Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
tommythomas2
Isu SemasaPolitik

Tommy Thomas didakwa terima rasuah lepaskan kes dadah anak Vincent Tan, ini ceritanya

By Farahani
February 22, 2022 4 Min Read
Comments Off on Tommy Thomas didakwa terima rasuah lepaskan kes dadah anak Vincent Tan, ini ceritanya

Sebelum ni, kita tak terbayang sekiranya wujud hubungan antara Tommy Thomas dan Vincent Tan ni. Sorang lagi bekas Peguam Negara, manakala yang sorang ni pulak hartawan Malaysia. Baru-baru ni, Edisi Siasat tampil mengaitkan kedua-dua nama ni dengan satu lagi ‘pendedahan’. Selepas kes Azam Baki dulu, kali ni Edisi Siasat dakwa Tommy Thomas dapat suapan rasuah untuk tutup kes anak Vincent Tan yang dituduh memiliki kesalahan dadah. Dakwaan ni mencetuskan respon dari Tommy Thomas sendiri, dan sorang lagi peguam.

Sejauh mana kebenaran dakwaan dan pendedahan ES? Benarkah Tommy Thomas ambil rasuah dari Vincent Tan untuk arahkan No Further Action (NFA) demi melindungi anaknya yang jadi petani ganja di kondominium rumahnya? Persoalan ni kami bangkitkan dan kupas kali ni.

tommythomas
Via The Borneo Post

Edisi Siasat dakwa Vincent Tan derma harta untuk tutup mulut ahli politik, tutup kes anaknya yang tanam ganja

Baru-baru ni, akaun Edisi Siasat dah kena gantung oleh Twitter. Kebetulan pulak, antara isu akhir yang didedahkan oleh akaun tersebut adalah mengenai kes Tommy Thomas dan anak Vincent Tan, Nevin Tan yang didapati menanam puluhan pokok ganja di rumahnya. Sama ada tu punca akaun Edisi Siasat digantung atau tak; kami nak kongsi dengan korang mengenai perkembangan isu ni. Menerusi pendedahan yang dibuat oleh Edisi Siasat dalam saluran Telegramnya, Nevin Tan dah ditangkap di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya kerana terlibat dalam satu kes dadah yang sangat besar kuantitinya.

Walau bagaimanapun, kes tu diarahkan untuk ditutup oleh Tommy Thomas dengan NFA. Dalam beberapa ciapan (yang ditangkap layar dan dimuat naik kembali ke dalam saluran Telegram), ES turut mendakwa Vincent Tan dah rasuah Tommy Thomas semasa Tommy jadi Peguam Negara untuk tutup kes ni. Tambah lagi, ES mendakwa Vincent Tan dah berikan derma berpuluh-puluh juta kepada semua parti dan semua ahli parlimen supaya takde yang berani suarakan kes dadah anaknya.

es tommy telegram
Via Telegram/ES

Kes dadah anak Vincent Tan ni turut dikatakan suatu ujian penting bagi Pengarah JSJ Narkotik PDRM baharu, Dato Ayob Khan. Dengan kaitan antara Vincent Tan dan rakan perniagaan ‘payung biru’ Johor, mampu ke Dato Ayob Khan buat kerjanya dengan penuh integriti lagi-lagi pelantikannya jugak dikatakan merupakan rekomendasi dari payung kuning Johor kepada PM.

Sementara tu, Tommy Thomas dah mula buka mulut dan menafikan dia pernah ada kaitan dengan Vincent Tan. Malah, selama ni dia kata dia tak pernah terima rasuah ataupun bayar rasuah.

“Sepanjang kerjaya profesional saya dan dalam kehidupan peribadi saya, saya tidak pernah membayar rasuah. Sepanjang saya berkhidmat sebagai pegawai awam, saya tidak pernah menerima rasuah.

Integriti, kejujuran dan kebenaran adalah nilai yang diterapkan dalam diri saya sebagai anak kecil, dan dipupuk di sekolah. Mereka telah melayani saya dengan baik semasa dewasa. Akhirnya, integriti, kejujuran dan kebenaran adalah nilai berharga bagi saya. Dakwaan bahawa saya telah disogok semasa saya mengambil keputusan ini oleh itu dinafikan sekeras-kerasnya,”- seperti yang dilaporkan Astro Awani
edisi siasat tsvincent
Via Telegram/ES

Tommy Thomas nafikan tutup kes, ada pihak gesa ia perlu disiasat

Jelasnya kepada pihak media, dia nafikan ada tutup kes pertuduhan dadah. Sebaliknya, dia hanya kurangkan dakwaan yang dikenakan terhadap anak Tan Sri Vincent Tan selepas pasukan peguam bela kemukakan representasi bertulis agar dipertimbangkan semula keputusan pertuduhan. Oleh demikian, dia kurangkan ler pertuduhan selepas meneliti representasi dan kertas siasatan, mengkaji peruntukan undang-undang berkaitan dan perbincangan dengan pegawai kes.

“Seingat saya dalam kes ini, tertuduh iaitu anak kepada ahli perniagaan terkenal Vincent Tan ditangkap atas kesalahan dadah dan didakwa.

Seperti biasa dalam hal jenayah, peguam yang mewakili tertuduh mengemukakan representasi bertulis kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mempertimbangkan semula keputusan pertuduhan. Surat ini dibawa ke perhatian saya, atas keputusan saya.
Menerima representasi daripada peguam dan tertuduh serta mengurangkan atau menggugurkan pertuduhan selepas itu adalah perkara biasa dalam AGC (Jabatan Peguam Negara),”- seperti yang dilaporkan Astro Awani

Susulan dakwaan tersebut, sorang peguam gesa Jabatan Peguam Negara tubuhkan jawatankuasa bebas untuk siasat dakwaan tersebut. Haniff Khatri Abdulla kata, pihak berkuasa khasnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kena siasat dakwaan tersebut dan lihat sama ada pemilik Twitter Edisi Siasat tu boleh diberikan perlindungan pemberi maklumat atau tak.
Jawatankuasa siasatan khas bebas perlu dibentuk Jabatan Peguam Negara kerana jabatan tu tak boleh siasat dirinya sendiri akibat konfik kepentingan. Ni berikutan perkara tu berlaku ketika Tommy Thomas jadi Peguam Negara. Jadi kalau betul-betul nak siasat, haruslah bukan dalam kalangan anggota Jabatan Peguam tu sendiri.  Sementara tu, Edisi Siasat (yang ditukar nama kepada Edisi Khas) kata pembongkaran yang dilakukannya buatkan Vincent Tan mengamuk tentang kes dadah anaknya yang dirahsiakan tu.
Takkan kerana anak orang kaya, senang je nak lepas dari tuduhan? Dalam ruang Telegramnya, ES berharap Pengarah JSJ Narkotik Dato Ayob Khan dah boleh keluarkan kenyataan mengenai kes tersebut dan jelaskan macam mana orang yang terlibat kes dadah yang begitu besar dapat terlepas daripada tuduhan di mahkamah. Banyak je kes dimana orang siap dihukum gantung sampai mati kerana tanam ganja di rumah diorang… tapi kenapa anak Vincent Tan tak dihukum seperti tu?
screensshot es vincenttan
Tangkap layar yang dimuatnaik ke dalam Telegram.. -Via Telegram ES
Dengan harapan yang sama, kami jugak nak pembongkaran demi pembongkaran, pendedahan demi pendedahan yang disebutkan ni untuk disiasat sebaik mungkin. Sistem yang menguntungkan golongan korup hanya akan memusnahkan negara dan potensi masa depan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia.
Author

Farahani

Follow Me
Other Articles
rusiaukraine2
Previous

Rusia dan Ukraine bakal berperang? Ini lima perkara yang korang patut tahu

polis1
Next

EAIC kata kartel polis tak wujud, dakwaan Hamid Bador gagal dibuktikan

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme