Anwar kata Perikatan Nasional ambik duit judi

f1 min (11)

Beberapa bulan lepas, Anwar Ibrahim membayangkan sebahagian dana pilihan raya Perikatan Nasional datang dari syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas judi. Anwar kata Kementerian Kewangan mendapati “pelanggaran” dalam pemberian kontrak berjumlah RM600 bilion tanpa tender.

Anwar kata dana pilihan raya untuk parti “Melayu” dan parti “Islam” datang dari syarikat perjudian.

Berkenaan judi, pastinya sebahagiannya digunakan untuk mendanai pilihan raya. (Saya telah minta) semakan terhadap perkara itu. Walaupun anda gelar diri anda parti Melayu atau parti Islam, dana (pilihan raya) datang dari syarikat judi,” katanya.

Dia turut menegur pentadbiran PN yang diketuai Bersatu dan PAS kerana menaikkan cabutan khas judi dari lapan kepada 22 kali setahun.

Apa lagi, Perikatan Nasional pun marahlah

Apabila mendengar hal ini, PAS menuntut Perdana Menteri Anwar Ibrahim membuat permohonan maaf secara terbuka. Ketua Penerangan PAS Pusat Khairil Nizam Khirudin berkata jawapan diberikan salah seorang anggota kabinet di Dewan Rakyat semalam membuktikan kerajaan “menipu.”

“Lontaran tuduhan itu yang asalnya dibuat PMX (Anwar) selepas beberapa minggu menerajui kerajaan, melengkapkan lagi bukti pembohongan PMX,” katanya dalam satu kenyataan

Ia mendorong PAS memberikan kata dua kepada Anwar sehari kemudian – sama ada mengemukakan bukti atas dakwaan tersebut atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata Anwar membuat tuduhan tidak berasas dan liar terhadap PN.

“Sekiranya gagal PN akan meneliti suatu tindakan perundangan terhadap pihak-pihak yang memfitnah,” katanya.

picsart 12 06 11.59.56 scaled

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman memberitahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak dapat mengesahkan dakwaan dibuat Anwar.

Kata Azalina SPRM telah menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan itu namun tiada pihak yang dapat memberikan pengesahan.

Bagi Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin sedang berbincang dengan peguam mengenai kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Bekas perdana menteri itu berkata, dakwaan pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu bahawa pembangkang menerima dana politik daripada syarikat judi adalah tidak benar, fitnah dan pembohongan.

“Kita akan bincang dengan peguam apa langkah seterusnya yang kita akan ambil terhadap kenyataan yang dibuat perdana menteri,” kata Muhyiddin

Tiada siasatan buat masa ini bukan bermaksud tak ada kes

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman berkata dia tak pernah menyatakan siasatan isu pendanaan pilihan raya daripada syarikat perjudian sudah ditamatkan atau digugurkan.

Sebaliknya kata ahli parlimen Pengerang itu, jawapan tersebut – yang dibuatnya di Dewan Rakyat – hanya memaklumkan tiada fail siasatan dibuka.

“Dalam hal ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai badan yang bebas dan berkecuali tentu sekali akan dan berhak menjalankan siasatan berkaitan dan membuka fail siasatan sebagaimana perlu mengikut Akta SPRM atau mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa berdasarkan kepada maklumat dan bukti yang diperolehi dari semasa ke semasa,” – Azalina

Selepas dia mengeluarkan kenyataannya, beberapa media melaporkan SPRM tidak dapat mengesahkan dakwaan bahawa PN menggunakan dana daripada syarikat perjudian untuk membantu membiayai kempen mereka pada PRU tahun lepas.

Katanya SPRM telah menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan itu.

Bagaimanapun, SPRM mendapati maklumat terlalu umum dan tiada pihak yang boleh mengesahkan isu ini. Justeru, tiada apa-apa fail siasatan dibuka ke atas isu ini.

Anwar bertegas kenyataannya ada asas

Sehari selepas didesak meminta maaf dan diberi kata dua, tidak ada tanda Anwar Ibrahim akan ‘melayan’ tuntutan dibuat pihak PN berhubung kenyataannya mengaitkan parti itu dengan syarikat judi.

Perdana menteri bertegas, dia tidak membuat sebarang kenyataan jika ia tidak disertakan “asas”. Pada masa sama Anwar meminta PN membaca dengan teliti kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini.

“Baca kenyataan lengkap (saya) baru ambil tindakan. Tapi kalau dia nak bawa terus (untuk tindakan undang-undang), silakan. Saya tak keluar kenyataan kalau saya tiada asas,” – Anwar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *