Sorang lagi rakyat Malaysia bakal dihukum gantung, Singapura masih tolak rayuan

nagaenthran 1
Sorang lagi rakyat Malaysia bakal dihukum gantung, Singapura masih tolak rayuan

Suatu yang amat menyakitkan apabila korang tiba-tiba dapat surat bahawa ahli keluarga korang akan dihukum gantung kat negara lain, hanya selang beberapa hari selepas sambut perayaan agama korang. Dah seronok-seronok meraikan dan rindu akan keluarga, tentulah surat tu amatlah mengejutkan dan mendukacitakan. Tu lah apa yang terjadi kat ibu Nagaenthran di Malaysia.

Kes Nagaenthran masih lagi berlangsung dan belum ada kesudahan yang dinakkan oleh ramai orang. Sekiranya hukuman gantung Nagaenthran, maksudnya sorang lagi warganegara Malaysia akan digantung sampai mati kat Singpaura akibat dadah. Apa yang menarik dalam kes Nagaenthran ni adalah, ada dakwaan kata dia ada masalah mental sehingga memungkinkan dia ni tak tau pun menyeludup dadah tu salah.

nagaenthran
Via SCMP

Nagaenthran berhadapan dengan hukuman gantung sampai mati, usaha bertahun-tahun demi selamatkan diri

Menyeludup dadah sememangnya suatu jenayah yang ramai fikirkan, tak perlulah diampun-ampunkan lagi. Bahkan, ramai bersetuju penjenayah dadah ni patut dihukum gantung, atau sekurangnya, menerima hukuman yang setimpal dengannya. Namun bagaimana sekiranya pesalah dadah tu dakwa dia ada masalah mental sehingga mungkin tak berapa faham kesalahan dadah yang dilakukannya? Inilah dilema Singapura-Malaysia sekarang.

Nagaenthran a/l K. Dharmalingam, lahir pada 1988 adalah sorang warganegara Malaysia berketurunan India. Dia disabitkan kesaahan menyeludup 42.72 gram heroin pada April 2009 semasa memasuki sempadan Singapura-Mlaaysia di Woodlands Checkpoints dengan sebungkus heroin diikatkan pada pahanya. Awal dulu, dia mengaku salah. Tapi dia kata dia sebenarnya diarahkan atas tekanan daripada bos dadah yang dipanggil ‘King’.Sorang lagi rakan sekembaranya masa tu, Kumarsen turut ditahan namun dibebaskan.

nagaenthran baby
Nagaenthran bersama keluarganya.. -Via LA Times

Katanya kepada pegawai pasukan Biro Pusat Narkotik Singapura, dia mengaku dia bawa dadah dan kata dadah tu bukan miliknya, sebaliknya dia diarahkan oleh sorang kawan. Dia perlukan duit untuk bayar hutang, jadi sebab tu dia seludup jugak heroin tu. Namun tak lama lepas tu, dia ubah semula pengakuannya dan menafikan dia tau kandungan bungkusan yang didapati bersamanya. Dia jugak mendakwa King awalnya dah pukul dia dan ancam nak bunuh teman wanitanya sekiranya dia taknak ikut cakap King untuk bawa dadah tu ke Singapura.

Nagaenthran disabitkan kesalahan seludup dadah dan dihukum gantung pada 22 November 2010. Hakim Mahkamah Tinggi Chan Seng Onn tolak hujah bela diri Nagaenthran yang menyatakan dia di bawah paksaan sesiapa ketika dia buat jenayah tu. Oleh tu, Hakim Chan rasa dia patut dipertanggungjawabkan sepenuhnya kerana dia pun pernah kata dia buat untuk selesaikan masalah kewangan. Rayuannya ditolak pada 27 Julai 2011 oleh Mahkamah Rayuan Singapura.

malaysia singpore death penalty
Sokongan dari para aktivis seluruh dunia.. -Via NBC News

Setahun selepas rayuan Nagaenthran ditolak, SIngapura memutuskan untuk teliti semula hukuman gantung pada Julai 2012. Jadi, kesemua 35 hukuman ditunda termasuklah Nagaenthran. Akhirnya pada Januari 2013, Singapura memutuskan untuk beri kuasa kepada para hakim untuk berikan hukuman sebat tidak kurang dari 15 sebatan kalau seseorang pesalah tu cuma jadi ‘keldai dadah’ je dan mestilah diberi sijil bantuan susbanstif. Sijil ni hanya diberikan kepada kelompok pesalah dadah yang membantu polis narkotik dalam aktiviti penyeludupan dadah.

Di bawah undang-undang baharu ni pada 2013, ia turut mempengaruhi keputusan dua sekawan Mohammad Ridzuan Md Ali dan Abdul Haleem Abdul Karim. Oleh sebab Abdul Hakeem ni dikenalpasti sebagai hanya pengutus atau keldai dadah, maka dia hanya terima sebatan dan penjara seumur hidup. Namun berbeza pulak dengan Ridzuan Md Ali yang digantung sampai mati.

ridzuan ali abd haleem singapura dadah
Allahyarham Muhd Ridzuan Ali (kiri) dan Abdul Haleem (kanan).. -Via AsiaOne

Bezanya hanyalah, Abdul Hakeem pernah bantu polis narkotik dan diberikan sijil kerjasama oleh para pendakwaraya. Kes ni pun mengundang spekulasi dalam kalangan rakyat SIngapura, sebab kuasa pemberian sijil tu hanya pada Pendakwaraya. Keluarga Ridzuan kata Ridzuan pun ada tolong jugak… tapi tak tau kenapa tak diberikan sijil sebagaimana Abdul Haleem. Bahkan, semasa hukuman dibacakan, Abdul Haleem nak minta hukuman yang sama Md. Ridzuan dapat (gantung sampai mati). Permintaan tu ditolak oleh mahkamah.

Nagaenthran kata dia rencat akal dan terganggu secara mental, mahkamah dan Presiden Singapura tetap tolak rayuan

Nagaenthran harap dapat mengulangi nasib Abdul Haleem yang terselamat daripada tali gantung pada 2013. Dia mohon semula rayuan atas dasar kerencatan mental dan masalah mental. Kes tersebut diteliti semula kepada hakim Chan Seng Onn di Mahkamah Tinggi.

doc7i8sxx65ja1mnq18hn7
Via The Star

Sementara laporan psikatrik mengesahkan Nagaenthran takde kedua-dua masalah rencat mental dan gangguan kesihatan mental, IQ dia dicatatkan 69 je, lalu memungkinkan dia betul-betul percaya King akan ancam nyawa teman wanitanya tu dalam kenyataan keduanya. Malangnya, dia tak diberikan sijil kerjasama sebagaimana Abdul Haleem dahulu jadi secara automatiknya dia masih belum layak nak lari dari hukuman gantung.

Pada 24 Februari 2015, Nagaenhran sekali lagi merayu kepada Mahkamah Tinggi Singapura atas kondisi kerencatan upaya intelek dan beberapa penyakit mental lain. Rayuan tu ditolak sekali lagi pada 2017 dan 2018. Peguam Nagaenthran sekali lagi buat rayuan ke Mahkamah Rayuan untuk pindah hukuman sebat dan penjara seumur hidup… namun ditolak jugak, sebab banyak kenyataannya bercanggah dan kabur antara satu sama lain.

nagaenthran lawyer
Pasukan pembela pihak Nagenthran… -Via Malaysiakini

Jadi sukar nak betul-betul percaya kredibilitinya untuk bercakap benar. Kata Mahkamah Rayuan lagi, walaupun kadar IQnya rendah, tetapi dia masih waras dan dapat menentukan buruk baik sesuatu serta boleh hidup berdikari. Malah, ketika ditahan pun… gerak-gerinya semasa ditahan dulu tu pun menunjukkan dia tau sebenarnya dia bawa dadah dan menyembunyikannya serta berusaha nak elak polis.

Nagaenthran sekali lagi merayu dan memohon agar diampunkan kepada Presiden Singapura, Halimah Yacob. Namun rayuannya ditolak, sekali lagi, pada 1 Jun 2020. Penolakan ni bererti hukuman gantungnya masih lagi akan berlangsung. Kes Nagaenthran menarik perhatian ramai, khususnya para aktivis yang tolak hukuman mati. Baru-baru ni, ramai jugak yang membawa isu ni ke media sosial. Hasilnya, semakin ramai mendesak kerajaan Singapura untuk pertimbangkan semula keputusan diorang nak teruskan gantung Nagaenthran.

Dia dijadualkan dihukum pada 10 November lalu. Mengikut protokol, hal ni hanya diumumkan kepada ahli keluarga melalui surat. Dalam surat bertarikh 26 Oktober 2021 yang dihantar dari Singapore Prison Service (SPS) memaklumkan hal tu kepada keluarga Nagaenthran di Ipoh. Ibunya, Ranchalai Subramaniam tak tau dan amat terkejut dengan surat tersebut. Sekarang ni, keluarga Nagaenthran bersama dengan para kumpulan pendesak masih tak putus perjuangkan Nagaenthran. Termasuk dalam senarai pendesak ni adalah beberapa persatuan peguam Malaysia sendiri termasuklah Sabah dan Sarawak.

2 hari sebelum hukuman berlangsung, dia pulak disahkan positif Covid-19. Menurut pihak penjara, Nagaenthran sendiri taknak terima vaksin meskipun 90% daripada tahanan dah divaksinasi. Akibatnya, sekurangnya 54 orang pegawai penjara, sejumlah 169 tahanan penjara termasuklah yang bakal dihukum mati disahkan postiif pada 12 November. Satu hari lagi untuk Nagaenthran. Pada 9 November tu jugak, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Annuar Musa turut minta Singapura mempertimbangkan keputusan tersebut.

menteri nagaenthran
Via MalaysiaNow

Singapura terus pertahankan keputusan diorang, cuba jelaskan ia muktamad dan dah dipertimbangkan seadilnya

Singapura terus ditekan dan didesak dari ramai pihak. Pihak Malaysia, termasuklah pihak persartuan peguam dan aktivis anti-hukuman mati bersama-sama memohon hukuman yang lebih ringan untuk Nagaenthran atas faktor kadar IQ yang rendah. Walaupun begitu, berkali-kali tu jugaklah Singapura bertegas bahawa hukuman mati ni masih perlu wujud dan bantu kurangkan masalah kat negara diorang.

Tambah lagi, Singapura jugak masih pertahankan keputusan diorang ke arah Nagaenthran. Menteri Singapura turut menjawab semula pelbagai dakwaan, antarannya adalah wujud usaha nak halang keluarga Nagaenthran masuk Singapura dan Singapura sengaja palsukan pendirian diorang serta proses keadilan tak dilaksanakan sepenuhnya.

kakak nagaenthran
Kakak Nagaenthran, Sarmila Dharmalingam tengah tunjuk kad ucapan yang dibuat oleh adiknya Nagaenthran dulu.. -Via NST

Ramai aktivis daripada organisasi hak asasi manusia seperti Human Rights Watch menyelar tekad Singapura untuk teruskan hukum gantung Nagaenthran kerana seolah membelakangkan fakta bahawa dia ni ada kekurangan upaya intelek. PBB jugak ikut sekaki dalam hal ni dan menekan Singapura untuk beri pengampunan kepada Nagaenthran.

Duta Singapura ke PBB, Umej Bhatia membalas, mahkamah di Singapura dah jelaskan berkali-kali bahawa walaupun Nagaenthran mungkin ada masalah keupayaan intelek, dia tak dapat disahkan mempunyai masalah kerencatan mental. Pakar psikatrik peribadi Nagaenthran turut mengiyakan hal ni.

nagaenthran aktivis1
Via NST

Ketika ni, keluarga Nagaenthran lagi nak saman Peguam Negara Singapura. Malaysiakini melaporkan;

“Saya dapat arahan (dari) keluarga untuk menyaman Peguam Negara (Wong) atas kecuaian dan pengabaian yang disengajakan. Selepas memaklumkan mereka (mengenai) kesihatan mental Nagaenthran, mereka sepatutnya berhenti dan kata ‘ok, saya akan minta seseorang untuk menyemak’.

(Ada} pengabaian yang disengajakan terhadap nyawa manusia. Kami akan saman, Nagaentran dan keluarga akan menuntut ganti rugi juga,”- Peguam Nagenthran, M. Ravi, seperti yang dilaporkan Malaysiakini

Berikutan kes ni jugak, PM Ismail Sabri jugak merayu secara peribadi agar Nagaenthran dilepaskan dari hukuman gantung. Dalam surat yang dilihat oleh Malaysiakini, Ismail tegaskan dia tak berniat campur tangan dalam undang-undang SIngapura namun dia nak rayu jugak ada kelonggaran atas ‘dasar kemanusiaan’. Wisma Putra jugak sebelum ni ada menulis kepada Menteri Luar Singapura Vivian Balakrishnan, tapi tak minta hukuman mati tu dibatalkan.

bh nagaenthran ismailsabri
Via BH Online

Buat masa ni, belum ada tarikh baharu yang diumumkan terbuka kepada orang ramai. Namun kami berharap, kes ni akan diteliti dan dipertimbangkan sebaiknya. Dari satu sudut, isu kelainan intelek atau kekurangan daya intelek tu mungkin boleh pengaruhi kapasiti pembuatan keputusan seseorang, tetapi ni tak bermakna pulak sekiranya kita lepaskan Nagaenthran… kes ni memberi contoh bahawa Singapura ada ‘loophole’ yang mungkin dapat dibolosi kartel dadah lain kelak dengan sengaja mencari keldai yang kelainan upaya intelek bagi meneruskan aktiviti jenayah diorang.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top