Kisah ayah Henderson, sanggup sembunyikan penyakit demi anaknya

Kisah ayah Henderson, sanggup sembunyikan penyakit demi anaknya
Setelah bertahun-tahun takde dapat apa-apa piala, pasukan dengan moto ‘Next year is our year’ akhirnya berjaya memenangi Piala Juara-juara Eropah setelah mengalahkan pasukan Tottenham. Namun semua peminat bola harus bersyukur kerana mereka masih lagi belum menjuarai Liga Inggeris sejak, kami tak tahu sebab belum lahir lagi sejak Liverpool juara liga. Sebelum kita meneruskan bacaan artikel ini, marilah kita ambil masa 10 saat untuk ketawakan Liverpool.
HAHAHA. Via Giphy

Walaupun kami takdelah minat sangat dengan kelab Liverpool ni, tapi sebenarnya diorang patut dipuji sebab begitu sabar menanti piala yang sepertinya takde mood nak ke Liverpool. Sebagai menghargai penyokong Liverpool yang maha penyabar, kami nak bawakan cerita yang betul-betul menginspirasikan. Kisah tentang kapten Liverpool dan ayahnya. Macam nak nangis weh kami baca.

Ayahnya sanggup merahsiakan keadaan kesihatan, supaya Henderson boleh fokus main bola

Selain daripada kisah Liverpool yang berjaya menjulang trofi UCL, ramai yang tersentuh apabila kapten Liverpool, Henderson pergi ke arah ayahnya. Dia memeluk ayahnya dengan erat, dan menitiskan air mata. Satu suasana yang akan menghadirkan air mata bagi sesiapa je yang melihatnya, dengan syarat dia ada hati dan perasaan ler.

Sebenarnya, ayah kepada Henderson, Wearsider Brian didiagnosis dengan kanser tekak lima tahun yang lalu – tetapi dia tak beritahu anaknya pada peringkat awal sebab takut nanti Henderson berhenti main bola. Bekas anggota polis tu boleh bersyukur sebab masalah kanser dah berlalu, dan Henderson berjaya mengetuai pasukan Liverpool untuk merealisasikan moto – this year, is our year.

Bercakap kepada Mail tahun lalu, Henderson kata:

“Apa yang dilakukan ayah saya membuat saya lebih berani. Dia meletakkan perkara-perkara ke dalam perspektif dengan pantas, saya katakan bahawa bola sepak adalah segalanya bagi saya tetapi apabila perkara seperti itu berlaku, anda menyedari terdapat perkara penting lain di luar bola sepak. Saya tidak pernah berhadapan dengan masalah seperti itu sebelum ini.

Sedih bak hang. Via The Sun

Ayahnya seorang yang sangat hebat dan dia tidak mahu Henderson melihatnya mendapatkan rawatan. Sebab nanti akan ganggu mood dan fikiran Henderson. Satu-satunya perkara yang boleh Henderson ni lakukan adalah bermain dengan baik setiap hujung minggu kerana ayahnya akan menonton. So far so good, tak pernah lagi tengok di tergelincir. Opss.

Henderson pernah berjanji nak main Final UCL seawal umur 10 tahun

Brian juga mendedahkan bahawa Henderson membuat janji istimewa pada Final UCL 2003 di antara AC Milan dan Juventus – kini dia telah memenuhinya. Menurut ayahnya;

“Ketika dia berumur sepuluh tahun, saya membawanya ke final Liga Juara-Juara di Manchester United dan dia berkata kepada kami, ketika mereka keluar ke pertandingan Liga Champions, dia berkata, ‘Ayah saya akan bermain di sana satu hari. Saya fikir jika dia tidak memenangi trofi hari ini dia akan mempunyai musim panas yang tidak memuaskan, tetapi kini dia akan mempunyai musim panas yang hebat bersama anak-anaknya.”

Semalam, kapten Liverpool tu dengan pantas pergi mengucapkan terima kasih kepada orang yang paling disayangi dan untuk semua dokongan mereka selama bertahun-tahun, mendedikasikan pingat itu kepada bapanya. Bagus jugak budak Henderson ni, dia tak lupa siapa yang telah banyak berkorban untuk dirinya. Henderson kata:

“Seperti tak dapat dipercayai, saya rasa impian menjadi kenyataan, dia membawa kami ke Old Trafford untuk perlawanan akhir Liga Juara-Juara dan saya katakan kepadanya bahawa saya mahu bermain dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada suatu hari nanti,” – Henderson, seperti yang dilaporkan oleh The Sun

Apa yang kita boleh belajar dari mamat Henderson ni…

Walaupun kami tak terlalu minat dengan team yang selalu cakap pasal sejarah ni, banyak benda yang kita boleh belajar dari Henderson. Pertama sekali, dia ada azam yang kuat sejak kecil lagi. Kemudian, bukan setakat azam je, macam orang kita suka berazam tapi tak buat apa-apa – Henderson kerja keras untuk jadi yang terbaik.

Lepas tu, pengorbanan ayah dia pun gempak gila. Ayahnya sanggup rahsiakan masalah kesihatan dia, supaya Henderson boleh fokus main bola. Ayah memang selalu macam tu, dia sembunyikan penat lelah dan sakit dia untuk bahagiakan anak. Raya ni, pergilah salam dan ucap terima kasih pada ayah dan ibu yang banyak lakukan pengorbanan.

 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top