Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
S1
BeritaKanak-kanakKesihatan

Virus polio kembali ke Malaysia setelah 27 tahun menghilang, ini cara atasinya

By Subeditor
December 10, 2019 4 Min Read
Comments Off on Virus polio kembali ke Malaysia setelah 27 tahun menghilang, ini cara atasinya

Beberapa hari lepas, jangkitan virus polio dikesan di Sabah. Kejadian tu merupakan kes pertama setelah Malaysia diisytiharkan bebas polio. Kami pun terkejut ketika Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) maklumkan kejadian satu kes yang disahkan dijangkiti virus polio di Malaysia, setelah 27 tahun Malaysia bebas daripada penyakit tu.

S1
Menyeramkan. Via Polio

Kes ni melibatkan seorang bayi lelaki warganegara Malaysia berumur tiga bulan dari Tuaran, Sabah. Dia alami demam diikuti dengan lemah anggota badan dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi.

Satu-satunya cara untuk pastikan tak terkena penyakit ni adalah dengan mengambil vaksin…

Malangnya, dia disahkan dijangkiti vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1) pada 6 Disember 2019. Hasil ujian pengesahan yang dijalankan oleh World Health Organization (WHO) Polio Regional Laboratory kat Australia, mendapati virus tu ada kaitan genetik dengan virus polio yang dikesan pada kes Acute Flaccid Paralysis (AFP) di Filipina.

Circulating vaccine-derived poliovirus (cVDPV) berasal daripada virus polio yang telah dilemahkan di dalam vaksin polio yang diberi secara oral (Oral Polio Vaccine – OPV). Virus yang dilemahkan ni dikumuhkan oleh badan melalui najis. Dalam persekitaran yang takde sanitari, ia boleh menjangkiti orang lain yang tiada imuniti terhadap polio dan ia terus tersebar dalam komuniti yang liputan imunisasi polio kurang daripada 95%.

S1
Cara vaksin polio diberikan kepada kanak-kanak. Via Mashable

Semakin lama virus tu tersebar dalam komuniti, ia akan alami mutasi genetik hingga jadi virus yang kembali aktif. Virus ni dipanggil vaccine-derived poliovirus (VDPV) dan boleh menyebabkan poliomyelitis. Cuma, bagi mereka yang telah divaksinasi dengan vaksin poliomyelitis, mereka akan dapat perlindungan daripada jangkitan penyakit tu.

Sehingga 5 Disember 2019, hasil siasatan di kawasan tempat tinggal kanak-kanak yang dijangkiti polio di Sabah ini mendapati 23 daripada 199 orang (11.6%) yang berumur di antara dua (2) bulan hingga 15 tahun tak ambik vaksin polio. Ini satu keadaan yang amat membimbangkan sebab penularan jangkitan cVPDV hanya boleh ditamatkan dengan imunisasi polio.

Hasil penerangan mengenai kepentingan imunisasi polio bagi mencegah jangkitan polio, ibu bapa kesemua kanak-kanak tu dah bersetuju untuk mereka diberikan vaksin polio.

Kementerian Kesihatan nasihatkan ibu bapa tak terpengaruh dengan gerakan anti vaksin

Awal tahun ni memang hangat dengan isu geng-geng tolak vaksin, siap ada forum tentangnya. Kementerian Kesihatan pulak minta masyarakat tak terpengaruh dengan gerakan anti vaksin yang dipelopori pihak tertentu. Timbalan Menteri, Dr Lee Boon Chye kata; masih ada ibu bapa terpengaruh dengan gerakan seperti tu, ia akan beri kesan negatif terhadap aspek kesihatan anak diorang.

Sebabnya diorang (gerakan antivaksin) tak faham sebenarnya vaksin yang digunakan di negara ini adalah selamat dan vaksin yang digunakan juga terbukti keberkesanan melalui ujian dan kajian saintifik.

“Jadi, walaupun kita tahu ada sebahagian kecil mengalami kesan yang tidak serius, vaksin ini penting untuk kita mencegah penyakit seperti difteria, demam campak, begok, dan rubella,” – Dr Lee Boon Chye, seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro

Isu vaksin ni hangat masa tu sebab Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut disyaki akibat jangkitan difteria di Johor Bahru. Benda paling sedih, mangsa tu didapati tak pernah menerima sebarang imunisasi sejak lahir.

S1
Via Amanz.my

Katanya, bagi tahun 2019 (setakat Februari), ada satu kes difteria yang disahkan di Malaysia malah, sepanjang tahun lalu pulak, sebanyak 18 kes dengan lima kematian dilaporkan – empat daripada lima kematian ini tak terima imunisasi membabitkan kematian kanak-kanak bawah 10 tahun.

Via Giphy

Dr Boon Chye kata, kes kematian kanak-kanak di Johor akibat difteria itu sesuatu yang mengecewakan kerana penyakit itu boleh dielakkan melalui pemberian vaksin. Cuma sayangnya – kat Malaysia ni, vaksin bukannya benda wajib. Kalau ada ibu bapa yang terpengaruh dengan geng-geng anti vaksin, diorang mungkin akan tolak vaksin.

“Kita cuma akan memberi penerangan kepada ibu bapa, semua anak yang lahir di hospital di bawah Kementerian Kesihatan akan diberi vaksin, dan sekiranya ibu bapa enggan beri kerjasama, mereka akan dirujuk kepada pakar untuk penerangan yang selanjutnya,” – Dr Lee Boon Chye, seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro

Jangan disebabkan kebodohan anda, orang lain yang menjadi mangsa…

Satu benda yang buat kami tertekan apabila berfikir tentang ibu bapa yang tak nak berikan vaksin kepada anak diorang ni – akibatnya bukan ditanggung oleh diorang pun, tapi anak yang menderita. Dah banyak kajian saintifik yang buktikan keberkesanan vaksin, tak kurang jugak ulama yang dah kata vaksin tu dibolehkan dalam Islam. Jadi geng-geng ni nak apa sebenarnya?

Author

Subeditor

Follow Me
Other Articles
S1
Previous

Isu produk ‘susu pisang’ Neelofa yang buatkan ramai tak puas hati? Ini ceritanya

Doc76bxapaqlcly0ebsw9
Next

Kuasa anak muda, ini TIGA belia yang ada pencapaian yang membanggakan…

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme