Istana lama Turki dikaji semula, muatkan pintu rahsia dari lembah ke lembah

hasankeyftrtworld

Arkeologi ni merupakan satu bidang yang menarik dan sentiasa takkan dapat dipisahkan dengan sejarah. Sejarah memberikan cerita dan latar yang paling dekat dengan keadaan sesuatu masyarakat, manakala arkeologi memberi bukti fizikal dan tampak yang dapat buktikan atau memperbetulkan dapatan sejarah.

Kat Turki, salah satu proses ekskavasi tengah dilangsungkan ke atas penemuan kota penting dalam sejarah diorang. Kota penting ni dah kukuh berdiri sejak ratusan tahun lalu, dan menjadi saksi taklukan berbagai empayar yang membawa budaya tersendiri. Tak hairanlah, Turki nak gali dan pelihara semula kota warisan diorang ni.

istana turki
Via TRT World

Pelbagai nama sepanjang sejarah, sebahagian kota Hassankeyf tenggelam kerana empangan Ilsu

Pada awalnya, Hassankeyf adalah kota penempatan silam yang digelar pelbagai nama atas kepelbagaian budaya sepanjang sejarah. Salah satu nama bandar tu adalah Ilansura tu disebut dalam teks silam Akkadia dan Semitik Utara dalam Tablet Mari. Ada kemungkinan Ilansurat tu adalah Hassankeyf. Ketika penaklukan Arab pada 640, ia digelar sebagai ‘Hisn Kayfa’ bermaksud ‘kubu batu’.

Kemudian semasa zaman pembaharuan Turki di bawah kepimpinan Attarturk pada 1920-an dan 30-an, kota tersebut ditukar nama kepada Hasankeyf. Versi nama ni kadangkala ada dicatatkan dalam laporan kuasa asing pada pertengahan abad ke-20, namun lebih jelas selepas 1980. Namun begitu, kota ni diancam kepupusan akibat perancangan projek empangan yang akan dilaksanakan oleh Turki. Hassankeyf ni luas jugak, meliputi masjid, makam Islam dan gua gereja. Lebih kurang 80,000 penduduk di Hassankeyf terpaksa dipindahkan. Sebahagian lagi akan dipindahkan ke bandar baharu di atas kawasan garis air empangan tu.

istana hassankeyf turki
Via TRT World

Sebenarnya projek ekskavasi kawasan Hassankeyf, khususnya di bahagian istana tu dah bermula pada 1980-an. Kawasan istana tersebut memainkan peranan keagaamaan semasa pemerintahan Byzantine yang bertahan selama 300 tahun. Ia akhirnya ditakluk masing-masing oleh empayar Emevis, Abbasiah, Hamdani, Mervani, Artuk dan Uthmaniyah.

“Kawasan ini, disebabkan aset sejarahnya, telah diisytiharkan sebagai kawasan pemeliharaan semula jadi sejak 1981. Aset sejarah ini mungkin akan tenggelam kerana empangan Ilsu dalam skop projek GAP. Oleh demikian, ekskavasi penyelamatan untuk aset bersejarah yang dapat dipindahkan dan tinggalan arkeologi masih lagi dijalankan”- Kenyataan rasmi dari laman sesawang Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Republik Turki

istana hassankeyf1
Empangan Ilisu.. -Via Daily Sabah

Oleh sebab diorang nak buat empangan kat kawasan Hassankeyf ni, ia buatkan orang tambah sedar dan cakna dengan penemuan kota bersejarah ni. Walau bagaimanapun, ia gagal buatkan pihak Konsortium Empangan ni untuk pertimbangkan pelan lain bagi memindahkan atau memelihara kota tersebut. Pada 2008, beberapa pihak peminjaman dari Austria, Jerman dan Switzerland umumkan diorang tarik diri kerana Turki gagal penuhi piawaian bagi melindungi alam sekitar, pemindahan kampung, jaminan perlindungan pemeliharaan warisan budaya dan pengurusan sumber dengan negara jiran.

Turki nak jugak bina empangan dengan wang pinjaman dalaman daripada bank-bank tempatan. Akhirnya pada Julai 2020, kota ni tenggelam akibat pembinaan empangan tersebut. Walaupun begitu tak semua kawasan kota tu tenggelam. Masih ada sebahagian lagi yang tak termasuk dalam kawasan empangan tersebut, lalu memudahkan diorang kekal menyelidik tinggalan warisan Hassankeyf.

hasankeyf6
Bandar silam Hasankeyf yang dah tenggelam.. -Via International Rivers

Pintu rahsia antara ciri utama Hassankeyf, digunakan sebagai pintu kecemasan ketika diserang

Zekai Erdal, sorang profesor madya di Jabatan Sejarah Seni dari Fakulti Sastera Universiti Mardin Artuklu yang memimpin eskavasi Hassankeyf menjelaskan hanya kawasan bawah bandar tu je yang dah tenggelam. Bahagian atas yang dahulunya berfungsi sebagai ibu kota daerah Rom iaitu Arzanene masih terpelihara. Istana tu terletak di bahagian atas.

“Istana Hassankeyf harus dilihat sebagai keseluruhan bersama lembah dan struktur di sekelilingnya. Istana tersebut merangkumi sebuah kawasan bersaiz 27 ekar”, – Zekai Erdal, seperti yang dipetik oleh TRT World

hasankeyf19902020
Via 9Gag

Dalam istana tu, sentiasa ada pintu rahsia yang digunakan semasa kecemasan untuk rakyat dan tokoh penting khususnya ketika berlakunya serangan ke atas istana. Di istana Hassankeyf, pintu rahsia istana masih lagi terpelihara bentuknya sehingga hari ni, dan menyediakan laluan rahsia kerana terus melalui dari lembah ke lembah lain.

“Pintu tersebut terletak di lereng bukit bersebelahan dengan istana, yang merentangi kawasan berdekatan dan merentasi jalan berbatu dan tangga yang menuruni ke lembah yang lain,”- seperti yang dipetik oleh TRT World

Dalam kisah ni, dapatlah kita lihat bagaimana pemeliharaan sejarah ni terkadang bercanggah dengan kepentingan dan keperluan semasa. Istana Hassankeyf penuh sejarah adalah mangsa terbaharu kemodenan dan peningkatan keperluan asas seperti air untuk penduduk negara tersebut.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *