Tertanya-tanya isu Harimau Menangis ibu Neelofa? Ini cerita sebenarnya

F1

Semalam kita dihidangkan dengan cerita ibu kepada Neelofa yang ingin mempatenkan cap dagangan Harimau Menangis menerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Bagi mereka yang tak tahu, ‘harimau menangis’ ni sebenarnya ialah bahagian daging lembu yang dipanggil batang pinang atau dalam bahasa Inggeris, tenderloin lah. Bahagian daging ni lah yang paling lembut dan paling sedap tapi susah nak dicapai oleh mulut harimau disebabkan oleh kedudukannya dicelah tulang belakang lembu. Jadi menangislah harimau tu sebab tak dapat nak makan bahagian ni.

728 X 90

Istilah ‘harimau menangis’ ni amat popular dan ingin menjadikan istilah tu sebagai ‘hak’ individu tertentu sudah tentu akan menimbulkan kecaman ramai. Lagi-lagi kalau orang nak dapatkan hak tu merupakan orang yang popular. 

Noor Khan Enterprise bercadang mempatenkan cap dagangan jenama Harimau Menangis

Benda ni jadi hangat apabila sekeping gambar pendaftaran logo atau cap dagangan (trademark) Daging Harimau Menangis tular di media sosial. Foto ini dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter @pakeri_ itu memaparkan permohonan mempatenkan cap dagangan jenama Harimau Menangis yang diusahakan Noor Khan Enterprise milik Noor Kartini Noor Mohamed.

Selepas tu, sebuah rakaman video yang dimuat naik dalam InstaStory Noor Kartini turut mendapat perhatian orang ramai.

Dalam video tu, Noor Kartini beritahu pihaknya dah mendaftar untuk mempatenkan trademark Harimau Menangis. Hal ni dapat reaksi negatif daripada netizen yang menyifatkan nama dan logo tersebut dah lama digunakan oleh ramai pihak dan tak seharusnya dipatenkan. Disebabkan isu ini, ada segelintir netizen yang usulkan mahu menghantar dan mengisi borang bantahan dalam laman web MyIPO terhadap tindakan tersebut.

Menurut MyIPO dalam laman webnya, cap dagangan bermaksud apa-apa tanda yang boleh dinyatakan secara grafik yang boleh membezakan barang-barang atau perkhidmatan satu perusahaan daripada perusahaan-perusahaan yang lain.

Bagi mereka yang tak tahu apa benda tu paten, mari kami jelaskan secara ringkas

Bagi mereka yang mungkin tengah terpinga-pinga dengan maksud paten, ia adalah satu hak eksklusif yang dianugerahkan untuk suatu rekacipta, sama ada ia adalah satu produk atau satu proses untuk melakukan sesuatu yang baru atau penyelesaian teknikal ke atas sesuatu masalah. Ada beberapa rekacipta yang boleh dipatenkan, kalau-kalau korang teringin nak mohon paten. Antaranya ialah;

  • Baru, iaitu rekacipta itu masih belum dizahirkan kepada orang awam di mana-mana di dunia;
  • Melibatkan langkah merekacipta yang mana rekacipta itu tidak ketara kepada seseorang yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi tersebut; dan
  • Dapat digunakan dalam mana-mana industri.
1
Via Pinterest

Apabila ada benda yang boleh didaftarkan, sudah tentu ada benda yang tak boleh didaftarkan. Korang tak boleh daftarkan sekiranya;

  • Penemuan, teori-teori saintifik dan kaedah-kaedah matematik;
  • Varieti tumbuhan atau binatang atau proses yang ada pada dasarnya adalah proses biologi bagi pengeluaran tumbuhan atau binatang, selain daripada mikro organisma hidup buatan manusia, proses mikrobiologi dan keluaran-keluaran proses mikro-organisma itu;
  • Skim, aturan atau kaedah bagi menjalankan perniagaan, melakukan perbuatan-perbuatan mental semata-mata atau bermain apa-apa permainan;
  • Kaedah-kaedah merawat tubuh manusia atau binatang melalui pembedahan atau terapi, dan kaedah-kaedah diagnosis yang dilakukan kepada tubuh manusia atau binatang.

Perlindungan paten adalah ini akan berlangsung selama 20 tahun dari tarikh pemfailan. Sesiapa sahaja boleh mengemukakan permohonan paten ataupun perbaharuan utiliti sama ada secara individu atau secara pemunyaan bersama dengan orang lain. Perkataan “orang” ni tak terhad kepada individu perseorangan dan ini termasuklah, contohnya syarikat.

MyIPO mintak ibu Neelofa dimintak bawak bertenang, permohonan masih dalam proses

Setelah benda ni tular, MyIPO berikan respons. Dalam respons itu, ibu Neelofa diminta tak mendahului Perbadanan Harta Intelek (MyIPO) dalam mendakwa jenama Harimau Menangis telah didaftar sebagai cap dagangan selain jadi hak ekslusifnya.

1
Via MyKMU

Ketua Pengarah MyIPO, Datuk Mohd. Roslan Mahayudin berkata, MyIPO menerima permohonan daripada Noor Kartini untuk daftarkan jenama Harimau Menangis baru diterima oleh MyIPO pada bulan November tahun lalu, dan ia masih lagi dalam peringkat pemeriksaan.

“Sehubungan itu, jenama Harimau Menangis yang dipohon oleh beliau belum lagi diluluskan dan belum menjadi hak eksklusif beliau. Permohonan beliau sama ada diluluskan ataupun tidak, bergantung kepada hasil pemeriksaan dan pertimbangan oleh MyIPO,” – Seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Via Giphy

Katanya, MyIPO akan memproses permohonan beliau sepertimana biasa di mana sebarang keputusan yang dibuat adalah berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada. Dia menambah, cap dagangan bererti apa-apa tanda yang boleh dinyatakan secara grafik yang boleh membezakan barang-barang atau perkhidmatan satu perusahaan daripada perusahaan-perusahaan yang lain.

Kemudian ibu Neelofa berikan penjelasan tentang apa yang berlaku

Syarikat milik ibu Neelofa semalam tampil berikan penjelasan berhubung isu permohonan cap dagangan Harimau Menangis keluaran Aunty Tini Kitchen melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Syarikat tu memaklumkan permohonan tu dilakukan bagi melindungi penggayaan, susun atur grafik, kod warna dan tulisan perkataan ‘Harimau Menangis’ pada bungkusan produknya.

“Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan sebarang produk tiruan dalam pasaran yang boleh menyebabkan masalah kepada pihak kami dan pengguna di luar sana. Pihak kami tidak pernah menghalang mana-mana pihak untuk menjual produk yang sama selagi ia tidak menyerupai pembungkusan produk pihak yang kami pasarkan. Selain itu, pihak kami sentiasa mengamalkan polisi persaingan perniagaan yang sihat,” – Kenyataan rasmi Noor Khan Enterprise, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Korang jangan risau, kami tak MyIPO akan luluskan permohonan dari syarikat ni jika ia difikirkan mampu untuk menjejaskan peniaga-peniaga lain. Seperti yang dijelaskan oleh ibu Neelofa ni, ia hanya untuk cap dagangan (bungkusan dan logo) syarikat tu je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *