dewan makan, dan bukannya ruang sembahyang komuniti Sikh. Justeru, adalah tidak tepat untuk menggunakan qiyas solat di dalam gereja, kerana majlis iftar dijalankan di luar ruang sembahyang. Program membabitkan agama serta kaum yang berbeza bukan sahaja dapat membina imej positif tentang Islam, bahkan mengurangkan prejudis pihak lain terhadap Islam.

Umat Islam bukan sahaja perlu memakmurkan masjid dan surau, tetapi juga berusaha untuk menyebarkan keindahan Islam kepada penganut agama lain. Kita mungkin boleh berbeza hujah dan pandangan, tetapi tidak perlu terlalu kasar sehingga mengkafirkan sesama Muslim.

Kita perlu mempunyai kesedaran untuk mendidik anak-anak kita tentang bagaimana untuk menyantuni serta menghormati hidup bersama-sama warga setanah air yang bukan segama. Kita tidak perlu mengambil alih bidang kuasa Tuhan. Agama tidak menganjurkan kita untuk mengharamkan sesuatu perkara yang tidak haram. Apa-apa pun, kami tak minat nak doktrin sesiapa, semuanya terletak di tangan anda untuk memutuskan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top