Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan dah diumumkan, kadar kemalangan masih tinggi

F1

Di sebalik jalan lengang dan kenderaan yang semakin kurang di seluruh negara kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak lebih sebulan lalu, ramai telah maut akibat nahas jalan raya sewaktu PKP Fasa Pertama dan Fasa Kedua.

Bukan yang macam ni ye, yang dimaksudkan adalah pelanggaran kereta yang selalu berlaku di jalan raya. Via Giphy

Ketika kita tabah lalui ‘partial lockdown’ duduk di rumah dan tak boleh ‘ke sana’ ‘ke sini’ tanpa alasan munasabah, laporan dari polis menyebut bahawa 145 orang gugur di jalan raya dengan 10,382 kes perlanggaran dicatatkan dari 18 Mac hingga 14 April dan ini adalah lebih tinggi dari kematian akibat coronavirus untuk tempoh yang sama iaitu 82 kematian dengan 4,987 kes positif.

Ramai yang tak kenal JKJR ni, diorang ditubuhkan untuk beri kesedaran di jalan raya

Namun tidak ramai tahu, kerajaan telah putuskan untuk bubar Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) pada bulan depan. Tanpa disedari, langkah tutup kedai dan ‘turun pangkat’ peranan JKJR sedang berlaku di mana Jabatan itu akan diserapkan di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam dua minggu lagi.

Ditubuhkan sejak 2004, JKJR kini hadapi tindakan luar dugaan yang mungkin dilihat sebagai transformasi untuk ubah imej JKJR di mata rakyat yang seolah-olah nampak macam kerja JKJR hanya edar risalah, bagi percuma ‘helmet’ keselamatan dan lekat ‘sticker’ di motosikal dan kenderaan lain ketika kempen jalan raya selamat terutama semasa nak balik kampung Hari Raya atau Tahun Baru Lunar.

F11
Contoh poster diorang. Via Giphy

Mempertahankan peranan dan jasa JKJR dalam tangani persepsi masyarakat, seorang pengarah JKJR negeri berkata: “Orang tak tahu kita orang dah buat banyak benda untuk usaha advokasi selamatkan nyawa di jalan raya dengan kekangan ‘budget’ sejak sekian lama,”

“Orang ramai tak nampak yang kami selalu turun padang di sekolah, selalu masuk daerah, kampung dan taman perumahan dekati masyarakat, pujuk remaja dan murid sekolah agar tak merempit dan selalu kami jugak lah yang kena layan aduan orang ramai kalau jalan raya rosak atau tidak selamat walaupun itu bukan bidang kuasa kami,” – Kata beliau, menurut sumber ORANGKATA

“Dengan kekuatan staf di antara 10 hingga 12 orang di peringkat negeri, kami cekal dan tidak putus asa buat macam-macam perkara nak ingatkan pengguna jalan raya supaya berhemah dan bawak kenderaan dengan cermat,” tambahnya lagi.

Tengok gaya ini seperti dirancang Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk jimatkan kos

Menurut seorang bekas staf, JKJR dah banyak lakukan pelbagai advokasi akar umbi antaranya melalui Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) di sekolah rendah dan menengah yang sudah giat berjalan sejak lapan tahun lalu.

“Tapi tu lah dia kan, orang tak tahu apa kumpulan kecil kakitangan JKJR dah banyak usaha dan buat dan agaknya orang-orang atasan di Putrajaya hanya nampak Ketua Pengarah JKJR yang kerap bertukar ganti tunggu nak pencen,” – Kata beliau, menurut sumber ORANGKATA

Dari beberapa kakitangan ibu pejabat JKJR, desas-desus transformasi struktur dan JKJR akan rebah telah mula hangat diperkatakan di WhatsApp sejak awal bulan lalu. Namun menurut seorang lagi pengarah JKJR negeri, sejak mula PKP tiada sebarang surat rasmi atau email mahu pun memo diedarkan kepada keseluruhan warga JKJR yang berjumlah sekitar 160 orang seluruh negara.

Mereka yang terjejas dengan pengumuman ni dah tentu akan rasa risau. Via Giphy

“Sejak ‘lockdown’ dah mula, belum lagi kami dipanggil untuk ‘conference call’ atau ‘online meeting’ atau diajak berbincang dengan pengurusan perihal masa depan JKJR. Malah selama ini, tak pernah terfikir kami akan terima nasib sama macam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD),” ujarnya.

Pabila ditanya jika bubar JKJR adalah mungkin dicorak oleh Menteri Pengangkutan Dato’ Seri Dr Wee Ka Siong, pengarah JKJR negeri tersebut membalas: “Kami yakin ini bukan datang dari Yang Berhormat Menteri.”

“Tengok gaya ini seperti dirancang Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kerana kalau kita lihat JPA pun telah diarah kerajaan dari dulu untuk lihat mana satukah agensi yang boleh dikecilkan atau digugurkan atas alasan nak jimat kos kerajaan.”

Artikel ini merupakan kiriman pembaca dan tidak semestinya mewakili pendirian ORANGKATA. Nama pengirim dan sumber dirahsiakan untuk tujuan keselamatan.

Anda mempunyai cerita yang menarik? Hantarkan ke [email protected] 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *