Selepas tolak pembinaan pawagam, KELANTAN nak perluas bandar selamat

Selepas tolak pembinaan pawagam, KELANTAN nak perluas bandar selamat

Baru-baru ni kecoh kes Kelantan tetap berkeras untuk pastikan takde satu pun panggung wayang yang akan wujud di Kelantan, lebih-lebih lagi jika PAS masih diberikan mandat oleh rakyat. PAS sedar yang amanat dari rakyat adalah sesuatu yang akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat kelak. Sudah tentu kerajaan PAS tidak mahu dilaknat oleh tuhan kerana membenarkan panggung wayang yang berpotensi menjadi sarang maksiat dibina.

Next time yer. Via Twitter

Sebelum ini, pernah ada cerita yang mengatakan panggung wayang akan dibuka di Kelantan. Akhirnya, kerajaan Kelantan yang bijaksana mengambil menggunakan taktik syarat yang ketat sehingga takde satu pun syarikat panggung wayang yang berani menyahut syarat-syarat itu. Sehingga kini, kerajaan Kelantan bebas panggung wayang. Sesuatu yang boleh dibanggakan dan diceritakan pada generasi kita pada masa hadapan.

Selain daripada panggung wayang, sebenarnya ada satu lagi benda yang kerajaan Kelantan laksanakan untuk pastikan kemakmuran rakyat, iaitu polisi Bandar Selamat.

Apa sebenarnya bandar selamat ni? Kelantan tak selamat ke…

Ini adalah definisi bandar selamat yang ORANGKATA ambil dari website Jabatan Perancanga Bandar dan Desa Kelantan;

Bandar selamat bebas dari semua ancaman fizikal, sosial dan mental. Persekitarannya sentiasa dalam keadaan paling terpelihara. Tidak menimbulkan suasana yang boleh menggalakkan kejadian mengganggu gugat kesejahteraan setempat. Penghuni sentiasa berada dalam keadaan yang paling selamat, sejahtera, sihat dan ceria.

Bandar Hijau pun ada. Via MaafSebut

Sebenarnya benda ni dah ada sejak tahun 2004 lagi, masa tu Jemaah Menteri pada 28 Januari 2004 putuskan supaya diwujudkan bandar dan pekan selamat misalnya mengelakkan lorong-lorong daripada sunyi, gelap dan lain-lain pembaikan sebagai langkah untuk mencegah jenayah.

Ada empat objektif utama untuk pastikan kejayaan bandar selamat ni…

Setiap benda yang nak dibuat, mestilah akan ada objektifkan? Untuk bandar selamat ni, mereka sasarkan empat objekti utama iaitu;

1. Bandar yang bebas dari keganasan (violence) merosakkan harta bendadan nyawa seperti  gejala ragut, pecah rumah, kecurian dan sebagainya.

2. Bandar yang bebas dari kemusnahan dan malapetaka ekoran bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh.

3. Bandar yang bebas dari kemerosotan sosial dan moral (social and moral decay) seperti penagihan dadah, kecurian, jenayah kolar putih, rasuah, salah guna kuasa, hilang integriti dan sebagainya.

4. Bandar yang bebas dari kemalangan dalam dan luar bangunan seperti   kemalangan jalan raya, jatuh dari bangunan, kebakaran dan sebagainya. 

Pastikan anda sentiasa selamat okay? Via GifSoup

Diorang tetapkan lima langkah untuk pastikan bandar yang selamat akan dicapai

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengarahkan semua Pihak Berkuasa Tempatan untuk melaksanakan 5 langkah segera daripada 23 langkah pencegahan jenayah seperti berikut :

1.     Pengasingan Laluan Pejalan Kaki dengan Jalan Bermotor, kerajaan tempatan kena mengenalpasti beberapa kawasan tumpuan awam seperti stesen bas dan rel disediakan bagi mengasingkan pejalan kaki dari laluan motor.

2.     Penyediaan Bollard atau Pagar, bab ni – kerajaan tempatan kena sediakan bollard atau pagar di tempat-tempat tertentu bagi mengasingkan laluan pejalan kaki dengan laluan motosikal.

Mana laluan aku? Via Tenor

3.     Mencuci/Mengemas Kawasan-Kawasan Semak dan Terlindung, kena tingkatkan pembersihan kawasan-kawasan kotor dan grafiti khususnya, di tempat-tempat awam seperti di sekitar laluan stesen bas, rel dan lorong-lorong tepi dan belakang premis perniagaan utama.

4.     Laluan Awam Tidak Terlindung Atau Terhalang Dari Pandangan Awam, dan jejantas tak dipenuhi dengan papan-papan iklan yang boleh melindung laluan dari pandangan awam.

5.     Mencahayakan/Menerangkan Kawasan-Kawasan Gelap Yang Menjadi Sasaran Atau  Tumpuan Penjenayah, memasang lampu di laluan jejantas, letak kereta, terowong dan sebagainya bagi memudahkan pengawasan. Semua premis perniagaan perlu memasang lampu di laluan kaki lima supaya mudah untuk diawasi dan tidak menjadi tempat sasaran bagi peragut.

Walaupun Kelantan tolak panggung wayang, nampaknya kempen bandar selamat ni patut dipuji

Baru-baru ni Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan, Dr Izani Husin kata akan perluaskan lagi benda bandar selamat ni. Baguslah. Dah tentu rakyat mahu negeri yang mereka duduki selamatkan? Lagipun, nak buat apa dengan panggung wayang? Nanti ramai buat maksiat kat dalam tu, kan?

CUMA, bandar selamat bukan ada kat KELANTAN je ye…hampir setiap negeri akan ada. Saja kami nak beritahu.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top