Dadah adalah musuh nombor satu negara. Apa yang dihasilkan pada mulanya hanyalah bertujuan untuk perubatan namun kemudiannya telah disalahgunakan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab yang akhirnya membawa banyak kemusnahan kepada komuniti dan masyarakat di seluruh dunia. Korang tahu tak kat dunia ni ada lima jenis dadah yang paling berbahaya? Kat dunia tau, bukan kat negara…
1. Heroin, pada asalnya untuk merawat sakit kronik dan trauma fizikal…
Untuk pengetahuan korang, dadah jenis heroin ni adalah dadah yang tertua di dunia yang mana telah dihasilkan oleh C. R. Alder Wright pada tahun 1874. Ianya telah digunakan sebagai ubat yang diberikan kepada pesakit l dan ia telah mula diharamkan pada tahun 1971 disebabkan penyalahgunaannya.
Semenjak daripada itu, heroin telah jadi antara jenis dadah yang telah menghancurkan komuniti manusia. Dianggarkan seramain 13.5 juta manusia seluruh dunia yang menagih dadah jenis ini dengan pelbagai cara termasuklah menyuntik, menyedut, dan menghisap heroin.
Antara kesan negatif yang boleh disebabkan oleh dadah jenis heroin ini adalah menyebabkan keradangan gusi, melemahkan otot, insomnia, dan melemahkan sistem ketahanan badan serta merosakkan saluran darah yang mana jika dibiarkan ianya akan menyebabkan berlakunya gangrene. Lebih buruk lagi, heroin akan menekan bahagian otak yang megawal jantung dan paru-paru yang mengakibatkan kerosakan pada otak, koma dan juga kematian.
2. Bath Salts, membuatkan penagihnya seolah-olah menjadi seperti zombi…
Kalau kita terjemahkan nama jenis dadah ni ke bahasa melayu ianya bermaksud garam mandia dan bunyinya seperti tidak berbahaya langsung. Namun, ia bukanlah garam yang dimasukkan ke dalam tab mandian, namanya telah diberikan disebabkan ia dijual secara atas talian menggunakan samaran sebagai “bath salts” supaya tidak diketahui oleh pihak berkuasa. Licik juga modus operandi mereka ni kan?
Dadah jenis Bath Salts ni sangat berbahaya kerana dilaporkan boleh membuatkan penagihnya seolah-olah menjadi seperti zombi. Antara kesan penagihan dadah jenis ini adalah tingkahlaku psikiatrik yang luar biasa, mengalami gangguan mental (psikosis), suhu badan meningkat serta berkemungkinan untuk mengalami serangan jantung.
via : ivoryblow.com
Kalau korag nak tahu, kesan sampingan lain mengambil dadah jenis Bath Salts ni adalah tingkah laku psikiatrik yang tidak biasa, psikosis, serangan panik dan tingkah laku ganas, halusinasi, serangan panik, tingkah laku ganas, rasa nak bunuh diri, serta kemungkinan serangan jantung. Ia juga mempunyai kesan lain seperti Methylphenidate yang mana jika diambil dengan jumlah dos yang tinggi ianya boleh menyebabkan jantung berhenti berdegup.
3. Crystal Meth, untuk buat tentera-tentera sentiasa peka dan sedar…
Dadah jenis ni adalah antara dadah yang paling terkenal di seluruh dunia yang telah dipopularkan dalam siri televisyen “Breaking Bad”, Methamphetamine adalah antara dadah yang paling berbahaya dan merosakkan atas muka bumi. Ia juga mencetuskan antara masalah paling besar dan berat di negara kita Malaysia.
Dicipta tiga tahun selepas heroin iaitu pada tahun 1887, ia telah digunakan secara meluas ketika Perang Dunia Kedua bagi membuatkan tentera-tentera sentiasa peka dan sedar ataupun dalam erti kata lain mereka sentiasa berjaga. Dadah jenis ini juga dipercayai telah diberikan kepada juruterbang Jepun sebelum melakukan Kamikaze. Methamphetamine ataupun nama lainnya ialah ais, syabu, batu dan banyak lagi telah pun diharamkan pada tahun 1970.
Semenjak daripada itu ia telah jatuh ke tangan kumpulan gengster di Mexico yang menjadi fenomena di seluruh dunia yang kemudiannya sampai ke Eropah dan Asia. Syabu telah memberikan keuntungan melebihi RM80 billion kepada kartel dadah di Mexico yang menyebabkan lebih daripada 1.6 juta rakyat Amerika telah ketagih dengan dadah jenis ini.
Ia diambil dengan cara menghisap atau menyedut lalu menghasilkan rasa seronok yang diikuti dengan rasa ghairah, peningkatan perhatian secara bertenaga, rasa cemas, dan kurang tidur. Jika diambil secara berterusan, dadah berbahaya ini akan menyebabkan psikosis, kerosakan serius pada otak, kerosakan saluran darah, penyusutan otot badan, perubahan pada penampilan fizikal dan juga kematian.
4. Whoonga, gabungan racun tikus dengan dadah ARV…
Dadah jenis Whoonga ataupun nama lainnya iaitu “Nyaope” adalah merupakan gabungan daripada bahan pencuci ataupun racun tikus dengan dadah antiretroviral (ARV) yang diberikan kepada pesakit yang menghidap HIV. Ia menjadi sangat popular kerana harganya yang sangat murah dan mudah didapati di Afrika Selatan kerana kadar penghidap HIV yang sangat tinggi di negara itu.
Disebabkan dadah jenis ini, ramai yang dikatakan cuba untuk dijangkiti HIV kerana ARV diberikan secara percuma kepada sesiapa yang menghidap HIV. Disebabkan kadar kemiskinan yang melampau juga, penghidap HIV sanggup menjualkan ARV yang diterima oleh mereka kepada pembuat dadah. Sampai macam tu sekali tau…
Whoonga dihisap bersama rokok di kawasan yang dilanda kemiskinan di Afrika Selatan. Cara menghisapnya adalah dengan mencampurkannya dengan ganja lalu dihisap. Dadah jenis ini juga tersangatlah mudah untuk menyebabkan ketagihan dan boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang sangat serius seperti pendarahan dalaman, ulser pada perut, dan juga kematian.
5. Krokodil, menyebabkan lebih daripada 1 juta penduduk Rusia ketagihan
Dadah jenis Krokodil ini adalah dadah yang paling berbahaya dan membinasakan di dunia. Krokodil adalah satu dadah yang menyebabkan lebih daripada 1 juta penduduk Rusia ketagihan. Antara faktor utama krokodil menjadi pilihan adalah kerana ianya amat mudah didapati dan harganya yang murah iaitu sekitar RM110 setiap gram yang mana jauh lebih murah daripada heroin yang dijual RM330 segram.
Nama Krokodil diberikan kepada dadah ini disebabkan kulit penagihnya akan menjadi hijau pucat dan bertompok hitam serta menjadi keras seperti kulit buaya. Nama lain yang diberikan kepada dadah ini adalah “dadah zombie” kerana ia akan memakan daging di dalam tubuh seseorang apabila disuntik dan ia juga akan memakan segala tisu-tisu, tulang dan gigi.
Walaupun dadah jenis Krokodil ini lebih murah daripada heroin namun ianya dianggap dapat menyebabkan bahaya yang lebih teruk kepada penagih kerana diperbuat daripada bahan-bahan seperti ubat tahan sakit, iodin, cecair pencucuh, thinner dan asid hidroklorik. Selain itu, terdapat kes di mana kaki dan tangan penagih terpaksa dipotong disebabkan Krokodil.
Mereka yang mengambil dadah jenis ini mempunyai jangka hayat satu hingga lima tahun, bergantung kepada jumlah dan kekerapan pengambilan.
Jauhi najis dadah, ingatlah orang yang tersayang…
Korang semua dah baca kan artikel kat atas tu? So, pesanan kami korang janganlah sesekali berani ataupun mahu mencuba untuk berkecimpung dalam najis dadah ni sebab dia punya keburukan lebih banyak berbanding kebaikannya tau. Ingatlah orang yang tersayang. Lebih baik korang layan artikel kat ORANGKATA ni berbanding layan dadah yang tak berfaedah tu kan?