Speaker Dewan Rakyat dikecam tolak usul bincang banjir, ini penjelasan sebenar

speakerazhar
Speaker Dewan Rakyat dikecam tolak usul bincang banjir, ini penjelasan sebenar

Isu banjir yang tengah berlaku sekarang ni menimbulkan pelbagai reaksi, khususnya terhadap respon kerajaan menangani kesan banjir tu. Dari mata rakyat, kerajaan dilihat tak proaktif membantu rakyat. Palinig takpun, sekadar beri bantuan kewangan dan pelepasan pembaharuan lesen buat para mangsa banjir. Selain dari tu, beberapa kementerian dan agensi kerajaan tetap dikritik sehabisnya akibat tindakan dan kata-kata diorang sendiri.

Sebelum ni, kami dah pernah kongsikan lima perkembangan khusus tentang banjir yang berlaku. Antaranya, NADMA dikatakan tak benarkan operasi penyelamatan dari pihak angkatan tentera hingga diorang lenjan je turun padang tanpa arahan. Speaker Dewan Rakyat pulak dikatakan tolak nak bahas usul mengenai banjir kerana nak ikut aturan Dewan. Kena kecam teruk Azhar Harun… jadi dia tampil jelaskan apa sebab dia tolak usul tersebut.

azharharun
Azhar Harun, Speaker Dewan Rakyat kini.. -Via Malaysiakini

Ramai ahli politik kecewa pihak parlimen tolak usul tergempar pasal banjir, Tok Mat kata demokrasi di Malaysia makin mundur

Terdahulu, pihak Pembangkang dan Penyokong Kerajaan terkejut kenapa Speaker Dewan tolak usul nak bincangkan dalam sidang Dewan Rakyat. Menurut Gemilang Daily, ia dimulakan oleh ahli parlimen Bagan, Lim Guan Eng apabila dia berdiri mohon izin daripada Tuan Speaker untuk bincang isu banjir. Hujahnya, walaupun ia isu tergempar dan baru diusulkan pagi ni… ia tetap ada kepentingan.

Bagan nak tau apa langkah kerajaan untuk bantu mangsa banjir dan kenapa bantuan lambat sampai. Kemudian YB Pontian, Ahmad Maslan jugak bertanya kepada kerajaan tentang langkah yang dah diumumkan kerajaan mengenai bantuan dan berapa ramai jumlah penduduk yang akan dapat bantuan tersebut serta bila ia akan diberi. YB Kota Raja, Mat Sabu jugak bangun dan tanya tentang masalah bantuan lambat tiba khususnya aset-aset kerajaan.

“…Apa masalah menteri sehingga begitu lambat memberikan arahan sehingga teruk dimaki unit beruniform kita. Sehingga begitu lama mangsa terperangkap dalam banjir.”- seperti yang dipetik dari Gemilang Daily

banjir2021
Via Dunia Tempo.co

Namun begitu, Speaker tolak perbincangan mengenai banjir tu atas alasan teknikal iaitu bukan dalam aturan mesyuarat. Di kerusi kerajaan jugak, Tok Mat selaku Timbalan Presiden Umno turut kecewa dengan tindakan Speaker. Baginya, kedudukan demokrasi Malaysia semakin mundur kerana pihak parlimen lebih utamakan aturan mesyuarat berbanding tanggungjawab kepada rakyat.

Sambungnya lagi, tindakan nafikan usul tergempar bagi membahaskan kemaslahatan negara ketika masa mendesak dan berlaku pada saat paling genting adalah tindakan yang sangat tak sensitif serta pengabaian tanggungjawab yang serius.

“Tiada agenda lebih besar dan lebih utama daripada krisis banjir luar biasa yang melanda negara beberapa hari lepas. Tiada aturan mesyuarat yang boleh mengatasi kepentingan rakyat kebanyakan yang kehilangan harta benda, nyawa dan memerlukan segala usaha penyelamatan yang segera. Tiada siapa yang lebih besar di parlimen selain rakyat dan kepentingan mereka” – seperti yang dilaporkan Malaysiakini

Speaker Azhar Harun pertahankan tindakan, takde sorang ahli parlimen beri notis bahas banjir

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun nafi beliau tolak usul bahas isu banjir pada hari terakhir persidangan Dewan Rakyat pada hari Isnin lalu. Katanya, bagi hal-hal tergempar dan diperlukan untuk dirundingkan secara tergempar, satu usul di bawah Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat 18 (1) perlu dibuat kepada beliau iaitu sehari awal, sebelum persidangan berlangsung.

“Untuk hal banjir ini, Ahli-Ahli Parlimen boleh sahaja memberikan notis kepada saya melalui WhatsApp dan sebagainya sebelum hari tersebut (20 Dis). Malah, satu usul bertulis boleh sahaja dibuat pada pagi 20 Dis 2021. Namun, tidak ada seorang pun yang berbuat demikian,”- seperti yang dilaporkan Malaysiakini

Dalam aturan urusan mesyuarat pada hari tu, pembentangan RUU Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 je disenaraikan. Tetapi pembentangan pindaan rang undang-undang tu tak dapat dilakukan lantaran proses libat urus antara Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dengan pihak pembangkang belum selesai.

Fungsi usul ni adalah bagi membolehkan beliau kemuka masalah kepada Dewan Rakyat untuk dibahaskan dan dijawab oleh menteri. Ia jugak membolehkan menteri berkenaan buat persiapan bagi menjawab perkara yang dibangkitkan semasa perbahasan. Selain tu, kenalah dibahaskan dengan bertatacara dan sempurna agar menghalang ahli parlimen bahaskan pulak isu yang tak berkaitan dalam usul tersebut.

“Saya bukannya hendak mengekang hak Ahli-Ahli Parlimen daripada membahaskan isu-isu semasa yang penting dan yang perlu disegerakan, namun Dewan Rakyat tidak sepatutnya dijatuhkan martabatnya menjadi kedai kopi dengan membangkitkan apa sahaja isu secara sewenang-wenangnya tanpa mematuhi Peraturan Mesyuarat.

Tidak ada Parlimen di negara-negara Komanwel yang membahaskan apa-apa isu yang dipetik daripada udara sesuka hati dan pada bila-bila masa sahaja tanpa mengikut peraturan dan aturan urusan mesyuarat,”- seperti yang dilaporkan Malaysiakini

azharharun1
Via Astro Awani

Dia jugak turut sifatkan tuduhan terhadapnya adalah berniat politik dan dia takkan terjerumus jugak dalam kancah politik. Nak kata dia tak peduli; dia kata dia komited kepada pembahasan terbuka mengenai isu dan masalah yang dihadapi rakyat. Dia jugak wujudkan 10 Jawatankuasa Pilihan Khas semasa serta adakan sekretariat buat pertama kalinya dalam sejarah Parlimen Malaysia agar dapat perkukuhkan proses semak dan imbang.

Aturan protokol ni memang penting, apatah lagi dalam sebuah institusi yang sepatutnya dijulang sebagai lambang fizikal demokrasi dan suara rakyat. Walau bagaimanapun, agak terlebih sekiranya Tuan Speaker Azhar Harun mengharapkan wakil rakyat beri notis terlebih dahulu memandangkan ia adalah kejadian semasa dan di luar jangkaan.

Walau bagaimanapun, kami semak Peraturan Mesyuarat dan menyimpulkan bahawa Dewan Rakyat bukanlah tempat terbaik untuk berbincang soal hal kecemasan dan darurat semasa yang berlaku. Menelusuri Peraturan 18 (1) dan (2) sememangnya memerlukan notis sekurangnya 24 jam.

peraturan dewan rakyat
Via Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat

Sebab tu lah wujudnya agensi-agensi yang diamanahkan untuk buat kerja. Sekarang ni, dah tular semula trend ‘claim’ kerja sukarelawan. Dalam pemerhatian kami, para sukarelawan yang bertungkus-lumus jadi orang pertama yang turun membantu; bila dah reda sikit dan beroperasi lancar, datang pulak sesetengah pihak yang ambik gambar dan dakwa tu anggota diorang. Ada jugak yang setakat pegang penyapu, buat sapu-sapu sikit… lepas tu blah pulang rumah.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top