Wanita ni pecahkan rekod untuk jadi ketua balai bomba pertama

81567174191 Freesize
Wanita ni pecahkan rekod untuk jadi ketua balai bomba pertama

Apabila kita sebut penguatkuasa beruniform, ramai yang selalu terbayang kaum lelaki sahaja yang mendominasi jawatan penting. Pertama sekali, benda tu tak benar, ramai je perempuan pegang jawatan penting dalam pasukan beruniform ni. Diorang jugak mainkan peranan yang penting, sama seperti kaum lelaki.

Sebenarnya, bukanlah sesuatu yang aneh kalau satu hari nanti kita akan dapat lihat wanita akan jadi Ketua Polis Negara atau apa-apa je ketua utama badan-badan beruniform yang lain. Baru-baru ni, tular cerita seorang gadis Sabahan yang telah dilantik menjadi Ketua Balai Bomba Lintas. Ya, Lintas tu nama tempat, bukan lalu lintas.

Agustavia Joe pecahkan rekod sebagai ketua balai wanita yang pertama…

Masa orang lain tengah sibuk sambut Hari Kemerdekaan dengan menikmati cuti diorang, seorang wanita bernama Agustavia Joe Guasi pasti teruja apabila tarikh keramat tu bukan setakat nak raikan hari lahirnya tapi juga merupakan kenangan terindah apabila dia telah dilantik sebagai Ketua Balai Bomba Lintas, Sabah.

Lantikan itu bukan biasa-biasa eh, sebab ia jadikan Agustavia, 37 tahun, pecahkan rekod kerana jadi wanita pertama kat Sabah memegang jawatan tu, macam yang kami cakap awal-awal tadi, biasanya jawatan ni didominasi oleh golongan lelaki.

Menurut laporan dari BERNAMA, ibu kepada empat cahaya mata tu kata pada mulanya dia hanya berhasrat ingin jadi seorang wanita bekerjaya tapi tak menyangka tuah menyebelahi dirinya apabila dilantik ke jawatan itu hampir sebulan lalu.

Via Astro Awani

“Saya mula mendapat latihan rekrut di Akademi Bomba Sabah selama setahun bermula 2001 hingga menamatkan latihan pada 2002 sebelum ditempatkan di bahagian latihan sehingga 2007,” katanya ketika diwawancara oleh BERNAMA

Dia kemudiannya dipindahkan ke Bahagian Operasi dan Penyelamat Negeri Sabah pada 2007 sehingga 2009. Setahun lepas tu, dia bertugas kat Balai Bomba Lintas, sebelum bertugas di Pusat Gerakan Operasi Sabah pada 2011 sehingga Julai lalu.

Walaupun dah jadi ketua balai, Agustavia masih lagi sambung belajar…

Walaupun dalam kesibukkannya bagi memastikan anak-anak buahnya jalankan tugas mengikut prosedur yang ditetapkan, Agustavia kini sedang mengikuti pengajian jarak jauh Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Awam kat Universiti Utara Malaysia.

Via Giphy

Dia berkata, antara tugasan yang telah dikendalikannya termasuk Ops Gempa Bumi di Gunung Kinabalu dan Ops Kemarau di daerah Papar pada 2015 serta kes-kes kebakaran rumah setinggan sekitar Kota Kinabalu.

Agustavia kata, dia tak terfikir untuk jadi anggota bomba dan tak tahu tugas sebenar anggota bomba, hanya mengetahui bomba memadam kebakaran dan menyelamat mangsa kemalangan jalan raya.

“Selepas masuk bomba barulah jatuh cinta dengan kerjaya ini dan amat sesuai dengan jiwa saya,” katanya yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mat Salleh, Ranau, ketika diwawancara BERNAMA

Via SabahPost

Anak bongsu dari tiga beradik itu mengakui bukan mudah baginya untuk memikul amanah dan tanggungjawab itu kerana peranan dan tugas anggota bomba pada masa kini semakin mencabar. Katanya, peranan ketua balai bukan hanya bertanggungjawab terhadap anggotanya tetapi juga jadi barisan hadapan untuk berdepan dengan masyarakat.

Via Giphy

Dia ada pesanan untuk kaum wanita yang berminat nak jadi bomba, katanya; mereka yang berminat untuk menjadi anggota bomba terutamanya wanita, persiapkan diri dengan mental dan fizikal yang mampu untuk menggalas tugas sebagai anggota bomba. Kerjaya ini tak semudah menyarung uniform, perlu sentiasa berhadapan dengan risiko semasa menjalankan tugas.

Sesetengah wanita takut pada api, tetapi sesetengah wanita menjadi seperti api.

Semoga Agustavia dapat menginspirasikan lebih ramai wanita…

Sebagai seorang manusia, ia adalah hal biasa jika kita perlukan seseorang untuk berikan diri kita inspirasi. Kami pun ada beberapa orang yang kami jadikan inspirasi untuk terus bergerak maju ke hadapan. Jadinya kami harap cerita Agustavia ni dapat jadi inspirasi kepada sesiapa je kat luar sana untuk terus bekerja keras dan mengejar impian mereka…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top