Penghantar Lazada dakwa ditindas, skim pembayaran tak munasabah

lazadamogok2

Ekonomi gig menjelang tahun-tahun terdekat ni amat menarik perhatian ramai. Di samping masa kerja yang fleksibel dan mampu menjana pendapatan yang lebih tinggi berbanding kerja di bawah majikan, terdapat beberapa masalah yang timbul jugak kerana sifat pekerjaan ekonomi gig ni. Antaranya adalah bakal pekerja gig biasanya perlu sediakan pengangkutan atau kemudahan sendiri dahulu sebelum mula bekerja dalam ekonomi gig. Malah, kadangkala diorang jugak berdepan risiko syarikat tu tiba-tiba ubah syarat dan kadar pembayaran sehingga merugikan pulak para pekerja gig.

Setelah Foodpanda terpalit dalam kontroversi dan spekulasi ‘menindas’ para penunggang Foodpanda dan pekedai-pekedainya, kali ni Lazada pun sama jugak. Kata sorang kontraktor, skim baharu diorang ni berkaitan dengan gaji yang dianggap merugikan kontraktor perkhidmatan atau pekerja gig ni. Harapnya ada kesudahan yang baik dan keadilan buat para pekerja ni.

harianmetro lazada mogok
Via Harian Metro

Ratusan dikatakan mogok kerana notis diedarkan dalam tempoh singkat, bayar van pun tak lepas

Baru-baru ni, Harian Metro melaporkan peristiwa ratusan pekerja Lazada lancarkan mogok seluruh Malaysia selepas  diorang dikatakan tak berpuas hati dengan satu notis yang diberikan dalam tempoh singkat. Notis tu berkaitan dengan kontrak baharu dan kadar gaji yang dilihat merugikan pekerja penghantaran menggunakan van.

Sorang pekerja yang dipetik, Mohammad Aidil kata dia terima notis tersebut pada 31 Disember lalu dimana ia berkuatkuasa keesokan harinya. Baginya, ia satu penindasan kerana pekerja-pekerja ni tak diberikan peluang dan masa langsung untuk berfikir. Dah tu, merugikan diorang pulak…

“Kontrak baharu ini pula merugikan kami apabila kami tidak lagi diberikan bayaran tetap dan hanya diberikan komisen, namun ia amat rendah.

Sebelum ini, kami dibayar tetap RM180 sehari untuk 40 bungkusan pertama berserta komisen lain dengan parcel tambahan yang pendapatan sebulan melebihi RM10,000 tetapi dengan kontrak baharu ia mengalami penyusutan di antara RM4,000 hingga RM5,000,”- seperti yang dipetik Harian Metro

Sambungnya lagi, kebanyakannya tak nak terima kontrak baharu ni lantaran kos penyelenggaraan van pun mahal. Di samping tu, ada jugak yang baru je buat pinjaman pembelian van yang mencecah lebih RM100,000. Ye lah, mulanya ingatkan pendapatan berkhidmat dengan Lazada ni lumayan. RM10 ribu kot sebulan… Dengan kadar tu, memang berbaloilah nak bayar semula pembayaran van termasuklah nak tanggung kos penyelenggaraan van diorang.

Sementara tu, sorang lagi yang ditemubual iaitu K. Ganeshwaran kata, dia terkilan sebab Lazada tak maklumkan awal-awal. Dia antara pekerja kontraktor bebas yang baru je beli van dengan kadar ansuran RM1,600 sebulan.

“Sekarang bagaimana saya hendak buat bayaran ansuran jika begini keadaannya. Saya beli van baharu kerana terbabit kemalangan (total lost) dan saya sudah lakukan kerja penghantaran barang ini selama lima tahun bagi menyara keluarga.

Perkara ini buat saya menjadi buntu yang sepatutnya notis kontrak perlu dikeluarkan lebih awal,”- seperti yang dipetik Harian Metro

lazada mogok
Via Funtasticko.net

Menurutnya, pada masa ni dia tak tandatangani kontrak terbabit sekaligus tak dapat hantar barang kepada pelanggan. Pihak Lazada pun takde keluarkan sebarang kenyataan.

Disuruh bekerja hantar barang dengan komisyen, dulu janji gaji semakin tinggi

Jurucakap kumpulan mogok di Subang, Mohd Ashraf Abdullah pulak berkata, skim baharu tu memansuhkan pembayaran asas sebanyak RM180 bagi setiap 40 barang yang dihantar setiap hari. Jelasnya, yang tinggal cuma komisyen ikut penghantaran setiap barang iaitu RM1.11 bagi setiap bungkusan.

Basic kami ditarik balik. Kami disuruh bekerja hantar barang dengan hanya makan komisyen, mereka janji kalau penghantaran barang semakin banyak gaji semakin bertambah. Kalau mereka suruh kita terima 200 parcel sehari kita bukan robot hari-hari begitu. Hujan kami redah. Memang tidak adil langsung bagi kami,”- seperti yang dilaporkan Malaysia Gazette

Ditambah lagi dengan beberapa kos tambahan lain yang semuanya ditanggung para kontraktor bebas ni… memang tak berbaloi. Kos-kos yang dimaksudkan adalah kos sewa, penyelenggaraan van dan petrol setiap hari.

Satu parcel pun diturunkan daripada RM1.50 kepada RM1.11. Van kami sendiri yang sewa, bayar sendiri, minyak kami sendiri tanggung. Kami pun nak makan juga.

Beri kami notis awal supaya kami boleh cari kerja lain… Suruh kami tandatangan surat persetujuan skim baharu tapi kami yang tidak puas hati, ini tidak tanda tangan sampai sekarang“- seperti yang dilaporkan Malaysia Gazette

Para pekerja ekonomi gig dan kontraktor bebas sebenarnya perlukan perlindungan dan keselamatan sosial dalam zaman buruh sekarang. Mempromosikan ekonomi gig tanpa ada jaringan keselamatan buat para pekerja khususnya golongan muda adalah suatu perkara yang boleh memberi gambaran tak benar terhadap ekonomi gig. Meskipun ia suatu alternatif yang menarik, kerajaan jugak perlu telus dalam membincangkan ‘tarikan’ ekonomi gig dan kesan yang mungkin dihadapi oleh kontrak ekonomi gig.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.