Harga makanan diakui semakin mahal, ini sebabnya

barangnaikharga
Harga makanan diakui semakin mahal, ini sebabnya

Akibat pandemik, kenaikan tinggi harga makanan semakin terasa. Ramai yang kehilangan sumber pendapatan kini terpaksa mengehadkan perbelanjaan diorang turut terhimpit dengan masalah kenaikan harga makanan. Namun begitu, rupanya fenomena kenaikan harga makanan ni dirasai seluruh dunia. Tak hairanlah bila agensi dunia Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) bimbang mengenai rantaian akibat di negara-negara membangun.

Kat Malaysia, harga makanan dah lama dirasai sejak tahun lalu. Bila dah masuk tahun 2021, diikuti lagi dengan keberjayaan program vaksinasi kebangsaan.. apa lagi sebab harga makanan terus naik? Hanya pada tahun ni, barulah kerajaan akui harga makanan memang minyak. Dulu masa kita bising tu, diorang tak komen apa sangat.

sayurnaikharga
Via Harian Metro

Harga makanan global meningkat, faktornya bukan hanya kerana pandemik

Pada Julai lalu, harga makanan global dikenal pasti semakin naik dengan kadar cepat dalam tempoh sedekad. Ia diburukkan lagi dengan masalah negara-negara di dunia yang masih berusaha untuk tangani penularan pandemik Covid-19. Berikutan tu, agensi Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) bimbang kenaikan harga makanan tu boleh cetuskan kekacauan di beberapa buah negara yang kini alami masalah politik.

Menurut FAO, harga makanan dah meningkat hampir 40 peratus pada bulan Mei lalu berbanding setahun lalu. Ni peningkatan paling tinggi sejak September 2021. Malah dalam tempoh setahun, harga jagung meningkat 88%, kacang soya naik setinggi 73%, bijirin dan produk tenusu naik sebanyak 38%, gula ke 34% manakala daging meningkat sebanyak 10%.

kacangsuya
Via All About Feed

Trend kenaikan harga makanan dan konflik saling berhubungkait. Misalnya pada tahun 2007 dan 2008, peningkatan harga makanan asas cetuskan rusuhan di sejumlah negara di sekitar dunia. Bila dah masuk tahun 2010 hingga 2011, faktor harga makanan meningkat jadi punca kebangkitan Arab Spring lalu menumbangkan pemerintahan di beberapa buah negara Arab.

Walaupun ekonomi Amerika Syarikat dijangkakan kembali pulih, pemulihan ekonomi seluruh dunia dengan negara-negara membangun berdepan dengan bayaran import yang lebih tinggi manakala pendapatan pula tak berkembang. Pandemik bukanlah satu-satunya faktor kenaikan harga, tetapi faktor cuaca seperti kemarau di Brazil menyebabkan kenaikan harga jagung dan harga minyak.

minyakgas
Via The Star

Pada pandangan Timbalan Pengarah Bahagian Perdagangan dan Pasaran FAO, Josef Schmidhuber pulak… dia percaya harga makanan akan kekal tinggi dalam tahun ni disebabkan harga minyak. Katanya,

“Jika ia (harga minyak meningkat), harga makanan juga akan kekal tinggi bagi tempoh yang lama”- seperti yang dipetik Sinar Harian daripada AFP

Harga makanan jugak akan mudah berubah pada masa depan, berikutan kadar inflasi sesebuah negara. Contohnya, beberapa negara seperti Lubnan, Argentina dan Nigeria kini alami masalah kekurangan import makanan serta berhadapan dengan krisis ekonomi sehingga ramai jadi miskin.

Dulu yakin harga takkan naik, takde langkah khusus kawal harga makanan sempena pandemik

Pada Oktober lalu, Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee dilihat sangat yakin bahawa harga makanan takkan naik sebab Malaysia cukup stok makanan. Malah, stok makanan negara pulak yang melebihi permintaan.

Lambakan produk makanan membabitkan sayuran, selain tembikiai dan nenas wujud di Malaysia ni. Katanya:

“Dari segi bekalan, tidak ada masalah dilaporkan kerana stok produk makanan sentiasa mencukupi walaupun negara berdepan pandemik COVID-19. Di sesetengah tempat, kita dimaklumkan berlaku lambakan terutama sayuran dan buah-buahan,”- seperti dilaporkan Berita Harian

kenaikan harga makanan bh
Tajuk berita BH yang laporkan wakil kerajaan nafi harga barang naik terutamanya sayur.. -Via Berita Harian

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George pulak berkata, harga hampir semua barang membabitkan makanan dan binaan meningkat antara 15 hingga 50 peratus sebaik aktiviti rentas negeri dibuka pada 11 Oktober lalu. Dapatan ni walau bagaimanapun dilihat tak mempengaruhi pandangan kerajaan tentang cara tangani masalah kenaikan harga makanan.

Malah, lambakan makanan yang dimaksudkan oleh Ronald Kiandee jugak bertentangan dengan pandangan Prof Datin Paduka Dr. Fatimah Mohamed Arshad dari UPM. Jika benar berlambak, sepatutnya ia turun harga. Antara masalah yang harus diakui negara adalah pengeluaran makanan dalam negeri tu pulak tak serancak permintaan. Kita masih lagi bergantung pada import. Tambah lagi, produktiviti buah-buahan dan sayur-sayuran di Malaysia sebenarnya adalah yang terendah di rantau ASEAN. Pensijilan dan pengawalan kualiti jugak masih jauh di bawah apa yang diamalkan oleh Thailand.

Hal ni sedikit sebanyak dah disebutkan pada April lalu. Datuk Che Abdullah Mat Nawi, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II ketika tu kata Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) masih kekalkan mekanisme dan dasar yang sama seperti sebelum ni dalam kawalan kenaikan harga makanan di pasaran.

“Suasana pada masa terdahulu sangat berbeza dengan suasana masa sekarang…saya tidak nampak polisi masa itu dan polisi masa sekarang berbeza daripada segi kawalan harga makanan,”- seperti yang dillaporkan Astro Awani

Dia jugak kata pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta kementerian berkaitan bagi atasi isu tersebut. Kerjasama tu nampaknya masih belum membuahkan hasil yang kita harapkan.

Ini dibuktikan oleh kenyataan terbaharu pada 24 November dari Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi. Usaha mencari jalan penyelesaian masalah harga barang perlukan masa kerana melibatkan pelbagai kementerian dan agensi lain sebelum kerajaan dapat berikan satu penyelesaian.

Seperti di Perak baru-baru ni, ada laporan kes kenaikan harga telur ayam akibat tindakan pengeluar yang terpaksa naikkan kos di ladang. MAFI dah kenal pasti langkah pemulihan untuk elak kenaikan harga makanan haiwan ternakan, dan ni dilaporkan 13 November. Oleh sebab makanan haiwan ternakan jugak diimport dari luar, maka salah satu langkah yang disebutkan adalah nak bina kilang-kilang khas untuk hasilkan makanan ternakan.

Walaupun begitu, nampaknya ia belum dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat. Laporan kenaikan harga telur pulak disiarkan pada 24 November. Kenaikan itu berlaku bagi semua jenis gred sama ada yang dijual di pasar pagi, kedai runcit mahupun pasar raya dengan 30 biji telur Gred A dijual pada harga RM12.90 hingga RM14.40, Gred B pula dijual antara RM12.30 hingga RM12.90 manakala RM11.15 hingga RM12.60 bagi Gred C.

telurnaikharga
Via Berita Harian

KPDNHEP Perak dah keluarkan surat pemberitahuan kepada peniaga runcit, pembekal dan pengeluar telur yang naikkan harga tak munasabah agar buat semakan penyelarasan harga jualan semula agar takde unsur pencatutan berlaku. Sebanyak 83 surat semakan selaraskan harga dan 12 notis di bawah Akta Kawalan Harga Anti-Pencatutan 2011 dah dikeluarkan sejak 13 Ogos hingga 19 November lepas.

Bagi kami, takde guna kerajaan nak terus berbasa-basi dan menafikan wujudnya kenaikan harga makanan khususnya bila dah wujud laporan dan makluman yang tular dari orang ramai. Hadapi je masalah ni dan ambil tindakan proaktif serta pantas bagi menangani masalah kenaikan harga makanan. Nak bincang lama pun tak berguna sekiranya perbincangan tu tak ke mana.

Di samping tu, kita jugak nak elak sebarang pembelian panik. Nak kata kita kurang stok makanan tu takdelah… tetapi masalah sebenar kenaikan harga makanan ni banyak berpunca pada harga rantaian lain. Ada jugak disebabkan harga minyak naik. Ada jugak disebabkan sikap kita yang kerap import berbanding hasilkan sendiri. Bila kita import, tentulah harga import jugak berubah-ubah ikut iklim politik negara. Kalau sesebuah negara tu dilanda bencana alam, seperti isu harga bawang naik dulu… harga makanan asas pun boleh naik jugak.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top