UMNO adakan mesyuarat kerja untuk halatuju parti, ini keputusan yang diambil

f1
UMNO adakan mesyuarat kerja untuk halatuju parti, ini keputusan yang diambil

Melihat suhu politik semasa, kami pasti pergerakan setiap parti politik yang ada di Malaysia akan menjadi perhatian rakyat. Lebih-lebih lagi, keadaan negara kita kelihatan semakin berada dalam keadaan yang cukup tenat – ramai orang hilang pekerjaan, pelaburan asing merosot, dan kes pandemik Covid-19 semakin meningkat. Semua ini tentunya akan menyebabkan kemarahan rakyat.

728 X 90

Setelah Perhimpunan Agung Umno 2020 (PAU 2020) selesai, ada banyak tanda tanya tentang ke mana parti ini akan bergerak. Mereka telah putuskan hubungan dengan Bersatu, tapi mereka tak jelaskan lagi mereka nak gabung dengan siapa, atau bergerak solo ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno dikatakan akan panas, beberapa hari selepas Shahidan diganti

Beberapa hari lepas, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan pertukaran jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Perlis. Keadaan ini dipercayai berlaku kerana sifat Shahidan yang dilihat lebih cenderung ke arah Bersatu.

kok
Via UMNO Online

“Adalah dimaklumkan bahawa jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis YB Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim digantikan kepada YAB Datuk Seri Azlan Man yang juga Menteri Besar Negeri Perlis. Pertukaran ini berkuatkuasa mulai hari ini. Dirakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada YB Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim atas khidmat sepanjang tempoh perkhidmatan beliau,” – Zahid, seperti yang dilaporkan UMNO Online

Ketika ditanya oleh media, Shahidan mengatakan keputusan tentang jawatan itu adalah hak presiden Umno, dan dia akur dengan keputusan yang telah dibuat.

“Saya nak maklumkan kepada semua kawan-kawan, bahawa hak melantik pengerusi perhubungan ini hak Presiden parti. Jadi, tiada masalah Presiden nak melantik sesiapa pun pada yang pada pertimbangan beliau untuk kebaikan memimpin Perlis nanti,” – Shahidan, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Cuma dia ada menegaskan sesiapa yang melanggar keputusan parti perlu diambil tindakan disiplin terutama yang menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam bahasa mudahnya, ini isyarat yang cuba dihantar kepada Zahid.

Untuk pengetahuan korang, semalam, pemimpin Umno berkumpul di Menara Dato Onn bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT). Mesyuarat pertama selepas PAU 2020 pada Mac lalu ni pada asalnya dijangka panas kerana parti tu dikatakan bakal mengemukakan beberapa cadangan besar. Cadangan itu termasuk menentukan tempoh masa untuk menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

kok
Korang kenal tak siapa ni? Via Sinar Harian

Mesyuarat tu bermula selepas solat Asar dan sebelum mesyuarat bermula, pemimpin Umno yang hadir terlebih dahulu akan membuat rakaman takbir raya.

Keputusan Umno telah diambil, nampaknya diorang akan tetap sokong Perikatan Nasional

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sahkan parti itu kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga Ogos depan. Dia kata, ia seperti keputusan yang dicapai dalam PAU 2020. Katanya, berikutan tu perkara berkenaan tak dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang berakhir kira-kira jam 6 petang semalam.

“Tarikh keluar (tarik sokongan) daripada PN sudah diputuskan iaitu sehingga Ogos. “Selagi tidak sampai Ogos, kita kekal menyokong (PN),” – Tajuddin, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Mesyuarat yang dipengerusikan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu dihadiri barisan ahli MKT kecuali Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan. Macam kami kata tadi, sebelum ini, ada desas desus Umno akan menentukan tempoh masa untuk menarik sokongan terhadap kerajaan PN menerusi mesyuarat MKT ini.

Via Giphy

Sementara itu, Tajuddin yang juga Pengarah Pilihan Raya Umno meminta agar ketidakhadiran Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tok Mat tidak dispekulasikan. Katanya, Mohamad tak hadir kerana baru selesai menjalani pembedahan kecil.

Kita mendengar banyak gosip politik, tapi masih banyak yang tak jelas

Sebenarnya, ada banyak gosip-gosip politik yang sedang berlaku pada hari ini, ia termasuklah gosip ‘persahabatan’ di antara Umno dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Cuma dakwaan ini telah dinafikan oleh Umno dan PKR. Apa yang kami pasti, tidak akan ada parti politik yang akan menang secara solo ketika PRU15. Sudah tentu mereka sedang merancang strategi untuk memenangi PRU15.

Negara kita perlukan kerajaan yang stabil, supaya ia dapat fokus membina dasar-dasar yang boleh membantu rakyat keluar dari kesukaran hidup akibat pandemik Covid-19.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top