Masalah penggunaan Internet dan kanak-kanak, ini yang ibu bapa kena tahu

Hidup dalam zaman serba canggih ni kadang-kadang menakutkan, banyak cerita yang pelik-pelik. Lebih menyedihkan, ada cerita ‘sedih’ yang melibatkan kanak-kanak yang bakal menerajui negara satu hari nanti. Korang mesti dah dengar cerita tentang seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun merogol kanak-kanak perempuan yang berusia 4 tahun. Apabila dengar je cerita ni – terasa macam cerita rekaan. Takkanlah budak yang baru 12 tahun nak merogol? Lebih-lebih lagi mangsa rogol adalah seseorang yang berusia 4 tahun. Tapi itulah yang telah berlaku…

Kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun dirogol kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun, dengar pun tak logik

Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dipercayai jadi mangsa rogol anak lelaki pengasuhnya dalam kejadian di Taman Sri Wangsa. Kejadian tu terbongkar Khamis minggu lalu apabila kanak-kanak tu mengadu sakit pada bahagian kemaluan yang didakwa dilakukan suspek berusia 12 tahun.

Macam tak percaya! Via Tenor

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri kata, ibu mangsa kemudiannya membawa kanak-kanak itu ke klinik untuk pemeriksaan sebelum diminta oleh doktor agar membuat laporan polis. Katanya, ibu mangsa tu dah jumpa pengasuh dan suspek untuk bertanyakan hal berkenaan sebelum murid darjah enam tu mengaku melakukan perbuatan tersebut.

“Kejadian tu terbongkar apabila mangsa mengadu sakit pada bahagian sulitnya dan beritahu ibunya tentang perbuatan suspek yang membuka seluar dan memegang kemaluannya. Mangsa juga mengadu, suspek yang dipanggilnya abang itu turut menggeselkan sesuatu pada belakang punggungnya di mana mangsa tidak pasti jenis objek tersebut,” – Ahmad Adnan, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Kata Ahmad Adnan lagi – pemeriksaan lanjut telah dilakukan terhadap kanak-kanak tu dan pihak hospital kata terdapat kesan koyakan pada pelbagai posisi hingga menyebabkan selaput dara mangsa pecah. Nampaknya tangkapan telah dilakukan terhadap suspek malam tadi dan dia kini direman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut. Siasatan kes rogol tu dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Ramai yang kata mungkin pengaruh Internet kot, ini fakta menarik tentang Internet dan kanak-kanak

Kelompok remaja dan kanak-kanak adalah kumpulan yang paling ‘teruja’ dengan perkembangan teknologi yang ada. Kalau kita perhatikan, bukanlah sesuatu yang pelik untuk lihat kanak-kanak ada telefon pintar sendiri seawal usia 12 tahun, bahkan ada yang dapat pada usia yang lebih muda dari tu.

Berdasarkan Kaji Selidik Pengguna Internet yang dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada tahun 2014, ada 20.1 juta pengguna Internet dengan 59 peratus daripadanya berusia di bawah 30 tahun. Statistik tu turut tunjukkan peningkatan mereka yang mengakses Internet menerusi telefon pintar meningkat lebih 40 peratus dalam tempoh dua tahun sahaja iaitu antara 2012 dan 2014. Sekarang dah tahun 2019, cuba korang bayangkan berapa peningkatan penggunaan telefon? Boleh dikatakan semua orang dah guna Internet.

Ini statistik 2017. Via IAMK

Angka-angka ni menimbulkan sedikit kebimbangan. Penggunaan Internet yang dikuasai golongan muda terutamanya kanak-kanak merisaukan dari sudut kematangan, sebab diorang belum capai tahap kemahiran berfikir dengan lebih rasional dan kritikal. Pada usia tu, emosi dan fikiran kanak-kanak sedang dibentuk dan mudah untuk terpengaruh dengan perkara yang buruk.

Bukan kau je yang risau Spongebob. Kami pun risau. Via Tenor

Kita tak nafikan Internet banyak kebaikannya terutama dalam mendapatkan maklumat, tapi, melihat kajian yang dilakukan MCMC, 87.1 peratus daripada pengguna Internet menggunakannya untuk lepak kat media sosial, satu jumlah yang tinggi. Menurut Pengarah Kanan, Bahagian Advokasi & Jangkauan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Eneng Faridah Iskandar, statistik ni cukup untuk gambarkan kepentingan untuk ibu bapa lebih peka dengan apa yang dilakukan oleh anak-anak di dalam Internet.

“Peranan ibu bapa dalam melindungi kanak-kanak sama ada dalam realiti atau alam maya masih menjadi tanggungjawab mutlak mereka dan ia tiada bezanya. Tidak dinafikan, ramai ibu bapa yang menyatakan mereka memeriksa kandungan Internet yang digunakan oleh anak-anak mereka. Tetapi, sejauh mana mereka memeriksa? Ia bukan saja meliputi pendedahan kepada kandungan seperti perkara lucah tetapi kita juga perlu ambil tahu dengan siapa mereka berhubung,” – Eneng Faridah Iskandar, seperti yang dilaporkan Utusan

Eneng Faridah Iskandar. Via Portal PakDin

Dia juga kata – mungkin ada yang rasakan kawalan menerusi telefon pintar adalah lebih mencabar berbanding kawalan di komputer kerana ia bersifat peribadi dan anak-anak semakin pandai meletakkan kata laluan tapi keputusan tu terletak di tangan ibu bapa kerana ia berlaku di dalam rumah mereka dan tidak boleh berharap kepada pihak berkuasa semata-mata kerana ia mungkin telah terlambat.

Ada banyak faktor lagi, tapi kali ni kami cerita pasal internet ni dulu…

Sebenarnya ada banyak je faktor lain yang mempengaruhi sikap kanak-kanak (kami akan tulis lain kali ye), tapi penggunaan Internet yang tak dikawal boleh menjadi penyumbang utama terhadap masalah ni. Nasihat kami, kalau korang ada anak-anak, cubalah semampunya pantau apa yang diorang buat dengan Internet. Sebabnya, kat Internet tu macam-macam ada, dan ada sesetengahnya yang mampu mempengaruhi pemikiran anak-anak korang. Kita tak nak kejadian kanak-kanak yang melakukan jenayah seksual pada usia yang terlalu muda semakin teruk. Bak kata slogan MCMC – KLIK DENGAN BIJAK.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *