Teringin nak nikah secara ONLINE tapi tak tahu macam mana? Kami ajar caranya.

F1

Sejak operasi PKP mula dilangsungkan, kehidupan sosial rakyat secara amnya banyak terganggu. Ramai dengan berat hatinya terpaksa batalkan percutian mereka, hinggalah terpaksa membatalkan majlis pernikahan dan majlis perkahwinan mereka sendiri.

Tapi macam orang katalah, benda baik tak sepatutnya diperlambatkan.. betul tak? Haa… tu sebablah cadangan nikah  dalam talian ni pun antara menjadi salah satu perkara yang difikirkan harus diringankan untuk mudahkan mereka yang nak bernikah dulu.

Rukun Nikah 1
Via AF Kanopi

Tak digalakkan buat majlis akad nikah macam dulu, meriah dan besar-besaran…

Sebelum cadangan nikah online ni dibincangkan, kita sempat melihat acara pernikahan secara bersemuka di depan pintu pagar je.

Jamaluddin Ahmad yang merupakan imam Masjid ‘Ibadur Rahman Permatang Berangan, Sungai Petani dan Penolong Pendaftar Perkahwinan tegaskan beberapa syarat sempena awal perlaksanaan PKP 1 dahulu.

“Memandangkan masjid tidak boleh digunakan ketika ini, jadi majlis pernikahan perlu dilakukan di rumah dan saya tidak mahu ia diadakan di rumah pengantin kerana sukar mengawal jumlah tetamu. Jadi, pasangan perlu datang ke rumah saya dan saya juga mengehadkan jumlah kehadiran iaitu tidak lebih daripada 12 orang termasuk saya dan saksi perkahwinan,”- Jamaluddin Ahmad, seperti yang dilaporkan Harian Metro pada 21 Mac 2020

Dalam beberapa majlis perkahwinan yang dia kendalikan, antara syarat lain yang dikenakan adalah setiap tetamu itu berada dalam jarak satu meter sesuai penjarakan selamat yang ditetapkan, manakala masa untuk akad tidak melebihi 10 minit.

Manakala untuk Perak pula, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) benarkan majlis akad nikah secara bersemuka sepanjang PKP. Tapi bukan kat depan pagar; sebaliknya hanya kat premis Pejabat Agama Islam Daerah dan tidak dibenarkan di premis persendirian, masjid atau tempat-tempat awam.

“Tiada sebarang upacara lain seperti membatalkan air sembahyang, sarung cincin, bergambar dan lain-lain serta memakai penutup muka serta menyediakan pembersih tangan untuk mereka yang terlibat,”- Shahrul Azam Shaari, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) seperti yang dilaporkan Awani pada 16 April 2020

Nikah
Via Berita Harian

Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah di Perak jugak hanya boleh memberi kebenaran sebanyak tiga sesi sehari iaitu 9.30 – 10 pagi, 11.30 – 12 tengah hari dan 2.30 – 3 petang. Dokumen dan sijil nikah pulak hanya akan disempurnakan lepas tamatnya tempoh PKP.

Antara yang dibincangkan adalah isu nikah dalam talian, bukan Malaysia je yang buat

Namun begitu, sekatan pergerakan yang lebih ketat sudah tentu sukarkan pengendalian majlis tersebut untuk dicontohi kat tempat lain pulak. Jadi agak logiklah jugak bila idea pernikahan dalam talian ni dibangkitkan, khususnya lepas khabar UAE pun dah mulai laksanakan majlis pernikahan dalam talian jugak.

Nikah Online
Via Donna

Pernikahan dalam talian (online) antara isu utama dibincang dalam mesyuarat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 14 April lalu.

Kemudian pada 18 April lalu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dah laksanakan Majlis Akad Nikah sepasang pengantin secara dalam talian yang pertama di Malaysia. Ia membabitkan sepasang pengantin yang dah disempurnakan majlis akad nikahnya dengan sekali lafaz.

Nikah Onl1ne
Via Al Hijrah

Majlis diadakan di rumah pengantin perempuan di Bandar Baru Wangsa Maju, Setapak, manakala pengantin lelaki pula berada di Setiawangsa pada jam 10.10 pagi hari tersebut. Kami jangka majlis akad nikah ni biasanya tak ambil masa lama sangat, yang penting lancar dan cukup syarat.

Tahniah kami ucapkan buat pasangan pengantin tersebut, dahlah jadi pasangan pertama di Malaysia yang nikah dalam talian…

Nikah online memang sah je, yang penting rukun dan syarat tu cukup dan dipenuhi

Banyak jugak orang tertanya-tanya apa hukum akad nikah online ni. Kami rasa paling mudahnya, kalau dah diusulkan, dibincangkan dan diluluskan dah oleh pihak penguatkuasa agama, maka ia mestilah dah dipertimbangkan pro dan kontranya.

Berikut adalah apa yang kami dapat hasil dari perkongsian penjelasan oleh Tuan Sheikh Ahmad Faisol bin Hj Omar, menerusi sebuah hantaran video yang disiarkan oleh Masjid Sharifah Fatimah.

Kata Tuan Sheikh ni, akad nikah dalam talian ni sah je. Yang penting kenalah lulus rukun dan syarat utama serta syarat tambahannya. Akad nikah online merupakan cara terkini, dan dirasakan perlu memandangkan situasi ‘peperangan’ kita dengan wabak sekarang tak mengizinkan nak buat majlis secara bersemuka.

Selain dari perlunya ada 2 pihak iaitu pihak wali dan pihak pengantin lelaki; mereka perlulah berada di tempat yang berasingan. Contohnya, wali tu ada di Kedah manakala pengantin lelaki tu pulak ada di Selangor. Ertinya, wujud jarak yang memisahkan antara dua pihak tersebut dimana ada kekangan korang nak berjumpa iaitu risiko mudarat kebolehjangkitan COVID-19 pada orang lain.

Akad Nikah Online
Via Harian Metro

Bila nak lafaz ijab dan kabul tu, kedua-dua pihak mesti jelas dengan pertuturan sebelah pihak tersebut. Kalau wali tengah lafaz ijab, tapi tak didengari pihak lelaki; tak sah jugak walaupun pihak lelaki jawab. Lafaz kabul pun kena didengari oleh pihak wali.

Bagi saksi pula, mereka kena dengar dan disyorkan untuk melihat sendiri proses akad nikah tersebut. Ertinya, kalau boleh… saksi tersebut ada di tempat wali lepaskan ijab. Sebaik je wali lafaz ijab, pihak lelaki kenalah segerakan lafaz kabul. Jika ada gangguan, tak dikira sah.

Rukun Nikah
Via Putera Islam

Walaupun begitu, ni hanya satu cara nak beri keringanan pada umat Islam je. Dalam keadaan biasa, kaedah ni tak digalakkan dan terus laksanakan je majlis akad nikah seperti biasa.

Ketika artikel ni ditulis, hanya beberapa negeri je yang membuka sistem permohonan kebenaran berkahwin online seperti Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan. Tapi kami percaya, kemudahan ini akan terus diperluaskan bagi merangkumi negeri-negeri lain di dalam masa yang terdekat.

Sebaiknya korang selidiki dahulu proses akad nikah kat negeri korang ye, jangan hentam je semata-mata nak jimat duit takyah bazir belanja majlis. Korang boleh klik pautan untuk permohonan baharu kat sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *