Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
banjirtamansrimuda1
Alam SekitarIsu SemasaIsu Tular

Kerajaan didakwa cuba tutup isu banjir, salahkan rakyat tak peka cuaca

By Farahani
December 26, 2021 5 Min Read
Comments Off on Kerajaan didakwa cuba tutup isu banjir, salahkan rakyat tak peka cuaca

Di sesetengah tempat, banjir belum lagi surut sepenuhnya. Namun dalam tempoh seminggu ni, dah macam-macam kita lihat. Kita lihat perbezaan respon kecemasan antara kerajaan dan rakyat. Rakyat awal-awal dah bergerak sendiri, saling membantu satu sama lain. Menerusi Twitter, segala gerak kerja dan operasi sukarelawan dapat dikumpul serta diselaraskan semula ikut keperluan. Kemudian ATM pulak bergerak sendiri, dikatakan ‘melanggar’ arahan NADMA. Lebih teruk, respon media NADMA nampak takde nada simpati pun. Malah, ketua NADMA tu sendiri kata diorang tak urus banjir.. diorang urus pampasan je.

Bila dah 3-4 hari koordinasi sukarelawan berjaya digerakkan, barulah turun sesetengah pihak nak gambar sini sana dan mendakwa tu kerja diorang. SKMM pulak tunjuk taring dah, diorang nak Twitter padam ciapan berkaitan banjir. Di mulut Menteri Alam Sekitar, sekali lagi rakyat punya salah – kenapa tak peka amaran cuaca?

banjir2021
Via Dunia Tempo.co

SKMM didakwa cuba tutup mulut rakyat di Twitter berkaitan banjir, ramai kecam Rina dan Noh

Pada Rabu lalu, sorang pengguna Twitter kata dia ada terima e-mel daripada Twitter yang memaklumkan tentang permintaan yang dibuat oleh SKMM untuk mengalih keluar catatan Twitternya. Berdasarkan e-mel tu, kandungan yang ingin dibuang oleh SKMM termasuklah ciapan warganet kritik acara kutipan derma banjir melibatkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun.

Selain tu antara kandungan lain yang dipertikaikan SKMM adalah ciapan yang mengkritik Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Noh Omar tentang kelayakan mangsa banjir untuk menuntut bantuan kerajaan. Kedua-dua isu ni pun dianggap isu yang hangat jugak sebab ia memperlihat bahawa kerajaan seolah acuh tak acuh dengan nasib yang menimpa rakyat Malaysia.

rinaharunskmm
Via Headtopics

Untuk pengetahuan korang jugak, kerajaan pun dah buka tabung khas untuk mangsa banjir iaitu Tabung Bantuan Banjir Keluarga Malaysia. Tabung ni pulak dilancarkan oleh Rina Harun. Walau bagaimanapun, ramai warganet ‘berkempen’ agar jangan derma kepada kerajaan sebab kerajaan yang baik tak perlu pun buka derma kebajikan – diorang akan salurkan terus dari bekalan dana awam sendiri.

Kes Noh Omar ni pulak; ada dakwa mangsa banjir hanya diberikan bantuan RM1,000 tu sekiranya diorang layak. Kelayakan ni termasuklah wajib mendaftarkan diri diorang dalam senarai mangsa banjir, serta memang duduk kat dalam Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Kalau tak duduk dalam PPS, tak layak. Ni buatkan orang ramai tak puas hati, sebab ada je PPS tu pun dah nak tenggelam. Takkan nak paksa duduk PPS terdekat jugak kan?

banjirselangor
Via Sinar Harian

Dipetik dari Sinar Harian, Noh Omar kata ada sesetengah penduduk di Kuala Selangor lebih selesa duduk di Dewan Orang Ramai Kampung Bestari Jaya berbanding PPS terdekat diorang. Ni berikutan laluan masuk ke sana pun dah banjir, dan diorang lebih senang pantau keadaan rumah diorang dari dewan tersebut. Namun kisah Noh Omar yang dijaja di laman sosial terhenti setakat tu je.

Yang tak disebutkan ramai adalah Noh Omar sebenarnya dah minta Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) wartakan dewan tersebut sebagai PPS bagi memudahkan penduduk terima semua bantuan yang disalurkan kerajaan. Setiap PPS jugak wajib sediakan pusat kesihatan kecil bagi membolehkan penduduk buat pemeriksaan kesihatan terutamanya dalam kalangan warga emas dan bayi. Kalau tengok sekarang pun, kluster mangsa banjir jugak turut meningkat… sama seperti korban banjir kali ni.

banjircovid
Via Covid-19 Malaysia

Menteri Alam Sekitar kata rakyat terperangkap dalam banjir kerana tak peka amaran banjir, sebenarnya bukan soal tak percaya MetMalaysia

Lobak Merah melaporkan, Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man kata tindakan orang ramai yang tak ambil serius terhadap pengumuman dan amaran cuaca dah jadi punca diorang terperangkap dalam banjir. Rata-rata masyarakat berpendapat banjir hanya berlaku di kawasan Pantai Timur. Jadi bila bencana banjir ni berlaku di luar kawasan tersebut, ramai tak bersedia.

“Bahkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menyediakan pelbagai aplikasi yang memberi tahu mengenai cuaca, angin, ombak laut dan semua keadaan cuaca negara. Namun berapa ramai yang melihat dan mengambil berat. Sekarang semua mula lihat kepentingan ramalan cuaca ini,”- seperti yang dipetik dari Berita Harian

mycuaca
Korang boleh muat turun aplikasi MetMalaysia ni bagi perkembangan cuaca..

Kenyataan ni dikeluarkan selepas dia ulas dakwaan yang menyatakan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hanya keluarkan amaran hujan lebat di Lembah Klang dan beberapa kawasan lain, namun tiada amaran berkenaan banjir yang bakal berlaku. Soalan sebenar bukanlah kerana rakyat tak peka: pakar sendiri kata, model ramalan MetMalaysia pun ada keterbatasannya.

Ni bermaksud, model tu menyebabkan amaran jugak tak dapat dikeluarkan seawal mungkin. Tambah lagi, kalau Menteri nak maksudkan Taman Sri Muda… sebenarnya ada lagi isu lain yang melingkari pembangunan tanah di sana. Contohnya, Taman Sri Muda ni rupanya dikhaskan sebagai kawasan tadahan banjir. Tanah tu kemudiannya dijual kepada pemaju pada 1996, atas syarat khusus iaitu diorang perlu tinggikan lagi tanah sekurangnya 2 meter. Pemaju tak buat macam tu.

Seriously Taman Sri Muda ni patutnya jadi water retention area for flood water???#RakyatJagaRakyat #DaruratBanjir #SriMuda pic.twitter.com/vcycS3QDht

— Nik Amira (@yuya_xoxox) December 21, 2021

Akhirnya bila banjir ni berlaku, dan pam berdekatan tak mampu dah keluarkan semula air dalam kawasan Taman Sri Muda… maka banjir yang membawa maut itulah yang dah berlaku kini. Seperkara lagi; takde siapa sangkal kepentingan ramalan cuaca.

Dengan beberapa teknologi kawalan banjir, rakyat sebenarnya tak perlu rasa gusar kalau nak banjir pun. Namun bila ia banjir di kawasan yang sememangnya tak bersedia (baik dari segi koordinasi gerakan, kemudahan dan pengalaman penduduk)… terjadilah bencana yang mengorbankan nyawa.

smarttunnel banjir kl
Dari CCTV lorong banjir SMART.. -Via SoyaCincau

Dalam hal ni, sepatutnya tak perlu dah tuding-menuding antara satu sama lain. Kerajaan lambat berikan respon, perjelaskanlah kenapa dan akui je. Paling takpun, arahkan penambahbaikan dari semasa ke semasa. Sekarang ni, rakyat pun dah boleh menilai tahap kecekapan kerajaan baharu ni di bawah pimpinan Ismail Sabri.

Author

Farahani

Follow Me
Other Articles
speakerazhar
Previous

Speaker Dewan Rakyat dikecam tolak usul bincang banjir, ini penjelasan sebenar

rina harun wiki edit1
Next

Wikipedia Rina Harun disunting dengan keterlaluan dan melampau, ini ceritanya

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme