Ada beberapa harga makanan dah turun, cuma ramai yang tak perasan

H6 1024x683
Ada beberapa harga makanan dah turun, cuma ramai yang tak perasan

Harga makanan sebenarnya akan beri kesan secara langsung kepada kehidupan kita. Peningkatan harga makanan akan sebabkan kos sara hidup semakin tinggi. Seringkali sebagai pengguna, kita mengadu bahawa harga barangan runcit semakin naik. Satu benda yang kami perasan tentang harga makanan apabila ia turun – ia kurang dirasai oleh kebanyakan orang. Ingat tak masa kerajaan bagi tax holiday tahun lepas? Terasa harga barang masih sama…

Harga makanan Mei tahun ni lebih rendah berbanding tahun lepas…

Kalau ikut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), beberapa harga barangan makanan sebenarnya dah turun. Kementerian ni jalankan satu skim pemantauan harga yang libatkan 900 barangan pengguna terpilih di 7,047 premis, termasuk pasar basah, kedai runcit, pasar raya, kedai serbaneka dan kedai buku.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Via Berita Harian

Seterusnya, harga purata barangan tersebut pada Mei 2018 (sebelum GST ditetapkan di 0%) dibandingkan dengan harga purata Jun tahun ini. Pemantauan tu dapati sebanyak 512 daripada 900 barangan terpilih tu menunjukkan penurunan harga antara 0.06% dan 45.72%. Antaranya adalah ikan parang, ikan pari, ketam bunga dan bawang kecil merah diimport.

Tapi, pemantauan tu juga dapati beberapa barangan seperti lada benggala, cili merah, cili padi dan sotong kering alami kenaikan harga secara sederhana. Datuk Saifuddin menuntut bahawa pegawai penguatkuasa kementeriannya bergiat aktif dalam pemeriksaan 549,475 premis perniagaan sejak Mei 2018 hingga Mei 2019.

Via Afyan

Dalam tempoh ni, 11,281 kertas siasatan telah dibuka di bawah pelbagai undang-undang dan dasar-dasar perlindungan pengguna. Baguslah pihak kerajaan sedar walaupun penurunan harga 512 barang tu dah dikira ok, sekurang-kurangnya kerajaan ada plan untuk ambil langkah lain seperti beri perhatian kepada amalan anti-persaingan, pengambilan untung secara berlebihan dan isu rantaian bekalan makanan.

Walaupun secara teorinya harga barang turun, tapi realiti berbeza…

Dr. S. Ramakrishnan, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pula nyatakan Malaysia antara beberapa negara di dunia yang tak menggunakan mekanisme kawalan harga bagi kebanyakan barangan makanan kerana amalkan konsep ekonomi bebas.

Via Giphy

Barangan asas dalam kategori makanan yang dikawal oleh KPDNHEP hanyalah minyak masak, gula, tepung gandum, roti dan ayam. Tak banyak mana pun. KPDNHEP juga kawal harga barang masa musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas. Ok la juga kan? Boleh la tengok perbezaan harga tu dalam jadual ni:

Via The Edge Markets

Tapi kan.. Kalau kita tengok jadual kat atas, bagi kebanyakan barang yang dikatakan turun harga, apabila akhbar The Edge pergi buat survey secara random, lain pulak harganya. Ada yang lagi mahal, ada yang lagi murah, ada yang jauh beza harga. Kita tengok kat Twitter ada pengguna @FaktaBukanAuta tweet yang harga barang dah turun menjelang raya tahun ni kalau banding dengan tahun 2018.

Via Twitter

Hmm cam mana eh? Harga yang kesemua pihak ambil pun kita tak tahu sumber daripada mana. Jadi susah kita nak back up samada kukuh atau tidak sebab tak ada elemen konsistensi. Satu benda yang kita kena ingat, adalah harga yang direkod oleh Kementerian, The Edge dan @FaktaBukanAuta terdedah kepada pelbagai faktor yang boleh pengaruh harga barang naik atau turun.

Antara faktor tu adalah perbezaan harga mengikut musim, promosi dan juga di mana barangan tu dijual. Kat pasar raya yang lebih elit seperti Jaya Grocer, atau di Giant ke.. Pasar tani ke.. Sememangnya lah ada perbezaan harga.

Penghasilan makanan di Malaysia tak cukup…

Penurunan harga barangan makanan ni penting, golongan B40 kita belanja 48% pendapatan isi rumah mereka semata-mata untuk makanan. Kita kaji balik lah, dalam jadual di atas tu kita tengok ada beberapa barang yang diimport. Pengeluaran makanan kat Malaysia ni sangat rendah, tu yang kena import barang tu.

Via Gifin

Daripada 8 juta hektar tanah pertanian, 6 juta hektar kita guna untuk tanam kelapa sawit, sejuta hektar tanam getah, dan kurang daripada sejuta hektar (12% hektar keseluruhan) kita guna untuk pengeluaran makanan. Memanglah tak cukup. Bila tak cukup, jadilah mengimport banyak. Dan barang import, pastilah lagi mahal daripada barang tempatan. Tu la ceritanya…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top