Kebudayaan Melayu dalam filem seram, ini antara yang telah berubah

f1

Filem-filem seram suatu masa dahulu mendominasi industri perfileman kita. Orang kita pun suka jugak filem-filem seram, sehinggakan tu dilihat sebagai genre wajib bikin, sama ada nak buat skrip original ataupun ambik inspirasi sikit daripada filem seram antarabangsa. Namun apa yang menjadikan sesebuah filem seram tu betul-betul melekat dalam kepala para penonton adalah bila kita mulai gabungkan unsur mistik, kepercayaan popular dan agama ke dalam naratif filem tersebut.

728 X 90

Bahkan, ada kajian tentang filem seram Melayu ni kata kepercayaan popular ni sebenarnya boleh je ditelusuri daripada filem seram tempatan yang ada. Kadang-kadang, kita sendiri pun boleh ‘terjumpa’ pengetahuan baharu berkaitan amalan-amalan kepercayaan yang korang mungkin tak tau sehinggalah korang tonton filem tersebut. Lepas habis baca artikel ni, mungkin korang akan lebih bersemangat nak layan filem seram tempatan…

filem seram melayu
Via Odisi

Formula rahsia filem seram tempatan, bergantung pada budaya dan kepercayaan popular orang Melayu

Dulu-dulu, pertembungan agama dah sedikit sebanyak ada percampuran antara kepercayaan tradisional yang sebelumnya dipraktikkan oleh masyarakat tempatan. Dulu, kepercayaan Hindu banyak diserap dalam kebudayaan kita. Jadi apabila Islam datang, ia bertindih antara satu sama lain. Pertindihan ni tak hanya berlaku terhadap perkara yang melibatkan sihir je; jampi, tangkal dan amalan kedukunan pun dilihat oleh masyarakat sebagai perkara yang dibenarkan oleh agama.

Ada beberapa aspek penting dalam kehidupan orang Melayu tentang macam mana diorang amalkan kepercayaan popular ni:

  • Melalui ritual: Banyak upacara masih dilakukan sebab percaya bahawa ia akan ‘jaga’ unsur ghaib seperti upacara mandi safar, panggil semangat laut dan lain-lain.
  • Melalui aspek mantera: komponen-komponen penting mantera ‘diisi’ dengan ayat-ayat al Quran. Elemen keagamaan jelas dicampurkan sekali, iaitu antara Hindu dan Islam.
  • Melalui tangkal dan azimat: berasal dari konsep semangat, dimana batu atau objek khususnya yang diukirkan/dibacakan ayat al-Quran, nama Allah atau nama Nabi Muhammad dipercayai mempunyai magisnya tersendiri.
  • Melalui keramat: Keramat dalam Islam berpunca daripada kemuliaan golongan sufi dan lawat perkuburan diorang supaya dapat keberkatan. Dalam masyarakat Melayu, keramat lebih kepada unsur percaya kepada makhluk ghaib, dan dianggap tempat kedua yang suci selepas masjid. Misalnya, pokok yang dianggap berhantu atau berpenunggu pun boleh dianggap keramat jugak.
dukun filem seram
Via Berita Harian Singapura

Hasil kajian Hani Salwah, Wan Amizah dan Mohd Shahizan (2016) cuba mencungkil di sebalik filem seram tempatan ni. Dalam filem seram tempatan ni, banyak benda yang boleh kita ambil sebagai suatu representasi kepada kepercayaan orang Melayu. Kita sebagai penonton pasti akan lebih rasa terkait (relatable) dengan filem seram tempatan sebab dalam satu peringkat, kita dah familiar dengan elemen-elemen yang dibawakan dalam filem tu.

Filem seram tempatan kita dah banyak berkembang, daripada elemen kesaktian kepada elemen kepercayaan Barat

Secara umumnya, representasi kepercayaan popular ni boleh dilihat dari 3 fasa. Perkembangan filem seram kita dari tahun 1957 hingga 1967 banyak memetik unsur kesaktian daripada beberapa watak terkenal dalam sejarah agama Islam seperti Saidina Ali dan Bahtera Nabi Nuh. Dalam fasa ni jugak, kita boleh tengok elemen kesaktian tu dikaitkan secara langsung dengan ritual dan alatan, ataupun mantera tertentu. Tiga contoh filem tu adalah Hantu Jerangkong (1958), Sumpah Orang Minyak (1958) dan Naga Tasek Chini (1966).

malaysiakini orang minyak
Sumpah Orang Minyak (1958).. -Via Malaysiakini

Bila dah masuk fasa kedua iaitu sekitar 1980-1990, elemen baharu diketengahkan iaitu dengan penggunaan doa dan ilmu mistik. Ia digandingkan bersama untuk halang gangguan ilmu jahat seperti dalam filem Setinggan (1981). Jampi pun turut wujud elemennya dalam filem Perawan Malam (1988). Kemudian, masuk pula fasa ketiga. Untuk kebanyakan orang muda kini, korang mesti akan perasan jugak kewujudan elemen-elemen semasa tonton filem seram tempatan.

Dalam fasa ketiga (2001-2011), terdapat dua kepercayaan popular yang digambarkan iaitu pencampuran ritual yang melibatkan kepercayaan agama dan kepercayaan tradisional. Misalnya, penggunaan ayat suci dari al-Quran disekalikan dengan amalan tradisi yang melibatkan asap kemenyan, limau dan air. Satu lagi kepercayaan popular yang dapat kita lihat sekarang ni adalah elemen yang diilhamkan atau diadaptasi ke dalam filem seram tempatan. Contohnya, bawang putih atau keranda. Dalam filem Niyang Rapik (2010), ada keranda. Dalam filem Tolong, Awek Aku Pontianak! (2011); ada pulak bawang putih.

niyang rapik
Via Myspace

Persamaan kedua-dua fasa ni adalah diorang takde dah ritual tertentu. Segala kepercayaan popular ni ditampilkan menerusi dialog-dialog dan ritual mistikal. Berbanding fasa pertama tu, diorang banyak tekankan ritual tertentu dalam filem-filem tersebut. Kita dapat simpulkan bahawa representasi budaya Melayu semakin berkurangan dari fasa 1, kemudiannya berkurangan sehinggalah berlakunya percampuran adaptasi dengan kebudayaan asing dalam fasa 2 dan 3.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *