Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
Sdsdss
BeritaIsu SemasaPolitik

Rupanya Sultan Mizan pernah murka dengan isu melibatkan Najib…

By Subeditor
September 25, 2019 4 Min Read
Comments Off on Rupanya Sultan Mizan pernah murka dengan isu melibatkan Najib…

Selaku rakyat biasa, mesti kita pernah tertanya-tanya; agaknya pernah tak Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) marah atau gaduh dengan Perdana Menteri? Kami takdelah suka kalau dua individu terpenting negara ni bergaduh, kalau boleh kami nak diorang bersama dan sehaluan, untuk kebaikan negara gitu. Cuma, semalam kami ada terbaca laporan MalaysiaKini tentang YDPA yang murka dengan isu berkaitan Perdana Menteri sebelum ni, Najib Razak.

Menarik jugak artikel ni, untuk orang yang tak berapa nak ambil tahu politik macam kami; barulah kami tahu dari mana sebenarnya asal-usul syarikat 1MDB yang kami selalu dengar…

Pegawai Eksekutif TIA dipanggil, Sultan minta tandatangan resolusi dalam keadaan murka…

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari semalam dimaklumkan bahawa kerajaan negeri Terengganu benarkan kerajaan persekutuan ambil alih Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) dan jenamakannya sebagai 1MDB kurang empat bulan selepas syarikat tu ditubuhkan.

Kalau ikut kata Ketua Pegawai Eksekutif TIA, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, syarikat tu diperbadankan pada bulan Mac 2009, tapi masalah dengan pihak istana menyaksikan pemindahan pemilikan daripada Menteri Besar Terengganu Diperbadankan kepada Menteri Kewangan (Diperbadankan) pada Julai tahun tu.

Shahrol Azral Ibrahim Halmi. Via MalaysiaKini

Masalah bermula pada 22 Mei 2009 apabila lembaga TIA keluarkan resolusi pekeliling pengarah yang nyatakan terbitan bon bernilai RM5 bilion oleh syarikat itu akan digantung. Lembaga pengarah juga keluarkan arahan supaya Shahrol dan semua pengarah lain dihalang daripada mengendalikan penerbitan bon tu.

Pada petang hari kemudiannya, Shahrol kata dia dan pengarah TIA Ismee Ismail diarahkan oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin supaya menghadap baginda di Istana Terengganu di Kuala Lumpur. Sultan Mizan yang murka kemudian bertitah; “Tandatangan resolusi ini, kamu boleh membacanya jika mahu”.

Sultan Mizan. Via The Edge Market

Dokumen tu ditulis oleh Tengku Rahimad Puteri Sultan Mahmud, adinda sultan Terengganu, yang merupakan pengarah TIA dan tokoh korporat yang terkenal. Dokumen ni memuatkan resolusi pengarah TIA yang mengarahkan Aminvestment Bank Bhd untuk menangguhkan penerbitan bon sehingga beberapa syarat dipenuhi.

“Saya terkejut kerana Jho Low beritahu saya bahawa Sultan Mizan tidak mempunyai sebarang bantahan dengan penerbitan bon. Ini kali pertama saya dengar dari Sultan Mizan bahawa Terengganu mempunyai syarat seperti itu kerana sebelum ini (saya di bawah tanggapan) Jho Low – penasihat dan fasilitator antara Sultan Mizan dan Najib Razak – tidak pernah memberitahu saya tentang syarat-syarat itu,” – Shahrol Azral Ibrahim Halmi, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Kami boleh kata mamat ni antara orang yang paling wanted kat Malaysia. Via Straitstimes

Ismee dan Sharol terus menandatangani resolusi tu dan diarah meninggalkan istana. Diorang tak diberi peluang untuk jelaskan bahawa terbitan bon sudah dilaksanakan.

Ambank tulis surat pada Tengku Rahimah kata bon tak boleh digantung, terus Tengku Rahimah letak jawatan…

Shahrol jugak beritahu mahkamah bahawa Sultan Mizan menggunakan istilah “unsavoury character” atau watak kelakuan buruk semasa pertemuan ringkas diorang tapi dia tak pasti siapa yang dirujuk oleh baginda. Petang tu, Shahrol diarahkan untuk memberi taklimat kepada Jho Low dan Najib, yang adalah perdana menteri masa tu.

Dia ditanya oleh Najib mengapa Sultan Mizan murka dan Sharol jawab dia tak tahu. Najib bertanya sama ada Shahrol ada salinan resolusi pengarah, Sharol jawab takde.

Via Gifsec

Lepas tu, Ambank ada menulis pada Tengku Rahimah untuk maklumkan TIA bahawa terbitan bon tak boleh digantung kerana ia akan jejaskan pasaran bon. Pada hari yang sama, Tengku Rahimah letak jawatan sebagai pengarah TIA. Pada bulan Jun, pemilikan TIA telah dipindahkan dengan segera kepada Kementerian Kewangan dan pada 19 Julai, syarikat tersebut dikenali sebagai “1Malaysia Development Bhd” atau 1MDB

Bernama pulak ada laporkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa DYMM Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin murka dengan isu pinjaman bon Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) yang dipohon Terengganu Investment Authority Berhad (TIA) berjumlah RM5 billion.

Nampaknya 1MDB bukan setakat salah satu faktor BN kalah, tapi buat Sultan murka sekali

Sebenarnya ramai je setuju kalau kami kata isu 1MDB merupakan salah satu faktor Barisan Nasional kalah dalam PRU yang lepas. Sebabnya ramai orang menyampah apabila pimpinan utama negara dikaitkan dengan skandal yang terbesar dalam sejarah. Kes ni pun tengah dalam perbicaraan; dan kami tak nak jadi hakim.

Via Sarawak Report

Cuma apabila seseorang yang jadi pemimpin utama negara terpalit dengan kes-kes macam ni, secara sendirinya keyakinan orang akan menurun. Harapnya kerajaan yang ada pada hari ni tak akan terpalit dengan skandal-skandal yang akan bangkitkan kemarahan rakyat.

Artikel ini diambil dan disunting dari laporan MalaysiaKini yang bertajuk ‘Sultan Mizan murka, TIA dijenamakan sebagai 1MDB‘.

Author

Subeditor

Follow Me
Other Articles
Lawak
Previous

Piagam Muafakat Nasional, moga bukan untuk lindungi pemimpin korup

Rpk 1
Next

Raja Petra Kamarudin persoalkan ORANGKATA, sah dia salah faham…

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme