Darurat kesihatan atau darurat terus berkuasa? PH persoalkan Perdana Menteri

F1

Semalam Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan di seluruh negara. Tempoh pelaksanaan darurat ini akan berlangsung sehingga 1 Ogos, 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan. Pengumuman daripada kerajaan ini menyebabkan ramai rakyat terkejut dan tertanya-tanya apa sebenarnya yang sedang berlaku.

728 X 90

Ada tiga sebab yang boleh digunakan untuk umumkan darurat oleh Agong

Bagi mereka yang masih tertanya-tanya tentang maksud darurat, ia bermaksud suatu keadaan berkaitan keselamatan, ekonomi dan ketenteraman awam yang tak dapat dikawal melalui sistem pentadbiran biasa. Pengisytiharan darurat ni merupakan pemasyhuran yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong melalui suatu pewartaan bahawa keadaan tersebut dah wujud atau hampir berlaku.

Kesan pengisytiharan darurat ialah Perlembagaan digantung dan pentadbiran negara ditentukan oleh pihak eksekutif. Tentera juga boleh mengambil alih teraju dalam hal berkaitan keselamatan sekiranya keadaan memerlukan, lebih-lebih lagi apabila darurat diisytiharkan kerana berlakunya ancaman kepada keselamatan negara.

Satu lagi poin penting yang kami nak beritahu, urusan pentadbiran negara akan dipegang oleh ketua entiti pentadbiran yang selalunya dipimpin perdana menteri. 

Via Giphy

Parlimen masih boleh bersidang sekiranya tak dibubarkan. Ketika proklamasi darurat berkuat kuasa, kuasa eksekutif Persekutuan adalah juga meliputi semua perkara dalam kuasa perundangan negeri dan memberi arahan kepada kerajaan negeri atau mana-mana pegawai atau pihak berkuasa negeri. (Perkara 150(4)). Daripada apa yang kita dengar dari pengumuman PM semalam, nampaknya Parlimen tak akan bersidang sepanjang darurat ini berlaku.

Tiga asas atau alasan boleh digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong bagi membuat pengisytiharan darurat, iaitu, ancaman ke atas;

i. Keselamatan negara; atau

ii. Kehidupan ekonomi; atau

iii. Ketenteraman awam

Berdasarkan apa yang dijelaskan oleh PM semalam, dikatakan darurat ini bertujuan untuk membendung pandemik Covid-19. Cuma ada orang yang melihat ia sebagai usaha untuk kekal berkuasa setelah kehilangan majoriti. Bagi mereka yang mungkin tak tahu lagi, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dah menarik sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) dan mengisytiharkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah hilang majoriti.

1
Nazri Aziz umum tak sokong kerajaan PN. Via FMT

Dia berkata, selepas Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tarik sokongan, kini PN cuma ada 109 sahaja. Dia urut menyatakan terdapat kemungkinan beberapa lagi ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) akan membuat pengumuman dalam waktu terdekat.

Majlis Presiden Pakatan Harapan percaya kita tak perlukan darurat untuk kawal Covid-19

Semalam Majlis Presiden Pakatan Harapan adakan mesyuarat pada untuk bincangkan isu perisytiharan darurat ni. Majlis Presiden PH ambik pendirian menolak rasional dan sebab yang diberikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan kuasa-kuasa darurat diperlukan untuk menyelamatkan Malaysia dari Covid-19.

Mereka berpendapat undang-undang sedia ada, termasuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dah diumumkan semalam sudah mencukupi untuk mengumpul segala sumber dan kekuatan bagi mengatasi wabak ini. Sebagai contoh, dalam isu mengambil alih hospital-hospital swasta untuk membantu dalam kes-kes COVID-19, hospital-hospital swasta ini memang bersedia membantu pihak kerajaan dan kuasa darurat tak diperlukan untuk mendapatkan kerjasama mereka.

Berkenaan isu pilihan raya pulak, Majlis Presiden melihat tindakan yang telah dilakukan sebelum ini, iaitu perisytiharan darurat bagi sesebuah bahagian Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dah memadai. Bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak pula, ia tak perlu dilakukan sehingga selewat-lewatnya penghujung Ogos 2021, manakala Pilihanraya Umum ke-15 pula hanya perlu diadakan menjelang 2023. Oleh sebab tu, alasan yang dikemukakan PM dikatakan tak masuk akal.

1
Kita kembali menghadap PKP. Via Berita Harian

PH turut melihat tindakan menggantung Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri pada ketika pihak eksekutif dan kehakiman masih boleh berfungsi seperti sedia kala menjejaskan proses semak imbang, merencat demokrasi negara dan menafikan suara rakyat.  Kuasa darurat ini bermakna memberi kuasa mutlak kepada Perdana Menteri untuk melakukan hampir apa sahaja.

Mereka turut timbulkan kerisauan bahawa perisytiharan darurat akan jejaskan usaha hidupkan semula ekonomi serta keyakinan pelabur, dan tak akan bantu atasi masalah pengangguran dan kehilangan pendapatan dalam kalangan rakyat.

Darurat akan membawa impak yang besar kepada rakyat biasa

Bagi UMNO yang tengah menjadi parti politik kerajaan pulak, mereka harapkan darurat yang berlaku semalam hanya akan digunakan untuk tujuan menangani Covid-19 semata-mata. Diorang harap ia tak digunakan untuk melanggar kebebasan dan hak asasi manusia. Bagi kami pulak, kami tak lihat keperluan untuk melakukan darurat ni, sebab kita dah laksanakan PKP di beberapa tempat yang ada kes yang tinggi.

Apa-apa pun, dengan semua pertikaian politik yang sedang berlaku hari ni, rakyatlah yang akan sengsara. Darurat bermaksud pelabur asing akan takut untuk melabur di negara kita – sekali gus menyebabkan pembukaan peluang-peluang pekerjaan yang baharu sukar nak berlaku. Mak Cik Kiah? Nampaknya dia sudah tidak kelihatan akan tidak mampu meneruskan kehidupan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *